Search This Blog

Wednesday, June 30, 2010

Hanya sepatah dua kata.

Dia,
Berdiri di situ,
Dengan jemputan sepatah dua kata.

Dia,
berdiri di situ,
Dan menjadikannya sepatah dua kata x 1000.
Oh Orang Besar,
Bilakah kau mahu berhenti,
aku sudah lapar...

Tuesday, June 29, 2010

My journey.


I was listening to this song by 911. The title of the song is MY JOURNEY.
911 used to be my favourite band when I was in my standard school.
MMM... suddenly got inspired. hehe.
Listening back to this song, bring back all the memories i had since zaman sekolah rendah dahulu.
Bau-bau zaman itu masih ada dalam memori.
Memang lagu ini membawa kembali diri ini ke zaman itu.
I miss those times. Saya rindukan waktu-waktu itu.
Anyway, this is the lyric of the song:


Time waits for no one, sure as the tide pulls the ocean
Sure as, the path that's been chosen, cannot be changed
In my life's destination, I searched for the explaination
For some kind of reason, for my sorrow and pain
But in my isolation I learned to listen
To be thankful for the love that I'd been given

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

In my desperation I swore that never again
Would I hear all the laughter of my friends and my family
A million tears that I'd cried then began to dry
In the silence of the night time
I had came to realize
A sweet inspiration filled my horizon
Gave me the heart to go on and never would give in

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

I'm going to love each moment, of every day and night
I'll look back to the past with the sweetest smile
For now I realise, I've been given the key to life
I've been kissed by the angel by my side

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive
To bring my dreams alive
To bring my dreams alive

Wednesday, June 16, 2010

Doaku buatmu kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


saja2 ku letakkan lagu ini di sini.

Hati yang cemburu.

Saya baru selesai membaca sebuah entry daripada kawan lama saya (masih kawan seperjuanganku) Isnaini Izzati Anak Pakcik Roslan.

Cemburu.

Itulah ayat yang paling tepat menggambarkan perasaan saya apabila membaca entry beliau itu.

Ikan kerisi, buah lai, dan abah. Itulah tajuk entry yang menyebabkan hadir cemburu di hati.

Kenapa ya?

Sebab sudah lama hati ini tidak berperasaan setiap kali melihat apa-apa benda yang berkaitan dengan orang-orang kesayangan saya. Apa yang sudah berlaku kepada hati saya? Sudah semakin keras kah? sudah melupakan mereka kah?

Saya masih merindui mereka.

Mereka masih di hati saya.

Saya masih menyayangi mereka...

Sunday, June 6, 2010


Looking back at the past few years I spent with my dear husband.
Those were the times where I live in heaven.
And I promise you my husband that those times will never become “were”,
But it will always be “are”.
The times will always be “the gift” for us,
A specific gift for us,
that’s why I called it “the gift”,
I love you…And…Thank you for loving me.

Tuesday, June 1, 2010

TEGAS! (Fom Zauji)


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Menulis dengan niat untuk mengajak pembaca bersama-sama berjalan di atas landasan Islam bukan sesuatu yang mudah. Terutamanya apabila kita hendak menulis sesuatu yang hak tetapi pembaca kita terdiri daripada insan-insan yang telah membesar dan sebati dengan kebatilan. Bunyinya mungkin keras, tetapi itulah realiti. Jika kita hendak menulis tentang aqidah tauhid iaitu percaya bahawa yang disembah dan dibesarkan hanya Allah yang satu, insan-insan disekeliling kita masih majoritinya percaya pada kekuasaan selain dari Allah seperti jin, pawang dan tangkal.

Jika kita hendak menulis tentang aurat, ramai disekelil
ing kita yang masih mendedahkan aurat kerana dari kecil mereka tidak dididik dengan cara pemakaian Islam. Manakala jika kita hendak menulis tentang kebenaran sistem pentadbiran atau pemerintahan Islam, ramai di luar sana yang mindanya telah sebati dengan pemerintahan atau pentadbiran sekular yang amat sensitif apabila disebut tentang pemerintahan Islam.

Kita mungkin takut jika tulisan atau percakapan kita akan menyinggung atau menyebabkan insan disekeliling kita marah. Pelbagai kerisauan muncul dibenak pemikiran kita hinggakan kadang-kala kebenaran itu tidak sampai pada semua.

Tetapi pada pencinta kebenaran dan pejuang agama Islam yang sejati, perkara seperti ini akan diketepikan dan kebenaran akan tetap dikatakan/dinukilkan biarpun dibenci ramai.

Selagi mana cara tu
lisan dan pendekatan mereka itu bertepatan dengan Shari'ah, maka tiada kerisauan di benak fikiran pejuang Islam ini. Untuk kita menjadi seperti mereka yang berani kerana hak bukan mustahil tetapi bukan mudah kerana iblis serta konco-konconya yang bersifat seperti syaitan (pembantah pada kebenaran) akan sentiasa membisikkan kerisauan dan ketakutan pada hati yang lemah pendirian dan keimanan. Semoga Allah melindungi kita daripada sifat seperti ini.

Nukilan kali ini adalah bersifat teguran kepada diriku sendiri serta kepada sesiapa yang membaca. Teguran seperti ini mungkin telah beberapa kali diulang, tetapi selagi mana kesilapan ini masih terlihat, selagi itu ianya wajib ditegur dan diingatkan. Ianya berkaitan dengan aurat wanita. Kali ini aku ingin memfokuskan kepada pakaian, tudung dan suara.

PAKAIAN

Pakaian wanita yang dibenarkan dalam Shara' adalah yang menutup seluruh tubuh hingga tidak menampakkan dalaman atau bentuk tubuh badan. Ini jelas berdasarkan hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa diantara ahli neraka adalah wanita yang berpakaian tetapi umpama telanjang. Ditafsirkan daripada hadith ini ialah mereka yang berpakaian ketat dan menampakkan tubuh badan hinggakan hilang sifat pakaian itu yang bertujuan untuk menutup tubuh wanita (rujuk Fatawa Al-Mu'asirah, Sheikh Yusuf Qaradhawi, jilid 1 halaman 438). Ramai diantara wanita Malaysia kita yang berpakaian tetapi tidak mengikut syarat ini. Contohnya baju kebaya. Potongan yang sempit dipinggang dan dada cukup untuk menjadikan ia tergolong dalam pakaian yang tidak mengikut Syara'. Ada orang kata "itukan adat kita". Islam tidak menerima adat yang bercanggah dengan Syara'. So? Say no for Kebaya!!

Baju T-Shirt atau kemeja yang kecik; atau potongan yang sempit adalah diantara pakaian yang tidak dibenarkan di dalam Syara' untuk ditontonkan kepada khalayak ramai. Baju T-Shirt atau kemeja hendaklah labuh menutup pinggul dan tidak boleh dipotong mengikut bentuk badan. Hendaklah ianya dipotong "lurus" dan lebar agar tidak "melekat" mengikut bentuk tubuh. Seluar yang ketat atau sederhana ketat juga tidak dibenarkan kerana semuanya menampakkan bentuk kaki wanita tersebut.

TUDUNG

Ramai wanita yang ada kini mulai bertudung. Cumanya jenis dan cara bertudung itu yang wajib ditegur. Pertamanya hendaklah tudung itu menutup keseluruhan kepala dan dilabuhkan untuk menutup dada.

Ini adalah perintah Allah yang jelas pada ayat 31 Surah Al-Nur. Maka rambut, leher dan kepala (kecuali wajah) adalah tempat yang wajib ditutup. Aishah pernah menegur seorang wanita yang memakai tudung yang nipis dan menampakkan leherny
a dengan berkata bahawa tiada wanita yang beriman pada surah Al-Nur akan berpakaian seperti nipis (rujuk Fatawa Al-Mu'asirah, Sheikh Yusuf Qaradhawi, jilid 1 halaman 438). Kemudiannya tidak boleh dinampakkan bonjolan ikatan sanggul atau rambut yang malampau. Hadith Rasulullah dari Abu Hurairah dan diriwayatkan Imam Muslim menyatakan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, yang berjalan lenggok dan bersanggul tinggi seperti bonggol unta tidak akan mencium bau syurga dan mereka adalah ahli neraka.

Mari kita lihat tudung wanita kini. Pertamanya banyaknya yang nipis dan jarang hinggakan menampakkan leher. Ianya telah dicela oleh Aishah sebagai wanita yang tidak beriman. Keduanya tidak cukup labuh untuk menutup dada seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam Surah Al-Nur. Perhiasan rambut diikat dengan tinggi hinggakan tudung tidak mampu menutup bentuk ikatan yang seperti bonggol unta. Nanti ada yang bertanya "dah macam mana nak ikat rambut". Mudah. Pakai sahaja tudung yang labuh agar rambut boleh diikat biasa tanpa perlu disanggul tinggi seperti bonggolan unta. Kenapa hendak dipakai tudung yang kecil? So, what kind of head cover do you wear?

SUARA

Suara wanita bukanlah aurat pada asalnya. Ini kerana Nabi dan para sahabah berkomunikasi dengan wanita hampir setiap hari. Jika suara itu adalah aurat, maka tidak boleh didengar lansung oleh bukan mahram sepertimana aurat lain yang tidak boleh dilihat. Tetapi, adalah dilarang untuk melunakkan suara atau memanjakan suara pada lelaki yang bukan mahram terutamanya lelaki yang berpenyakit gilakan wanita. Ini adalah arahan Allah pada ayat 32 surah Al-Ahzab. Hendaklah suara yang dikeluarkan itu bersahaja dan tidak bermanja-manja atau mengada-ngada. Persoalan yang sering aku timbulkan diminda, "perlukan wanita melunakkan suara sebegitu?" tiada sebab walhal mereka boleh bersuara biasa.

Kali ini bunyinya agak keras, tetapi atas perkara yang hak. Tidak boleh selalu berlembut. Kadang kala ketegasan itu diperlukan dalam Islam terutamanya dalam mengatakan boleh atau tidak boleh. Allah itu maha pantas dalam mengazab hamba-hambaNya yang ingkar.