Search This Blog

Monday, April 18, 2011

Awak... ooo awak...


salam...

Saja hantar mail ni. Takde apa pun yg nak type. Lagipun tak tau tahun bila awk nak buka mail ni kan. Nway, kalau awak buka mail ni time raya, saya nak wish Selamat Hari Raya. Maaf atas segala salah silap saya kat awak, harap awak sentiasa maafkan saya.

Awak, haritu awak ajak makan sekali kan, Saya cakap tak biasa lagi dengan awak kan. Sebenarnya saya memang nak elak dari selalu jumpa ngan awak. Sorry ye, tak bagitau awak haritu. sebab tak tau nak cakap macamana. Nak elak fitnah sebenarnya, nak elak pandangan orang lain, orang kan selalu pandang tak elok. Dan yang penting nak Allah pandang kita dengan RahmatNya. Biarlah pertama kali saya makan berdua dengan awak bila Allah dah satukan kita, Insyaallah.

Itu cara saya. Andai kata, satu hari Allah takdirkan saya dan awak bukan utk disatukan, sekurang kurangnya orang yang bakal menjadi suami saya mendapat seorang isteri yg menjaga dirinya hanya utk suaminya, dari awal sebelum perkahwinan sehinggalah saat diijab kabul. Kalau perkara lain mungkin saya tak kuat untuk jaga, tapi sekurang kurangnya untuk perkara ni, insyaallah saya akan kuat berpegang dengannya. Insyaallah kita sama-sama jaga diri kita, sebelum disatukan, barakahnya sehingga ke akhir hayat, kalau Allah izinkan kita di satukan.

Janji pada saya, janji pada diri sendiri, janji pada Allah, awak akan jaga diri awak, dan doakan saya agar saya sentiasa jaga diri saya untuk keberkatan pada masa akan datang. Orang cakap saya deserve orang yang lebih baik. Memang saya deserve yang lebih baik, tapi, saya tau awak pun insyaallah akan jadi lebih baik dari yang lepas. Maaf kalau saya ada buat awak tersinggung.

Mesti awak hairan kenapa tiba-tiba saya nak cakap tentang ni kan, saya kena cakap sekarang, sebab kadang-kadang benda ni ganggu saya. Kalau satu hari nanti, awak jumpa orang yang lebih baik dari saya, lebih serasi dengan awak, saya takkan halang awak untuk buat keputusan awak sendiri, Harap-harap Allah permudahkan untuk kita untuk segala urusan. Terima kasih untuk segalanya, atas kebaikan awak, saya hargai.

Thursday, April 14, 2011

S.A.N.I.S.A.H aka S.A.H.A.B.A.T


lONELY...

Sungguh sukar mencari sahabat yang benar-benar sahabat. Sepanjang kehidupan, berapa ramai sahabat yang ada dalam hati kita. SAHABAT. Panggilan yang sangat special, sangat istimewa. Siapa yang memegang title sahabat, bermakna, dia adalah orang yang paling special, kerana ada tempat baginya dalam hati saya.

Aku bertemu denganmu,

Aku mengenalimu,

Aku memahamimu.

Kita serupa sahaja….

Tuhan punya rencana,

Pertemuan singkat kita…

Telah mengikat hati kita,

Orang kata,

Bila dia sedih, kita sedih,

Bila dia gembira, kita gembira,

Bila dia bersusah hati, kita bersusah hati,

Bila dia sesak, kita bersimpati,

Bila dia tiada, kita rasa kehilangan,

Bila dia butuh bantuan, kita hulurkan,

Kalau semua tu kita rasa,

Dialah sahabat kita.

Aku?

Ya… Aku punya rasa yang sama.

Maknanya?

Alhamdulillah… aku ketemu sahabatku.

Bertambah lagi sahabatku.

Tapi, Allah masih punya rencana.

Dia yang menemukan dua insan,

Dia juga yang memisahkan dua insan,

Tapi,

Aku pasti, hati dan ukhuwah kita tidak terpisah.

Aku junjung kalimah sahabat itu,

Sepanjang hayatku…

Kita tetap sahabat.

Thursday, April 7, 2011

madam... best tak kahwin awal?


Madam best tak kahwin awal?

Soalan cepu emas yang saya terima daripada pelajar saya ketika sesi santai di dalam kelas. Terkedu saya mendengarkan soalan itu.

"Erk, kenapa tanya soalan tu?"

"takdelah, macam best je kahwin awal, tak payah rase berdosa coupling lama-lama",

"eh, pandai pula cakap pasal dosa," balas saya.

"yelah, kitorang tau, benda tu dosa, tapi kitorang susah nak elak lah, dah terjerumus, susah nak elak dah," alasan yang diberikan.

Saya berfikir lama. Takkan nak bagi jawapan tanpa berfikir kan?

"sebelum menjawab soalan kamu, samada best atau tak kahwin awal, kamu kena faham beberapa perkara dulu." Saya bermukadimah. Wajah-wajah pelajar kelihatan semakin 'excited'.

"Amboi, kalau pasal kahwin je, senyum sampai ke medula oblongata" sebenarnya, aku pun dah tak ingat medula oblongata tu menatang apa.

"Perkahwinan itu bermula dengan tanggungjawab. Setiap hari dalam perkahwinan itu kita menjunjung tanggungjawab di atas kepala kita. Kahwin bukan untuk best saja. Kalau macamtu, asal rasa tak best je terus cerai. Bila ada anak, lagilah melambak-lambak tanggungjawab tu, lagi bertambah berat. Awak sendiri boleh tengok mak bapak awak kan, macam mana kehidupan seharian, ada macam honeymoon tak?"

"Takde, hari-hari kitorang tengok diorang asyik buat kerja je, pastu kadang-kadang dengar juga diorang gaduh."

"ha...so, kamu rasa best tak kahwin kalau macam tu?"

"tak best"

''ya... Oleh itu, janganlah kahwin...." saja nak provoke.

''eh, mana boleh macamtu'' pandai pula menepis provokasi.

''bagi saya, yang berkahwin muda dan pengalaman kahwin baru setahun anggur ni, kahwin muda atau tua sama je. Yang membezakan cuma kematangan dan kemampuan untuk menggalas tanggungjawab.

Kahwin muda memang best kalau kita bersedia dan berjaya pikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan ibu/isteri. Tapi, akan jadi tak best kalau hidup kita tidak teratur sebab kita tak pandai menguruskan kehidupan kita.setiap kesusahan tu perkara biasa, kita akan rasa lebih best kalau setiap kesusahan itu kita berjaya tempuhi.

Bagi saya, alhamdulillah, Allah bagi rumahtangga saya kekuatan dalam perkahwinan. Memang banyak ujian yang ditempuhi tapi, saya bersyukur, sebab setiap ujian yang berjaya saya tempuhi itu membolehkan saya mengaku yang, YA, KAHWIN MUDA MEMANG BEST.

Bukan best pada honeymoon nya, tapi best pada ketenangan dan rahmat Allah pada setiap ujian yang kami berjaya harungi. So, adik -adik sekalian, tengok betul-betul masa depan kamu dengan kakasih hati kamu, adakah dia (atau kamu sendiri) tu betul-betul insan yang layak untuk menjadi pasangan hidup kamu (atau dia), untuk berkongsi segala masalah kehidupan kelak? Kalau tak... Lu pikirlah sendiri!

Tersenyum-senyum, tersengih-sengih.