Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Salam... Biar sikit, asalkan ada.


Salam...

Blog ini sudah lama tidak 'disentuh'. Saya ada banyak perkara untuk dinukilkan, namun, entah kenapa kemalasan itu menjadi 'bangau' nombor 1 yang menghalang saya untuk menghidupkan kembali blog ini.

Kata orang, biar sedikit tapi bermanfaat. Saya cuba untuk mencari benda yang bermanfaat untuk dinukilkan. Tapi fikiran kosong. Ok, mungkin saya boleh kongsikan perkara berkenaan dengan peribadi saya kepada orang lain menurut kajian DISC yang baru saya ketahui baru-baru ini. Bukan untuk memberitahu satu dunia berkenaan perkara ini, tetapi lebih kepada berkongsi keseronokan mengetahui potensi diri melalui ujian DISC ini. Siapa-siapa berminat bolehlah Google DISC untuk cuba sendiri ujian ini secara online.

Ok, menurut ujian yang baru saya ketahui keputusannya pada minggu lepas, saya merupakan orang yang mempunyai S yang tinggi, S tinggi ni, penyabar, redha, kreatif, ramah orangnya. Lagi? Sensitif, melankolik, setia, pendengar yang baik.

Kalau tengok, baik-baik sahaja semuanya. Alhamdulillah... Bak kata penceramah tu, ketepatan ujian ini, 80% ke atas. Keputusan ujian ini pula bukan untuk bermegah-megah dengan apa yang kita ada, tapi sebagai panduan untuk kita muhasabah diri, apa yang perlu kita lakukan untuk memantapkan lagi potensi diri, dan apa yang kita boleh lakukan dengan kelebihan kita itu untuk memperbaiki setiap apa yang berharga di sekeliling kita.

So, para pembaca, tak teringin nak mencuba?

Tuesday, November 15, 2011

Octavia untuk Iris (Part 10)

BAB 7

Hari ini hari Isnin dan aku perlu bekerja seperti biasa. Aku kini berada di Ratna’s Nursery untuk menguruskan hal tempahan bunga yang Madam tugaskan kepadaku sebelum dia pergi bercuti. Selepas selesai menguruskan hal tempahan bunga di sini aku bercadang untuk berehat sebentar di Ratna’s Cafe. Lagipun, semua rekod yang perlu aku susun sudah aku siapkan semalam. Aku semakin suka dengan kerja aku sebagai pengurus rumah. Madam memberi kebebasan sepenuhnya kepadaku untuk menyiapkan kerjaku pada bila-bila masa, yang penting, kerja yang dijadualkan siap pada hari tersebut siap, dan aku bolehlah melakukan hal aku sendiri selepas itu.

Aku menuju ke Ratna’s Cafe yang juga terletak di dalam Ratna’s Nursery. Pengunjung yang datang pada hari ini agak ramai, aku memilih untuk duduk di penjuru kafe ini yang berhadapan dengan pemandangan ladang teh Cameron Highland yang luas. Aku membuka email pada laptop yang kubawa bersamaku. Ada tiga email yang baru kuterima. Dua daripada mama dan satu daripada Syifa.

From : mamaaina@yahoo.com

To : tasyagirl@yahoo.com

Subject : Miss you so much.

Assalamualaikum sayang, mama harap Tasya gembira di sana. Mama baru balik dari Egypt dengan papa Hakim. Setakatni, mama dan papa Hakim dah melancong ke China, Paris, Egypt, Afrika, dan Korea! Penat memang penat sebab jarak antara kesemua negara-negara tu bukannya dekat. Tapi mama happy dan puas. Oh! Lupa nak bagitahu, papa Hakim dah bawa mama pergi umrah. Alhamdulillah, mama gembira sangat-sangat. Tasya macam mana? Masih belum berbaik dengan daddy? Mama taknak komen apa-apa dengan pilihan Tasya. Mama faham sangat dengan perangai daddy. Walau apapun, mama harap dan doakan Tasya sentiasa diberi petunjuk Allah dalam setiap apa yang Tasya lakukan. Kalau Tasya dah boring duduk kat Malaysia, Tasya bagitahulah mama. Nanti mama bagitahu papa Hakim, Tasya boleh tinggal di sini dengan kami. Mama minta maaf sebab tidak dapat bersama-sama dengan Tasya menghadapi masalah Tasya dengan daddy. Tasya pun tahu kan, mama jadi kelu lidah bila bercakap dengan daddy. Mama minta maaf sebab tidak dapat tolong Tasya. Tapi, Tasya boleh datang London bila-bila masa je. Ok, mama stop sini dulu, bye sayang. Jangan lupa balas email mama tau. Wassalam.

p/s esok mama dan papa nak pergi ziarah Kak Long, rumah dia dekat je.

Aku membuka email kedua daripada mama.

Subject : Kakak dah dapat Ph.D!

Assalamualaikum. Tasya! Mama baru balik dari rumah Kak Long. Kakak baru dapat Ph.D. alhamdulillah... Jangan lupa balas email mama. Bye sayang.

Ah. Mama dan Kak Long sangat beruntung. Berada jauh daripada segala masalah di Malaysia. Terdetik perasaan cemburu di hatiku. Biarlah, mungkin masalah dengan daddy adalah ujian kecil daripada Allah buatku. Aku menekan kekunci keyboard untuk membalas email mama.

From : tasyagirl@yahoo.com

To : mamaaina@yahoo.com

Subject : Tahniah!

Salam. Hai mama. Jealous Tasya baca email mama. Ucapkan tahniah pada kakak ye. Patutlah jarang email Tasya, orang tengah sibuk kejar gelaran doktor rupanya. Dah jadi doktor pun... Tasya takde cerita apa-apa nak bagitahu, nanti bila ada cerita, Tasya email panjang-panjang kat mama ye. Bye mama.

p/s Tasya dah jumpa majikan mat salleh Tasya. Tapi, tak pernah tengok wajah dia dengan jelas.

Ok, sekarang, buka email Syifa pula.

From : ayusyifa@yahoo.com

To : tasyagirl@yahoo.com

Subject : Aku merajuk denganmu!

Oit! Bila ko nak cuti? Rindu kat ko. Jomlah jumpa... dah lama tak lepak sama-sama. Bye. Reply A.S.A.P.

Aku tersenyum membaca email Syifa.

From : tasyagirl@yahoo.com

To : ayusyifa@yahoo.com

Subject : Jangan merajuk, nanti tak lawa.

Minggu ni, hari Ahad aku cuti. Nanti aku jumpa ko kat butik mami ko okay... Tunggu aku yek.

Pendek sahaja balasan emailku kepada Syifa. Aku mematikan laptopku sambil menghirup nescafe o panas yang baru tiba di mejaku sebentar tadi. Allah... rindunya aku kepada mama. Bila agaknya aku boleh bertemu dengan mama lagi. Silap aku juga, terlalu sayangkan Malaysia sehinggakan sanggup menolak ajakan mama ke London untuk tinggal bersama dengan keluarga barunya.

Aku merenung jauh ke pemandangan kebun teh yang luas di hadapanku. Fikiranku pada ketika ini kosong. Agaknya, beginilah keadaan minda Syerry ketika merenung ke luar jendela biliknya setiap hari. Aku tidak pasti berapa lama masa yang telah ku habiskan menikmati pemandangan kebun teh yang luas itu. Kedamaian yang hadir seolah-olah seperti ubat penenang bagiku. Indahnya ciptaan-Mu ya Allah. Aku mengalihkan pandanganku ke dalam kafe. Kelihatan beberapa orang pelanggan baru memenuhi ruangan tengah kafe ini. Aku terasa seperti sedang diperhatikan seseorang.

Mataku meneliti seseorang di meja pada penjuru kafe yang bertentangan dengan tempat dudukku. Walaupun jarak meja antara kami berdua agak jauh, tetapi aku masih boleh melihat dengan jelas susuk tubuh serta wajah orang yang merenungku. Mr. Smith. Apa dia buat kat sini? Cepat-cepat aku menundukkan wajahku ke meja. Berpura-pura melihat menu yang memang disediakan di atas meja kafe ini. Wajahku terasa panas. Serba salah aku dibuatnya. Mr. Smith ni mengekori aku ke? Macam mana dia boleh berada di dalam kafe yang sama denganku? Aku memberanikan diri mengangkat wajahku melihat ke arah Mr. Smith. Hatiku berdetik lega. Dia sudah tidak merenungku seperti tadi. Kelihatan tangannya sibuk menekan keyboard pada laptop yang berada di hadapannya. Lagaknya seperti seorang perisik yang sedang melaporkan keadaan suspek kepada tuannya. Aku lah suspek itu! Aku mengambil kesempatan untuk beredar dari situ sebelum Mr.Smith menyambung semula misinya merenungku.

Aku belum meminta maaf secara berdepan dengan Mr. Smith kerana setiap kali aku berniat untuk menemui Mr. Smith, aku seringkali teringatkan renungannya yang tajam itu. Mengingatkan renungan sahaja sudah cukup untuk membuatkan hasratku itu terbantut. Setelah selesai membayar bil, aku mengemaskan barang-barangku dan beredar dari tempat dudukku. Aku merasakan Mr. Smith kembali merenungku ketika aku melangkah keluar dari Ratna’s Cafe.

Thursday, November 10, 2011

Selamat hari lahir anakku Taqiyuddin Ahmad Sowell (hope I spell it right)


Salaam...

Pada Hari Raya Aidil Adha, 6hb11 yang lepas, anak kedua mama telah genap umurnya 2 tahun... Alhamdulillah... kerana masih memberikan nikmat kepada kami untuk terus bersama-sama di muka bumi ini.

Taqiyuddin Ahmad Sowell... nama yang sentiasa mencetuskan 'trouble' buat mama kerana mama sentiasa terlupa mengeja namanya dengan huruf yang betul (malu... malu...)


Cheeky smile :)

Ahmad juga sangat suka menyakat abangnya. Lebih hero daripada abangnya.




Hyperactive


I love both of you :)


#Kuterima dirimu dengan seadanya ,dalam suka dalam duka, kau tetap cahaya ~ Kasih suci, Amy Mastura