Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Adorable Aishah...

Baru tahu beza anak perempuan dan anak lelaki...
Dua-dua sayang... tapi, dengan perempuan ni sayangnya lain macam sikit.
Bila nampak dia tidur, dalam hati kata,
"Isn't she adorable..." Aisehmen, speaking gitu.
Abah pun nampak melayan lebih dengan anak dara seorang ni.
Patutlah adda hadith Nabi sebut pasal ayah dan anak perempuan.
Mungkin naluri sediakala yang Allah ciptakan,
perempuan memang dicipta untuk disayangi :) 
27 yrs old, blessed with 3 children...
I feel... complete. Alhamdulillah.

***6/11/2012, Taqiyuddin Ahmad Sowell, 3 yrs old
Selamat Ulang Tahun Sayang.

Monday, November 5, 2012

Kecukupan (daripada buku +vs-)

KECUKUPAN.
“Dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan”,  An Najm: 48.
Pernahkah anda merasa terkilan atas ketidak cukupan gaji yang diterima pada setiap bulan? Setiap kali pasti ada sahaja yang memerlukan penggunaan wang sehinggakan gaji yang pada mulanya beribu-ribu sekelip mata menyusut menjadi tiga angka sahaja.
Ada satu kisah biasa yang diceritakan kepada saya oleh seorang rakan.  Memang ini kisah biasa, yang sering kita dengar, namun, pada setiap kisah, pasti ada sesuatu  didikan yang tersirat untuk sesiapa yang mengalaminya. Tetapi, berapa banyak daripada kita yang menyedarinya?
Kisahnya bermula selepas pemberian bonus akhir tahun kepada setiap kakitangan di organisasinya. Seperti biasa, pemberian bonus ini memberikan kelegaan yang cukup besar kepada semua kakitangan. Tidak ketinggalan juga kawan saya. Saban hari dia mewar-warkan perancangannya yang teliti berkenaan penggunaan wang bonus yang diterimanya. “ Aku nak beli baju baru, nak beli basikal baru untuk anak-anak, nak belanja keluarga makan-makan, nak simpan sikit, nak…” dan begitulah seterusnya setiap hari.
Namun, beberapa hari selepas menerima pemberian bonus tersebut, rakan saya mengadu, dia bakal tidak akan merasa walau sesen pun wang bonus tersebut kerana keretanya dimasukkan ke bengkel dan memerlukan wang sebanyak RM2000 untuk membayar bengkel kereta tersebut. Wajahnya monyok menggambarkan betapa dia sedih dengan keadaan tersebut. Kami yang faham hanya mampu menumpang simpati. Kami faham, bagi individu yang baru bertatih-tatih memulakan keluarga, wang merupakan perkara penting dalam hidup. Tetapi, beberapa ketika kemudian, kedengaran suaranya menjerit “Cukuplah Allah bagiku!”
Jeritan itu membuatkan kami cemas, pantas kami menjenguknya di mejanya. Dia tersenyum memandang kami semua. Tanpa sempat kami menghulurkan sebarang pertanyaan, dia menjelaskan jeritannya sebentar tadi.
“Cukuplah Allah bagiku. Mungkin sebenarnya bonus tu bukan rezeki aku, tapi rezeki orang lain. Rezeki taukeh bengkel kereta tu barangkali? Tapi Allah salurkan melalui aku. Mana tahu dia lebih memerlukan duit itu berbanding aku. Setakat ni pun, Alhamdulillah, aku masih cukup, Cuma bila dapat lebih sikit, siapa yang menolak? Tapi dah tertulis, aku cuma wasilah untuk menyampaikan rezeki Allah kepada orang lain. Cukuplah Allah bagiku. Aku bersangka baik dengan Allah.”
Subhanallah… Penjelasan yang cukup mantap daripada fikirannya yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah. Jelas, di sebalik bebanan yang negatif itu, terselit timbunan positif yang menggunung. 
Firman Allah di dalam al-Quran:
”Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” Saba: 39
Jelaslah menurut ayat tersebut, semuanya tertakluk pada ketentuan Allah. Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah?
Saya terpanggil untuk menarik perhatian pembaca kepada satu kisah yang dikeluarkan daripada satu rancangan televisyen di Mesir.
Sebuah wawancara khas telah diadakan untuk menemuramah seorang wanita tua yang buta, tinggal seorang diri, dan miskin. Apa yang menarik perhatian penulis ialah, bagaimana wanita tua ini tidak pernah mengeluh dengan kekurangan yang ada padanya, bahkan, apabila ditanya adakah sesiapa yang tampil untuk membantu wanita itu, dengan pantas dia menjawab, Allah. Allah bersamaku.
Wanita ini malah bersyukur dengan segala musibah penyakit yang Allah 'anugerah'kan kepadanya.
"dia yang memberikanku penyakit kemudian dia menarik semula penyakit itu, kemudian dia mendatangkan semula sakit, dan menarik semula, sungguh Allah bersamaku selama ini"
Apabila ditanya berkenaan wang, adakah mencukupi? Wanita ini menjawab, “ Aku makan, Alhamdulillah, aku makan, dan segala-galanya lebih daripada cukup. Adakah perlu untuk aku mengumpul harta? Perlukah aku mengumpul harta? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sentiasa berasa cukup dengan yang sedikit. Mereka yang sentiasa mengumpul tidak akan pernah berasa cukup. Aku sudah merasa cukup.” 

Maha Suci Allah…betapa dia memandang musibah itu dari sudut hikmah. Sesungguhnya benar. Allah mungkin tidak pernah memperdulikan kita sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku kepada kita. Sungguh dia sedar bahawa dia itu sentiasa berada dalam perhatian Allah. Subhanallah...
Tidak dinafikan mengumpul harta itu juga perlu, tetapi dalam keadaan miskin seperti wanita tua tu, dia sangat berasa cukup. Itulah sikap yang perlu dicontohi oleaorang penulis terkemuka, penerbit, pencipta, diplomat, ahli sains dan ahli falsafah, pernah menyebut,

“Money never made a man happy yet, nor will it. The more a man has, the more he wants. Instead of filling a vacuum, it makes one.”

Duit belum pernah membahagiakan seorang lelaki, dan tak mungkin akan membahagiakan. Semakin banyak seorang lelaki mempunyai duit, semakin bertambah keinginannya. Daripada mengisi vakum, sebaliknya ia menghasilkan sebuah vakum.
Jadi bagaimana? Tepuk dada, tanyalah iman!