Salam,
Macam misteri tajuk post yang 'tanpa tajuk'. Haha. Serius. Meneruskan dan mengistiqamahkan amalan berblog memang payah. Huhu.
Sekian lama saya meninggalkan ruang ini, kini saya kembali lagi. Tanpa sebarang coretan spesifik, hanya mahu bertanya khabar kepada teratak ummuidris yang sudah lama membisu. Sebisu diri saya yang kadang-kadang jadi bosan dengan rutin hidup sehari-hari. Tiada yang surprise. Mungkin saya perlukan percutian? Mungkin.
Tapi, hati terdetik juga, rutin hidup yang membahagiakan macamni pun, taknak bersyukur? Nak dibandingkan dengan nasib ummah di tempat lain, akulah insan paling bahagia sebenarnya. Malu jika mahu dibandingkan dengan saudara kita di Syria, Palestin, Mesir, dan sebagainya.
Saya teringat petikan kata-kata yang entah dari mana pernah saya temui,
"manusia, kalau diberi segunung emas, pasti dipintanya lagi segunung kerana berasa tidak cukup. Namun, bila diberikan segunung lagi, dilihatnya pula segunung permata, pasti dimahukan pula gunung permata tersebut."
Naudzubillahimindzalik.... Moga Allah jauhkan kita semua dari sifat ini. Fitrah kita, memang tak pernah cukup. Ubatlah dengan kezuhudan, dan qanaah. Dunia ini lebih dari cukup buat kita sebenarnya. :) Tazkirah buat diri. Moga Allah kira ini sebagai amalan kebaikan...