Search This Blog

Sunday, January 17, 2010

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad


“Apa namanya?”

“Taqiyuddin Ahmad Sowell…”

“Kenapa Ahmad di belakang, bukan di hadapan?”

“Kunonya nama”

“Macam Ahmad Albab je… Dahla kuat menangis budak ni.”

Ya, cakaplah apa sahaja, memang itulah namanya cahaya mata kedua kami. Suami saya yang menamakannya. Saya akur dan setuju sahaja dengan pilihan suami. (Isteri solehah, huhu). Nama memainkan peranan penting, saya sedari itu dari dulu. Biarlah orang berkata apapun tentang namanya. Biarlah anak-anak saya tidak punya nama Daniel, Danish, atau apa-apa sahaja nama moden yang sedap didengar, yang penting, namanya mempunyai maksud yang baik, di ambil sempena nama tokoh Islam yang banyak berjasa – Ibn Taymiyyah. Seperti mana nama anak sulung saya, Muhammad Idris, sempena nama sebenar Imam Syafi’e.

Andai suatu hari nanti anak-anak saya bertanya, “mama, kenapa nama kami agak kuno? Kawan-kawan kat sekolah semua punya nama yang best2…”

Saya punya jawapan yang bisa saya luahkan sambil tersenyum…

“Sayang…nama-nama anak-anak mama dan abah, adalah antara nama yang terbaik di dunia. Nama tokoh-tokoh Islam, Imam Syafi’e dan Ibn Taymiyyah… yang perjalanan hidup mereka dihabiskan demi Islam. Agar generasi-generasi yang seterusnya bisa mendapat manfaat dari setiap titik peluh perjuangan mereka. Semoga Kalian juga mencontohi mereka, menjadi anak-anak dan hamba Allah yang soleh dan berguna untuk Islam.”

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad… bakal Mujahid Islam suatu ketika nanti, Aaameen..

Aku Penganggur...

Lagu Allayarham Sudirman yang amat sesuai dgn situasi diri saya kini. Dgn bangganya saya mengisytiharkan diri saya sebagai seorang penganggur (dramatiknya!). Ramai yang ‘suka’ bertanya tentang status saya, “dah keje ke blom?”, antara soalan mereka yang amat mengambil berat. “Biar betol?!!!” antara respon mereka yang mengambil berat.

Saya masih mencari-cari hikmah di sebalik gelaran penganggur terhormat ini. Adalah beberapa hikmah yang berjaya saya kutip daripada gelaran ini. Walaupun kadang-kadang hati terguris dengan beberapa komen melampau, namun saya sedapkan hati saya dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Ya Allah, Ya Razzaq, Bukannya aku tidak berusaha… aku sudah berusaha sedaya yang termampu, namun Engkau belum mengizinkan aku untuk bekerja. Mungkin ada orang yang lebih memerlukan pkekerjaan-pekerjaan yang ku pohon itu. Mungkin juga kerja-kerja itu tidak sesuai denganku, Kau lebih mengetahui Ya Allah… Kerana Kau sentiasa mendengar doa hamba-hambaMu, dan pintaku, agar Kau sentiasa mentakdirkan yang terbaik buatku… Aaamin…