Search This Blog

Sunday, January 17, 2010

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad


“Apa namanya?”

“Taqiyuddin Ahmad Sowell…”

“Kenapa Ahmad di belakang, bukan di hadapan?”

“Kunonya nama”

“Macam Ahmad Albab je… Dahla kuat menangis budak ni.”

Ya, cakaplah apa sahaja, memang itulah namanya cahaya mata kedua kami. Suami saya yang menamakannya. Saya akur dan setuju sahaja dengan pilihan suami. (Isteri solehah, huhu). Nama memainkan peranan penting, saya sedari itu dari dulu. Biarlah orang berkata apapun tentang namanya. Biarlah anak-anak saya tidak punya nama Daniel, Danish, atau apa-apa sahaja nama moden yang sedap didengar, yang penting, namanya mempunyai maksud yang baik, di ambil sempena nama tokoh Islam yang banyak berjasa – Ibn Taymiyyah. Seperti mana nama anak sulung saya, Muhammad Idris, sempena nama sebenar Imam Syafi’e.

Andai suatu hari nanti anak-anak saya bertanya, “mama, kenapa nama kami agak kuno? Kawan-kawan kat sekolah semua punya nama yang best2…”

Saya punya jawapan yang bisa saya luahkan sambil tersenyum…

“Sayang…nama-nama anak-anak mama dan abah, adalah antara nama yang terbaik di dunia. Nama tokoh-tokoh Islam, Imam Syafi’e dan Ibn Taymiyyah… yang perjalanan hidup mereka dihabiskan demi Islam. Agar generasi-generasi yang seterusnya bisa mendapat manfaat dari setiap titik peluh perjuangan mereka. Semoga Kalian juga mencontohi mereka, menjadi anak-anak dan hamba Allah yang soleh dan berguna untuk Islam.”

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad… bakal Mujahid Islam suatu ketika nanti, Aaameen..

2 comments:

  1. Salam...dah lama akak tak meninjau blog tty...pasal nama teringat topic al-kulliyyah ttg kelahiran.Nama memainkan peranan penting.Di akhirat nanti namalah yang akan disebut.Tak penting nama yg canggih2 tp tak th apa maknanya.Zaman skrg ni mcm2 nama yg dikatakan moden.kdg2 terfikir nnt bila dah tua sesuai tak dgn gelaran atuk dan seumpamanya??? "Apa nama datuk kamu?" "Mohd Danish Danial" "Nenek kamu?" "Dalila Anisha"

    ReplyDelete
  2. tahnih kakak!!! moga anak-anak kakak jadi anak2 yg soleh.

    ReplyDelete