Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

kita dihambat maut...

Assalamualaikum....

Maut, mati, death. semua memberi maksud yang sama. Dari hari ke hari, saya semakin kerap megingati mati. Pesan Nabi S.A.W. perbanyakkan mengingati mati...

Bagaimanakah cara kematianku kelak?
Di manakah tempat nyawaku dicabut kelak?
Siapakah yang akan berada di sisi ku pada saat-saat terakhir hidupku di muka bumi ini?
Adakah amalan-amalan ku selama ini sudah cukup sebagai bekalanku menghadapi Allah kelak?

Pelbagai persoalan. Namun yang pastinya, tiada jawapan.
Skema jawapannya sudah ditentukan, tapi cuma akan diketahui pada masa hadapan.

Sungguh perkataan mati itu memberi kesan kepada saya.
Bagaimana?

1. Setiap kali berjanji sesuatu dengan seseorang, pasti hati kecil saya bertanya, HIDUPKAH LAGI AKU KETIKA JANJI ITU PERLU DILAKSANAKAN?

2. Setiap kali membuat apa-apa perancangan untuk keluarga, ataupun untuk kelas-kelas pada semester akan datang, MASIH BERNYAWAKAH AKU KELAK KETIKA SEGALA PERANCANGAN ITU PERLU DILAKSANAKAN?

3. "Insyaallah hujung tahun ni saya balik ma." terdeti di hati saya selepas menuturkan ayat-ayat ini, HUJUNG TAHUN....APAKAH ADA JAMINAN BAHAWA AKU MASIH HIDUP LAGI SEHINGGA JANJIKU PADA MAMA TERTUNAI?

4. "Ok...jumpa esok Insyaallah..." ADAKAH ESOK ITU ADA TERTULIS DALAM TAKDIR HIDUPKU DI ATAS MUKA BUMI INI?

Terlalu banyak persoalan.......sehingga akhirnya aku membuat kesimpulan sendiri,

Mengingati mati itu perlu.... perlu supaya kita sentiasa mengingati Allah dan menjauhkan diri daripada dosa. Rebut segala peluang untuk mengumpulkan pahala selagi kita masih bernyawa... kerana, tiada sesiapa yang boleh memberikan jaminan bahawa, detik seterusnya dalam hidup kita, ada tertulis dalam Qadak dan Qadar kita.



Subuh yang terakhir... Rabbani..

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir




No comments:

Post a Comment