Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

Berkenaan Enovel (lagi)

Salam...
Ok, alhamdulillah terima kasih kepada Kak Za, Kak Ji, Sipak, Fatin, Shafiq dan insan-insan yang memberi feedback yang amat memberansangkan hehe. Saya hargai maklum balas anda.

Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan bahasa yang santai... jawapan... Mengikut kehendak pasaran. (Konon). Sebenarnya, saya menulis ENovel ini ketika dalam mood santai. Sebab itulah, gaya bahasa yang saya gunakan dalam cerita ini santai dan relaks.

Bagi siapa yang tertanya-tanya, apa kisah sebenar yang mahu saya sampaikan di sini? Ada unsur-unsur cintakah? Ada. Ada unsur islamik kah? Ada. Tapi kedua-duanya dari sudut yang berlainan. Saya tidak memaparkan kisah cinta islamik yang sukar dicapai oleh remaja/orang muda kita pada masa kini. Saya cuba memaparkan kisah realiti, kisah manusia yang ada nafsu, ada akal, ada iman. Kisah manusia yang cuba menyeimbangkan kesemua unsur-unsur itu dalam dunia cintanya. Kadang kala dia tewas, kadang kala dia menang... Seperti yang saya katakan, saya cuba memaparkan realiti. Watak Natasya bukanlah watak seorang malaikat yang perlu dikisahkan tanpa sebarang cacat celanya. Watak Natasya ialah watak realiti, watak manusia yang mahukan islamik dalam kisah cintanya, yang berusaha untuk menjaga, namun, ada saatnya dia kecundang dengan ujian-ujian hati. Mungkin ada yang mempunyai kisah yang sama seperti Natasya di luar sana. Siapa tahu?

Hmm... ada yang bertanya, kenapa some part dalam novel ni, agak cliche, agak tipikal. Well... macam yang saya katakan, mengikut kehendak pembaca. Mengikut kajian, (chewah, kajian yang betul-betul, bukan cobaan) Kisah-kisah cliche itu yang lebih memikat hati pembaca. Oleh itu, bagi saya, tidak ada salahnya saya mengadunkan kisah cliche dalam novel ini. Saya menulis bukan untuk kepuasan orang lain, tetapi untuk kepuasan diri jua, disamping dengan niat untuk berdakwah. Tunjangnya novel ini ialah, islam. Saya tidak mahu 'mencipta' sesuatu yang tiada manfaatnya kepada orang lain.

Pembaca sekalian, bacalah dengan hati, tiada yang mustahil dalam dunia imaginasi, cuma yang membezakan, apa kualitinya imaginasi kita itu... Selamat membaca dan mengkritik... :)

No comments:

Post a Comment