Search This Blog

Wednesday, January 18, 2012

Kerana dua tangisan itu. Aku berazam untuk tidak berubah.

Salam.......

Hubungan baik.
Itu yang cuba saya terapkan kepada pelajar-pelajar sepanjang saya menjadi pensyarah di institusi ini. Alhamdulillah, para pelajar boleh menerima cara saya mengajar di dalam kelas (setakat pengetahuan saya).

Saya bukanlah yang terbaik. Kaedah pengajaran saya pun bukanlah yang terbaik. Namun, setakat ini, saya berpuas hati kerana ukhuwah dengan bekas pelajar masih terjalin erat.

Semalam, ketika melewati lorong yang biasa saya lalui, seorang pelajar perempuan memanggil nama saya. Kemudian, dia terus memeluk saya. Ohh, pelajar saya pada dua semester yang lepas. Pelukannya berterusan dengan tangisan. Erat saya rasakan. Katanya rindu. Katanya sedih dengan subjek yang terpaksa diulang semula pada semester ini. Saya memujuk. Tapi satu-satunya kelemahan saya bila memujuk ialah, sesiapa yang dipujuk akan terus menangis. Entah kenapa?????

Perbualan berlangsung selama beberapa minit sebelum kami berpisah, namun, pelukan erat itu masih terasa sehingga kini. Mungkin itu kesan ukhuwah.

Pada tengahari, hari yang sama. Seorang pelajar lagi menemui saya, bercerita masalah yang mungkin sudah lama dipendam. Turut diiringi tangisan, dan berakhir dengan pelukan. Saya sedikit hairan, kerana saya tidaklah rapat dengan pelajar ini. Mungkin hati kami yang rapat. Saya terharu dengan kepercayaan yang diberikan. Mana mungkin seseorang bisa mengalirkan air mata di hadapan kita tanpa disertai kepercayaan.

Saya membuat analisis. Sepanjang menjadi seorang pendidik, saya bersyukur, kerana kelas saya sentiasa penuh .Walaupun kadang-kadang yang pontengnya pun ada, tapi lebih baik berbanding kelas lain (bukan niat memburukkan kelas lain, bukan meninggi diri, tapi untuk berkongsi). Seorang pelajar pernah berkata, "kelas madam je saya rajin datang, kelas lain tak..." Saya mencuba untuk memikirkan apa petuanya, kalau boleh, saya ingin berkongsi dengan pendidik yang lain agar mereka sama-sama merasai kepuasan ini. Namun setakat ini, saya cuma boleh memikirkan hubungan baik dengan pelajar, selebihnya, masuklah ke kelas saya untuk mengetahuinya, mungkin anda tahu, kerana saya tak tahu.

Terkadang saya terfikir, apakah kemesraan saya dengan pelajar itu melemakkan dan mendatangkan keburukan kepada mereka. Dan semalam saya mendapat jawapannya, KERANA DUA TANGISAN ITU, AKU BERAZAM UNTUK TIDAK BERUBAH.

Friday, January 6, 2012

Azam tahun baru ini..

Aku mahu menjadi diriku yang dahulu... Yang lebih bertawakkal... yang lebih redha... yang lebih Solehah... Yang lebih murni hatinya... SMKAP Kangar Perlis. Aku rindukan tarbiah itu. Aku rindukan bi'ah solehah itu. Aku rindukan segalanya... 5 tahun yang mengajarku segala-galanya, 5 tahun yang membentuk peribadiku, 5 tahun yang memberikanku perisai terhebat dalam melayari setiap dugaan kehidupan sehingga kini. Sungguh Ya Allah... terima kasih kerana meminjamkan 5 tahun itu untukku. Aku cinta padaMU.

Thursday, January 5, 2012

MUHAMMAD DAH SEKOLAH..... ;)

SALAM...

Tidak adil rasanya sekiranya saya tidak 'update' kisah hari/ minggu pertama persekolahan anak sulung saya, Muhammad Idris Sowell. Tambahan pula, tujuan utama blog ini wujud adalah sebagai legasi buat mereka, anak-anak saya. Jadi harapnya, pada masa akan datang, ketika mereka sudah mula pandai berfikir, mereka akan tertawa apabila membaca kisah ini.

Sebagai persediaan, beberapa bulan sebelum ke sekolah, kami sekeluarga akan sentiasa memberitahu Muhammad yang dia bakal ke sekolah pada tahun hadapan. Harap-harapnya, dengan pemberitahuan ini, sedikit sebanyak dia akan bersedia secara mental untuk ke sekolah. Setakat itu, Muhammad masih okay.

Hari pertama persekolahan, Muhammad okay. Mungkin perasaan curious dan perasaan excited untuk menjelajah apa itu sekolah masih lagi bermain-main dalam dirinya. Kedatangan kami di Tadika Little Caliphs pada awal pagi di sambut oleh seolah guru wanita yang masih muda, comel, manis dan lemah lembut.

Hari kedua, persekolahan, plan masih berjalan seperti biasa. Tiada yang mengganggu. Hari ketiga..... Pada pukul 10 lebih, pengetua sekolah menelefon memberitahu bahawa Muhammad kegatalan yang teruk! saya sudah menjangka yang Muhammad pasti akan menggaru-garu tubuhnya kerana dia memang menghidap eczema. Tapi, saya tidak menjangka yang cikgu sekolahnya akan menelefon dan memberitahu keadaan Muhammad yang kedengarannya teruk! Tanpa berlengah, saya bersama seorang teman terus ke sekolah Muhammad untuk mengambilnya. (Itu lah, bagi lagi makan telur!Doktor dah kata avoid!) Marah saya dalam hati. Setibanya saya di sana, Muhammad baru sahaja selesai dimandikan oleh cikgunya. Alhamdulillah... nampak cikgu sekolah ini tidak hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang initiative sementara menunggu kedatangan saya.

Keadaan Muhammad pun sudah sedikit baik berbanding sebelum mandi, beritahu cikgunya. Akhirnya saya meminta izin untuk membawa Muhammad balik ke pejabat. Sepanjang perjalanan balik ke pejabat, saya terfikir, ada hikmahnya juga Muhammad berkeadaan begitu di sekolah, sebab , menurut pengamatan saya, pemilik tadika/sekolah Muhammad agak kurang pendedahan terhadap eczema. Andai kata pada masa akan datang, ada pelajar yang mengalami masalah yang sama seperti Muhammad, sekurang-kurangnya, cikgu-cikgu di sana sudah mempunyai rujukan awal; Muhammad.

Saya yang mengajar tentang hikmah kepada pelajar-pelajar saya, tentulah saya juga perlu mempraktikkannya dalam kehidupan. Jangan hanya mengeluh dan merasakan situasi ini menyusahkan. Bersangka baik dengan Allah, itu yang terbaik bukan?

Dan, hari ini.... Pada hari Jumaat yang mulia, sebaik sahaja sampai ke taman perumahan, lokasi di mana tadika Muhammad terletak, kedengaran bunyi tangisan yang sayu daripadanya, merayu-rayu agar tidak dihantar ke sekolah. Jenuh saya memujuk selama setengah jam namun pujukan saya tidak berkesan.

Saya menelefon suami untuk meminta bantuan pujukan memandangkan suara saya yang hampir tidak mahu keluar akibat sakit tekak menyusahkan proses memujuk, namun, Muhammad duduk tanpa berganjak sedikit pun di dalam kereta. Ada sebuah kereta lagi di hadapan kami yang turut mengalami drama yang sama. Saya relax dengan keadaan ini, saya faham, beginilah karenah kanak-kanak yang baru mengenal apa itu sekolah. Namun, hati sedikit panas memandangkan beberapa minit lagi, jam akan menginjak ke pukul 8.30! which means... saya akan terlewat ke tempat kerja!

Akhirnya saya mengambil solusi terakhir... iaitu mengangkat dangan paksa anak saya yang masih lagi bercucuran air mata itu masuk ke tadikanya. Rayuannya tetap kedengaran, tapi, that's it! cukup! Sebaik sahaja masuk ke dalam tadika, dan melihat rakan-rakannya yang lain, automatik Muhammad berhenti menangis seolah-olah tidak berlaku apa-apa. Ouuhh... Alhamdulillah lega... Sebaik sahaja berterima kasih kepada cikgu-cikgunya, saya terus berjalan laju menuju ke kereta.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat kereta saya di parkir, saya terlihat seorang ibu yang juga sedang memujuk anak lelakinya yang sedang menangis sambil memegang anak patung agar keluar dari kereta. Dalam hati saya... ah... biasa pemandangan ini, bukan anakku seorang sahaja yang membuat tebiat. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ketawa saya pecah! Entah apa yang saya ketawakan sangat, saya sendiri tidak pasti.

Saya memecut kereta tanpa tergesa-gesa, tenang dengan peristiwa pagi tadi, namun hasilnya, saya check in kerja pada pukul 8:40. Fuhh... keranamu wahai anakku sayang. Mama tak pernah lewat lagi sebelum ini. Haha.

Bagaimana pula episod minggu depan? :) I Love You Muhammad.