Salam.......
Hubungan baik.
Itu yang cuba saya terapkan kepada pelajar-pelajar sepanjang saya menjadi pensyarah di institusi ini. Alhamdulillah, para pelajar boleh menerima cara saya mengajar di dalam kelas (setakat pengetahuan saya).
Saya bukanlah yang terbaik. Kaedah pengajaran saya pun bukanlah yang terbaik. Namun, setakat ini, saya berpuas hati kerana ukhuwah dengan bekas pelajar masih terjalin erat.
Semalam, ketika melewati lorong yang biasa saya lalui, seorang pelajar perempuan memanggil nama saya. Kemudian, dia terus memeluk saya. Ohh, pelajar saya pada dua semester yang lepas. Pelukannya berterusan dengan tangisan. Erat saya rasakan. Katanya rindu. Katanya sedih dengan subjek yang terpaksa diulang semula pada semester ini. Saya memujuk. Tapi satu-satunya kelemahan saya bila memujuk ialah, sesiapa yang dipujuk akan terus menangis. Entah kenapa?????
Perbualan berlangsung selama beberapa minit sebelum kami berpisah, namun, pelukan erat itu masih terasa sehingga kini. Mungkin itu kesan ukhuwah.
Pada tengahari, hari yang sama. Seorang pelajar lagi menemui saya, bercerita masalah yang mungkin sudah lama dipendam. Turut diiringi tangisan, dan berakhir dengan pelukan. Saya sedikit hairan, kerana saya tidaklah rapat dengan pelajar ini. Mungkin hati kami yang rapat. Saya terharu dengan kepercayaan yang diberikan. Mana mungkin seseorang bisa mengalirkan air mata di hadapan kita tanpa disertai kepercayaan.
Saya membuat analisis. Sepanjang menjadi seorang pendidik, saya bersyukur, kerana kelas saya sentiasa penuh .Walaupun kadang-kadang yang pontengnya pun ada, tapi lebih baik berbanding kelas lain (bukan niat memburukkan kelas lain, bukan meninggi diri, tapi untuk berkongsi). Seorang pelajar pernah berkata, "kelas madam je saya rajin datang, kelas lain tak..." Saya mencuba untuk memikirkan apa petuanya, kalau boleh, saya ingin berkongsi dengan pendidik yang lain agar mereka sama-sama merasai kepuasan ini. Namun setakat ini, saya cuma boleh memikirkan hubungan baik dengan pelajar, selebihnya, masuklah ke kelas saya untuk mengetahuinya, mungkin anda tahu, kerana saya tak tahu.
Terkadang saya terfikir, apakah kemesraan saya dengan pelajar itu melemakkan dan mendatangkan keburukan kepada mereka. Dan semalam saya mendapat jawapannya, KERANA DUA TANGISAN ITU, AKU BERAZAM UNTUK TIDAK BERUBAH.

No comments:
Post a Comment