Salam...
Baru-baru ini ketika menghantar kunci kelas ke makmal komputer, saya ditanya oleh pelajar praktikal, Fakhrulzzaman,
"Madam, kenapa dah lama tak update blog? Peminat setia ni?" Katanya.
Aisehmen... saya menggaru-garu kepala yang tak gatal.
"Sorry, saya rasa macam takde cerita yang nak dikongsikan..." sedangkan realitinya banyak. Cuma saya yang malas untuk mengetuk papan kekunci ini.
Pun begitu, saya cukup terharu, kerana blog biasa-biasa ini punya 'peminat setianya' . Oleh itu, tanpa melengahkan masa, pada petang ini, saya membuat keputusan untuk mengisi tanah kontang ini dengan sedikit kisah... kisah yang positif, yang boleh memberikan inspirasi kepada orang lain (barangkali).
Salah satu daripada impian tidak serius saya ialah, mahu menjadi seorang penulis. Tak kisahlah penulis apa, asalkan title yang saya pegang ialah penulis. Boleh katakan impian untuk menjadi penulis merupakan salah satu daripada wish list saya.
Pada mulanya, saya hanya menulis sekadar suka-suka, untuk mengisi masa lapang sebelum mendapat pekerjaan.
Tidak lama selepas itu, saya merasa teruja kerana yang sedikit itu menjadi bertambah banyak sehingga mencapai lebih daripada 100 mukasurat. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghantar manuskrip separuh itu kepada sebuah syarikat penerbitan novel. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima amat menggalakkan. Pada ketika itulah saya merasakan yang saya perlu serius dalam cita-cita saya itu.
Di pendekkan cerita, akhirnya, pada hari ini, pada pukul 3 pagi, saya mendapat email bahawa syarikat penerbitan tersebut berminat untuk menerbitkan manuskrip saya, cuma, saya perlu menunggu giliran untuk diterbitkan. Alhamdulillah.... penantian dan impian akhirnya tercapai walaupun pada mulanya, saya TAKUT-TAKUT untuk mencuba.
Saya sering menasihati pelajar-pelajar saya, jangan takut untuk mencuba. Jangan takut untuk bermimpi. Jangan takut untuk mencipta impian walau impian itu nampak mengarut pada orang lain. Walau apapun ia... MULAKAN DAHULU. Hasilnya, usah difikirkan. Kalaulah Thomas Edison takut untuk memulakan eksperimen lampu mentolnya, sudah tentu, nama beliau tidak akan menjadi nama besar dalam sejarah inovasi manusia.
Penghalang terbesar manusia dalam mencapai sebarang impian ialah, TAKUT. Saya sudah melepasi tahap itu selepas sahaja saya menekan kekunci ENTER untuk menghantar manuskrip saya. Alhamdulillah, jalan yang saya susuri selepas itu lancar. Rahmat dan ni'mat dariMu jua YA ALLAH.
Sehingga ini, senyuman saya masih lagi lebar kerana kepuasan itu saya rasakan. Saya turut mendapat satu motivasi baru untuk dikisahkan kepada pelajar-pelajar saya... WALAU APAPUN IMPIAN ANDA, MULAKAN LANGKAHNYA, JANGAN SUATU HARI NANTI ANDA MENYESAL KERANA TIDAK PERNAH MEMILIH UNTUK MEMULAKAN LANGKAH. Soal berjaya atau tidak, usah difikirkan. Yang penting, positif! ANDAI TERSADUNG, MAHUPUN TERSUNGKUR, MULAKAN SEMULA LANGKAHMU! ~Thomas Edison memang sumber inspirasi yang bagus~ dan aku tetap tidak melupakan langkah perjuanganmu yang sentiasa penuh berliku wahai RASULULLAH, langkah berliku yang akhirnya diakhiri dengan kegemilangan Islam, HAPPY BIRTHDAY YA RASULULLAH... :)

tahniah madam...jgn lupa bg diskaun novel madam mcm madam ckp..huhuhu...
ReplyDeleteEhh nama sy lah..popular sy.
ReplyDelete