Salam Ramadhan...
Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas pada bulan yang penuh barakah ini.
Sudah dua musim saya menjalani Ramadhan dalam keadaan mengandung, dan kini saya menjalani musim ketiga. Alhamdulillah, kesihatan itu kekal diberikan oleh Allah kepada saya untuk mengharungi Ramadhan, meski keletihan 2x ganda daripada biasa, meski pitam itu sering berlaku, meski kadar gula dalam darah berada pada tahap hampir kritikal. Itu adalah ujian-ujian kecil yang syukur saya tempuhi kerana saya mahukan Ramadhan yang bermakna untuk diri saya, juga si kecil di dalam kandungan saya.
Namun, satu ujian yang benar-benar menguji, walaupun hanya ujian biasa berlaku beberapa hari lepas apabila wang buku pelajar-pelajar saya hilang entah ke mana. Kisahnya bermula apabila wakil yang ditugaskan mengutip duit buku hanya menyelitkan duit2 tersebut di bawah pintu bilik saya. Wallahu a'lam... entah ke mana hilangnya duit tersebut. Kalau nak dituduh kehilangan itu berlaku di dalam bilik pejabat saya, tiada sesiapa yang berada di dalam bilik saya ketika duit tersebut diselitkan. Bertambah-tambah pelik lagi, kenapa hanya duit yang berjumlah 160 RM itu yang hilang, sedangkan duit officemate lain yang bersepah di dalam bilik tidak hilang. Malah ada rakan yang hanya meletakkan duit buku pelajar2nya di atas mejanya sahaja, dan tetap selamat.
Kami mengeluarkan beberapa konklusi, salah satunya ialah pelajar itu menipu dan telah mengambil duit tersebut... a.k.a mencuri. Tapi, takdak bukti la pulak... Maka solusinya, terpaksalah saya menggantikan duit tersebut, walaupun pelajar tersebut sudah berjanji untuk menggantikan wang tersebut. Tapi, bagaimana kalau betul dia tidak mencuri?
RM160, cukup banyak untuk membeli beg tangan jenama BONIA di SOGO. Cukup untuk membeli pampers anak untuk 3 bulan. Memang berat hati untuk 'melepaskan' RM160 begitu sahaja tanpa sebarang pulangan kepada diri sendiri. Hmmm...
Tapi, saya mendapat satu pengajaran yang cukup berharga selepas berbuka puasa dengan suami semalam. Kata suami...
"Kalau betul duit tu dah hilang, ganti je lah... Kita tak tau pun budak tu menipu ke tak... Anggap je lah awak bersedekah kat sesapa, ada juga pahalanya.... Ingat, bulan puasa ni bukan diuji dari segi kelaparan je, tapi dari segala aspek... Awak redha je lah dengan duit RM160 tu. Anggaplah bukan rezeki awak... Kita kalau redha, semuanya jadi mudah untuk dilepaskan." *** Ok, perenggan kedua sampai akhirtu bukan daripada suami saya, tapi monolog dalaman saya yang berfikiran positif di sebalik kata-kata suami di perenggan pertama :)
Kesimpulannya... Kalau Allah kata tu rezeki kita, takdak sapa bulih halang kita daripada menikmatinya. Kalau Allah kata tu bukan rezeki kita, buatlah macam manapun, kita tetap takkan dapat menikmatinya. Kita usaha, Allah tentukan :) Maka bersaksilah, dengan ini, aku redha!
salam.. nice artikel madam. :) lama tak jumpe madam. hu3. rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat berpuasa kpd madam. :) semoga terus istiqamah dalam menjalankan ibadahNYA. :) wooohaaa!!
ReplyDeleteganti ajela t, setiap sem pun i slalu short duit buku bdk. ntahla, kira brkali2, tp short jgk. jgn kata duit, buku pun short. kt bilik sblm g klas dh cukup kira ada 19 (3x i kira) tp smpai kt klas short 1. ntahla.kekadang mungkin duit/buku tu ade, cuma kita yg x nmpak..
ReplyDeletebetul2 redha dah ni weh..... huhu
ReplyDelete