Search This Blog

Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU13, tapi ini bukan tentang politik, ini tentang kami...

Salam...

Buka mana-mana "pages", pakat-pakat sembang PRU13, pakat-pakat hentam, pakat-pakat fitnah, pakat-pakat berhujah.

Jadi sangat penat dengan semua ini, mula-mula kecewa juga dengan keputusan PRU13, tapi, selepas FB saya memaparkan beberapa 'post' yang semakin 'mengganas', maka saya kira, cukup-cukuplah.... Biar kita selesaikan dengan cara yang terbaik, jangan meroyan tak tentu hala....okay full stop. 

Beberapa minggu yang lepas, saya terlibat dengan kemalangan kecil, lebih spesifik, kereta saya dilanggar lari oleh sebuah kereta ISWARA berwarna HIJAU. Menyebabkan saya kehilangan kawalan steering dan terus melanggar sebuah binaan longkang di tepi jalan. 

Saga Merah mengalami kecederaan teruk pada bahagian hadapan, airbag terbuka (sakit juga kena airbag rupanya), tuan punya kereta juga mengalami kecederaan sedikit pada tubuh badan. Selainnya.... Alhamdulillah, saya bersyukur, sebab Allah masih panjangkan usia. KALAULAH saya tersasar sedikit lagi ketepi, pasti kereta saya sudah menjadi mangsa bahaman longkang besar, dan mungkin juga saya akan mengalami kederaan yang amat teruk, kerana kelajuan  kereta yang pantas. 

Frust dan sangat kecewa, kesal, dan macam-macam yang saya fikirkan, mulalah nak keluarkan perkataan "WHAT IF..." 

Tapi setiap kali musibah melanda, pasti ada butiran hikmah yang Allah sertakan....pasti... 

- Peringatan, agar saya sentiasa mengingati mati. Kemalangan yang berlaku sekelip mata pun saya boleh terkejut sangat-sangat, inikan pula kalau  Allah sudah mencabut nyawa. Pasti saya akan lebih terkejut bila tiba-tiba nampak jasad sendiri terbujur kaku berbalut kain putih. "Ya Allah, kenapa aku dah mati?". 

- Bersangka baik dengan Allah... Saya meminta maaf beberapa kali kepada suami ketika sedang menunggu giliran untuk membuat laporan di balai polis. Tapi suami positif kata...."Alhamdulillahi ala kulli hal..." Berterima kasih kepada Allah atas setiap perkara...

-Lebih berhati-hati selepas ini, jangan pecut macam pelumba F1. 

Semoga Allah masih memberikan ruang untuk saya bernafas lebih lama, untuk berbakti kepada ummah. (PRU14 nanti! wahaha) 

*** Muhammad mengalami eczema, kasihan melihat dia tergaru-garu sambil menangis menahan sakit. Saya tidak punya kuasa apa-apa untuk legakan sakitnya, losyen khas sudah disapu, namun masih kedengaran dia menangis. Lantas saya katakan kepadanya...

"Muhammad doalah kepada Allah... Ya Allah, sembuhkan sakit Muhammad ya Allah, kasihankan Muhammad, aaameen..."

Kan mama dah kata, kalau nak minta apa-apa, minta pada Allah...

~Harapnya, ini pelajaran tauhid yang berguna untuk Muhammad. 

No comments:

Post a Comment