Search This Blog

Monday, April 1, 2013

Kisah Ultraman dan doa Muhammad kepada Allah...

Salam...

Perbualan antara Muhammad dan mama dalam kereta pagi tadi.

Mama : Muhammad nak jadi apa bila dah besar?

Muhammad : Muhammad nak jadi Ultraman boleh tak? 

Mama : Muhammad nak jadi Ultraman apa?

Muhammad: Muhammad nak jadi Ultraman Zero boleh tak?

Mama : Mana ada manusia boleh jadi Ultraman.... Muhammad jadi benda lainlah.

Muhammad : Tapi Muhammad nak jadi Ultraman juga.... Bukan ke Allah boleh bagi kalau kita doa???

Mama : Muhammad doalah kat Allah kalau macamtu.

Muhammad : Nak doa macam mana mama? Muhammad tak reti.

Mama : Muhammad doalah... Ya Allah, jadikanlah Muhammad macam Ultraman Zero, yang baik, yang kuat, yang suka menolong orang dalam kesusahan, yang menentang kejahatan... Macam Khalifah Umar....

Muhammad : .....Aaaameeen....

Imaginasi kanak-kanak, memang tinggi, layankan jelah.... tapi biar dengan cara berhemah.


***** Dahagakan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menjadi ibu yang terbaik. Moga saya sentiasa boleh menjadi ibu yang terbaik disebalik kegarangan yang semakin menjadi-jadi... HHaaaiiiHhhhH!!

Sunday, March 31, 2013

Mimpi yang HORROR!!!

Salam...

Semalam saya bermimpi sesuatu yang amat menyeramkan!!! Ada satu tulisan berwarna merah terang yang berbunyi "BILA NAK UPDATE BLOG??!!!!"

sejurus saya terus tersedar. Hai.... macam manalah agaknya sampai termimpi-mimpi ni. Saya sedar, blog ni sudah beberapa kali digantung tak bertali. Agak-agaknya suara hati siapalah yang masuk ke dalam mimpi saya semalam... hehe. 

Banyak sangat idea yang terbengkalai sahaja di dalam otak saya, entah bila akan dituai hasilnya di sini. Maaf bagi sesiapa yang rajin menjengah ke laman ini. Insyaallah bila dah ada semangat dan mood, saya akan update. 

Jangan hantar mimpi buruk itu lagi!!!!

Monday, January 7, 2013

RM 4, cinta saya, cinta Allah...

 


Salam...

Hari ini baru masuk hari kedua menghantar Muhammad ke sekolah semula setelah bercuti panjang sempena bersalin. 

Muhammad sudah beberapa kali menyatakan keinginannya untuk dibelikan KINDER JOY setiap kali kami singgah ke stesen minyak. Tapi, saya biarkan sahaja keinginan Muhammad itu tidak berbalas. Saya cuma nyatakan kepadanya, Kinder Joy itu mahal... tidak berbaloi untuk dibeli semata-mata mahukan mainannya (yang langsung tidak sama seperti ilustrasi di atas). 

Muhammad bertanya pula, berapa harga sebiji 'telur' itu? Saya cuma membalas mengikut anggaran, dalam RM4. Muhammad cuma mengangguk. Kasihan juga melihat dia kehampaan, tapi, saja saya mahu mendidik dia, tidak semua benda yang kita mahu, kita boleh terus dapat. Juga, berpada-pada dalam memberikan apa jua kepada anak-anak. Boleh beri, tapi biar berpada-pada.

Pagi tadi, ketika sedang menyiapkan Muhammad untuk ke sekolah, Muhammad bertanya kepada saya,

Muhammad : Mama, hari ni mama ada 4 ringgit tak?

Saya : Ada, kenapa?

Muhammad : Yeay, nanti Muhammad nak beli yang 'telur' tu eh mama?

Saya : Ok. (Langsung terlupa tentang Kinder Joy, ingatkan Muhammad maksudkan burger telur special)

Setibanya kami di stesen minyak, Muhammad terus menuju ke rak Kinder Joy untuk mengambil sebiji 'telur' yang dijanjikan. Saya terkelu sebentar, niat di hati ingin melarang, tapi, tiba-tiba, ingatan pada perbualan awal pagi tadi menerjah kembali. Betullah... Saya berjanji dalam tak sedar... 

Tidak mengapa, sekarang ialah tahap boleh pada prinsip berpada-pada itu, maka saya terus membayar harga 'telur' itu di kaunter. Muhammad melompat dan menjerit kecil "YEAY" di hadapan jurujual, sekaligus membuatkan jurujual stesen minyak itu tersenyum. Hati saya turut berbunga-bunga melihat 'kechomelan' Muhammad melompat.

Saya teringat kepada sepotong ayat daripada surah  Ghafir: 60

 ÙˆÙ‚ال ربكم Ø£ دعوني أستجب لكم

 Berdoalah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu...

Pada setiap doa itu, terselit harapan agar Allah mendengar dan memakbulkan setiap doa kita. Dia sudah berjanji akan memakbulkan, tapi tidak semestinya mudah untuk kita mendapatkan perkenan itu. Semua itu sudah tentunya atas sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pasti ada sebabnya kenapa Dia tidak terus memakbulkan doa setiap hambaNYa. Sebagai seorang ibu, yang hampir setiap hari menerima permintaan daripada anak-anak, saya seolah-olah cukup memahami, betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya dalam menolak permintaan hamba-hambaNya. Alhamdulillah... terselit jua pengajaran pada  kisah pagi ini....Syukur... :)

***** Pada usia setahun, saya katakan, Muhammad baru setahun, lama lagi menginjak zaman persekolahan... Sekarang, terasa bagaikan baru semalam saya menuturkan kata-kata itu. Cepat sungguh masa berlalu... terasa sebak mengingatkan mungkin esok Muhammad sudah berusia 25 tahun.

Wednesday, December 19, 2012

Appreciation...


Songwriters: RICHIE, LIONEL B., JR. / TUNICK, JONATHAN
My love,
There's only you in my life
The only thing that's bright

My first love,
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
(I-I-I-I-I)
I want to share
All my love with you
No one else will do...

And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be
My endless love

Two hearts,
Two hearts that beat as one
Our lives have just begun

Forever
(Ohhhhhh)
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms

And love
Oh, love
I'll be a fool
For you,
I'm sure
You know I don't mind
Oh, you know I don't mind

'Cause you,
You mean the world to me
Oh
I know
I know
I've found in you
My endless love

Oooh-woow
Boom, boom
Boom, boom, boom, boom, booom
Boom, boom, boom, boom, boom

Oooh, and love
Oh, love
I'll be that fool
For you,
I'm sure
You know I don't mind
Oh you know-
I don't mind

And, YES
You'll be the only one
'Cause NO one can deny
This love I have inside
And I'll give it all to you
My love
My love, my love
My endless love

Dear Muhammad Idris Sowell & Taqiyuddin Ahmad Sowell:
" Be good to your wives, as your father do to me. :)"
Dear Aishah Zinnirah Sowell:
" I hope, One day, you'll become a princess to a prince who deserve you, Insyaallah... "

...Your father, my husband, is a bless to my life ;), Alhamdulillah...

Monday, December 17, 2012

Pindah rumah baru, Garding Wedden, Sakit Hati

Salam...

Alhamdulillah, harini hari pertama masuk bekerja semula. Pagi-pagi bawa kereta, tersangkut dalam kesesakan lalulintas, kereta mati dalam jem, hampir sesat jalan ke office sendiri (???) masuk kerja lewat. Itulah yang berlaku pada awal pagi tadi. Oh, hari ni juga hantar Aishah Zinnirah ke rumah pengasuh. Update setakat tengahari tadi, Aishah tak berapa nak minum susu, tapi still okay, dan alhamdulillah, senang tidur. Takpelah sayangku... tidurlah lama-lama kat rumah Cik Yah, mudahkan kerja orang ye :) , tapi malam nanti mama pula yang berjaga sebab Aishah buka mata bulat-bulat macam duit syiling 50 sen lama. (hu hu)

2013, insyaallah tahun berjimat sebab akan pindah masuk rumah baru. Hubby pula sudah buka legal firm sendiri dengan kawan-kawan. Lagilah perlu berjimat cermat. Tadi Abu Zinnirah tanya, simpanan dalam akaun ada berapa? dah nak kena start beli barang untuk masuk rumah baru. Ummu Idris bagi figure yang tak berapa banyak. Senyum dalam message ....


Tidak apa, Allah itu sudah mencukupi buat kita. Biar Qana'ah, jangan hidup bertuhankan kebendaankan? Senyum lagi.... 


Pernah tersasul? Pagi tadi, Madam Ijwa Baijura tersyasyul, dia kata GARDING WEDDEN.  Siapa boleh teka?
Madam Linda pun tersyasyul, dia tanya, "Ijwa, U hantar Aishah kat rumah siapa?" krikk...krik...krikkk... bunyi cengkerik... Aishah? Aishah kan anak Madam Fatehah? Semua orang gelak. Thanx my friends, menceriakan hariku setelah 2 bulan bertapa. 

Entri pada kali ini biar santai-santai sahaja, belum ada mood untuk berentri serius. Banyak sakit hati yang perlu diubat. Hating when you couldn't hate. Hurt. Saya manusia biasa.   

Thursday, November 8, 2012

Adorable Aishah...

Baru tahu beza anak perempuan dan anak lelaki...
Dua-dua sayang... tapi, dengan perempuan ni sayangnya lain macam sikit.
Bila nampak dia tidur, dalam hati kata,
"Isn't she adorable..." Aisehmen, speaking gitu.
Abah pun nampak melayan lebih dengan anak dara seorang ni.
Patutlah adda hadith Nabi sebut pasal ayah dan anak perempuan.
Mungkin naluri sediakala yang Allah ciptakan,
perempuan memang dicipta untuk disayangi :) 
27 yrs old, blessed with 3 children...
I feel... complete. Alhamdulillah.

***6/11/2012, Taqiyuddin Ahmad Sowell, 3 yrs old
Selamat Ulang Tahun Sayang.

Monday, November 5, 2012

Kecukupan (daripada buku +vs-)

KECUKUPAN.
“Dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan”,  An Najm: 48.
Pernahkah anda merasa terkilan atas ketidak cukupan gaji yang diterima pada setiap bulan? Setiap kali pasti ada sahaja yang memerlukan penggunaan wang sehinggakan gaji yang pada mulanya beribu-ribu sekelip mata menyusut menjadi tiga angka sahaja.
Ada satu kisah biasa yang diceritakan kepada saya oleh seorang rakan.  Memang ini kisah biasa, yang sering kita dengar, namun, pada setiap kisah, pasti ada sesuatu  didikan yang tersirat untuk sesiapa yang mengalaminya. Tetapi, berapa banyak daripada kita yang menyedarinya?
Kisahnya bermula selepas pemberian bonus akhir tahun kepada setiap kakitangan di organisasinya. Seperti biasa, pemberian bonus ini memberikan kelegaan yang cukup besar kepada semua kakitangan. Tidak ketinggalan juga kawan saya. Saban hari dia mewar-warkan perancangannya yang teliti berkenaan penggunaan wang bonus yang diterimanya. “ Aku nak beli baju baru, nak beli basikal baru untuk anak-anak, nak belanja keluarga makan-makan, nak simpan sikit, nak…” dan begitulah seterusnya setiap hari.
Namun, beberapa hari selepas menerima pemberian bonus tersebut, rakan saya mengadu, dia bakal tidak akan merasa walau sesen pun wang bonus tersebut kerana keretanya dimasukkan ke bengkel dan memerlukan wang sebanyak RM2000 untuk membayar bengkel kereta tersebut. Wajahnya monyok menggambarkan betapa dia sedih dengan keadaan tersebut. Kami yang faham hanya mampu menumpang simpati. Kami faham, bagi individu yang baru bertatih-tatih memulakan keluarga, wang merupakan perkara penting dalam hidup. Tetapi, beberapa ketika kemudian, kedengaran suaranya menjerit “Cukuplah Allah bagiku!”
Jeritan itu membuatkan kami cemas, pantas kami menjenguknya di mejanya. Dia tersenyum memandang kami semua. Tanpa sempat kami menghulurkan sebarang pertanyaan, dia menjelaskan jeritannya sebentar tadi.
“Cukuplah Allah bagiku. Mungkin sebenarnya bonus tu bukan rezeki aku, tapi rezeki orang lain. Rezeki taukeh bengkel kereta tu barangkali? Tapi Allah salurkan melalui aku. Mana tahu dia lebih memerlukan duit itu berbanding aku. Setakat ni pun, Alhamdulillah, aku masih cukup, Cuma bila dapat lebih sikit, siapa yang menolak? Tapi dah tertulis, aku cuma wasilah untuk menyampaikan rezeki Allah kepada orang lain. Cukuplah Allah bagiku. Aku bersangka baik dengan Allah.”
Subhanallah… Penjelasan yang cukup mantap daripada fikirannya yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah. Jelas, di sebalik bebanan yang negatif itu, terselit timbunan positif yang menggunung. 
Firman Allah di dalam al-Quran:
”Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” Saba: 39
Jelaslah menurut ayat tersebut, semuanya tertakluk pada ketentuan Allah. Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah?
Saya terpanggil untuk menarik perhatian pembaca kepada satu kisah yang dikeluarkan daripada satu rancangan televisyen di Mesir.
Sebuah wawancara khas telah diadakan untuk menemuramah seorang wanita tua yang buta, tinggal seorang diri, dan miskin. Apa yang menarik perhatian penulis ialah, bagaimana wanita tua ini tidak pernah mengeluh dengan kekurangan yang ada padanya, bahkan, apabila ditanya adakah sesiapa yang tampil untuk membantu wanita itu, dengan pantas dia menjawab, Allah. Allah bersamaku.
Wanita ini malah bersyukur dengan segala musibah penyakit yang Allah 'anugerah'kan kepadanya.
"dia yang memberikanku penyakit kemudian dia menarik semula penyakit itu, kemudian dia mendatangkan semula sakit, dan menarik semula, sungguh Allah bersamaku selama ini"
Apabila ditanya berkenaan wang, adakah mencukupi? Wanita ini menjawab, “ Aku makan, Alhamdulillah, aku makan, dan segala-galanya lebih daripada cukup. Adakah perlu untuk aku mengumpul harta? Perlukah aku mengumpul harta? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sentiasa berasa cukup dengan yang sedikit. Mereka yang sentiasa mengumpul tidak akan pernah berasa cukup. Aku sudah merasa cukup.” 

Maha Suci Allah…betapa dia memandang musibah itu dari sudut hikmah. Sesungguhnya benar. Allah mungkin tidak pernah memperdulikan kita sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku kepada kita. Sungguh dia sedar bahawa dia itu sentiasa berada dalam perhatian Allah. Subhanallah...
Tidak dinafikan mengumpul harta itu juga perlu, tetapi dalam keadaan miskin seperti wanita tua tu, dia sangat berasa cukup. Itulah sikap yang perlu dicontohi oleaorang penulis terkemuka, penerbit, pencipta, diplomat, ahli sains dan ahli falsafah, pernah menyebut,

“Money never made a man happy yet, nor will it. The more a man has, the more he wants. Instead of filling a vacuum, it makes one.”

Duit belum pernah membahagiakan seorang lelaki, dan tak mungkin akan membahagiakan. Semakin banyak seorang lelaki mempunyai duit, semakin bertambah keinginannya. Daripada mengisi vakum, sebaliknya ia menghasilkan sebuah vakum.
Jadi bagaimana? Tepuk dada, tanyalah iman!