Salam,
Kamu-kamu sekalian yang rajin menjengah kawasan jajahan ini, mohon maaf, bukan senang untuk menulis dari hati. Bukan senang untuk ikhlas menulis. Almaklumlah, penulisan kalau boleh biar bermanfaat untuk semua orang, barulah boleh menjadi ladang yang berbuah ranum, memberi kekenyangan kepada semua.
Ada banyak kejadian, yang boleh menjadi ibrah dalam kehidupan, namun tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan kerana.......... MALAS. Sudah terlalu lama saya dijangkiti penyakit ini. Jadi, hari ini mahu melawan penyakit ini berhabis-berhabisan. Moga berjaya menaip barang beberapa perenggan.
Di sebabkan perayaan Hari Bapa adalah event terbaru, maka saya pun konon-konon buat entri tentang Hari Bapa.
Tidak pernah kisah tentang hari bapa. Rasanya mungkin hanya sekali dua mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa sendiri. Itupun hanya menggunakan 'text message', sebab macam ala-ala segan gitu untuk mengucapkan depan-depan ataupun secara ucapan lisan.
Ada sesuatu yang personal dalam entri kali ini, tapi tidak personal dalam cara yang tidak baik, insyaallah, personalnya dalam cara yang baik. Insyaallah.
Bak kata beberapa 'quotation' atau 'kata-kata hikmah' ataupun 'kata-kata nasihat' yang entah dari mana saya pernah mendengarnya...
Air dicincang tak akan putus.
Don't it always seems to go, that you don't know what you got til it's gone.
Berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu ~ Islamic teaching~
Hidup manusia, ada pasang surutnya, macam iman manusia juga. Disebabkan tiada manusia sesempurna Muhammad SAW lah, maka saya juga pernah melakukan kesilapan. Hampir 4 tahun tidak bercakap dengan ayah sendiri. Kerana ada beberapa perbalahan ketika zaman muda remaja dulu. 4 tahun tidak bersua muka walaupun balik ke tanah kelahiran sendiri dek kerana dendam dan ego. Hampir saya terlupa yang wujudnya saya kerana separuh dia ada dalam diri saya. Hampir saya terlupa dalam semua cerita tidak semua yang betul berpihak kepada saya. Hampir saya terlupa, saya berbinti kan dia. Hampir saya terlupa, dia menyayangi saya. Hampir saya terlupa, apa itu perasaan sesalan.
Sehingga akhirnya Allah menguji untuk mendekatkan kami semula. Minor stroke yang Allah 'hadiahkan' buat dia menyebabkan saya kembali tersedar segala-galanya, dan mula menerima sesuatu yang lebih rasional berbanding kemarahan sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, dan saya bersyukur kerana tidak tersasar jauh daripada landasan yang betul.
Buat pelajar-pelajar saya yang mungkin membaca nukilan ini, ( saya ada ramai pelajar yang sentiasa mengadu berkonflik dengan ibu bapa), kemarahan dan kedegilan tidak membawa kita kemana-mana. Saya kira, kemaafan adalah perkara yang kita perlukan. Memaafkan dia, memaafkan diri sendiri, dan meredhai segalanya. Walaupun sukar untuk dilakukan....percayalah, saya cukup memahami, (4 tahun tidak memperdulikan ayah sendiri), tapi itulah langkah terbaik. Insyaallah hidup kita akan menjadi lebih mudah selepas itu. Seolah-olah ada satu bebanan yang besar di angkat daripada dada.
# kerana saya tidak mahu menangis dengan jiwa penuh sesalan andai dia dipanggil dahulu menghadap Ilahi.
Buang yang keruh, ambil yang jernih
ReplyDelete