Kisahnya Muhammad tak pakai kasut ke sekolah hari ini. Sudah separuh jalan, hampir sampai ke sekolah, baru perasan Muhammad cuma pakai sandal angry bird nya.
-Muhammad tak boleh pakai kasut ni pergi sekolah!!! Kenapa Muhammad lupa pakai kasut sekolah!!! Macam mana nak pergi sekolah macamni!!! Nanti teacher cakap apa!!!-
This miserable mama kept on yelling and nagging until i saw his face... sedih, takut, blank.
Then i realized something. "Aku ni seorang ibu. So, act like a mother. ACT LIKE A REAL MOTHER."
Tekan butang paused. Tarik nafas. Gosok kepala anak, peluk anak. Minta maaf.
"Mama minta maaf sebab marah Muhammad tadi. Takpe, it's okay. Jangan risau, nanti mama bagitahu teacher. Senyumlah. Takpe buat silap kalau tak sengaja. Tapi lain kali jangan buat lagi. Kena ingat tau"
-dan temankannya sehingga ke pintu kelas. Pastikan dia senyum dulu baru lepaskan dia. Tak mahu dia mengharungi hari ini dengan mood kena marah.
*motif cerita: ada orang pernah cakap, kalau ada kebaikan yang boleh dikongsi, kongsikan. Biar semua yang membaca mendapat manfaatnya. Mungkin i tak buat kebaikan, tapi kalau ada rakan supermom yang pernah handle situasi mcmni dgn cara yang terbaik, sila kongsi dengan i yang selalu miserable ini.
Motif utama: Ceramah 5s belum habis. Dah mula berdarah hidung kebosanan. Need something to entertain myself.
No comments:
Post a Comment