Inilah legasi ilmu buat kalian, anak-anakku...segalanya kumuatkan di sini, ambillah segalanya yang membuahkan ilmu, tinggalkan segala yang buruk, jadikanlah sempadan... moga kalian akan lebih mengenaliku melalui tulisanku. Berdirilah dengan kalimah TAUHID!
Search This Blog
Thursday, March 26, 2009
Muhammad Idris dan ma....mak.
Baru2 ni si kecil muhammad idris sedang dalam pencapaian untuk menyebut perkataan. Antara sebutan2 yang boleh disebut ialah jom (tum), cat (tek), abah (kdg2 jadi ababa). Terhibur dengan karenah muhammad idris sampai tergelak-gelak mama muhammad idris. Mama muhammad idris pun cubalah mengajar si kecil ni menyebut mama, tapi yang keluar dari mulut muhammad ialah ma...mak kadang2 mammma tapi paling kerap ialah ma...mak. Lalu tergelak-gelaklah abah muhammad idris. macam mamak roti canai kata abahnya. Mama pun turut tergelak, agaknya, sebab pengasuh muhammad idris membahasakan dirinya sebagai mak sebab tu muhammad idris 'mengcombine" mama dan mak jadi ma...mak. Lepasni mama muhammad idris nak cuba mengajar menyebut huruf "R" plak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment