Search This Blog

Sunday, March 22, 2009

Untukmu Wanita (i took it from Someone I Know)


Sabda nabi, ciri2 wanita solehah ada tiga, apabila dipandang suaminya menggembirakan, taat pada perintah suami, dan boleh menjaga harga diri dan harta benda……
Untukmu yang bergelar wanita…
Ketahuilah bahawasanya dengan bergelar wanita itu, segala isi dunia mendoakan keutuhanmu mendidik jiwa sendiri, mengangkat maruah sendiri biar menjadi yang tersuci dan termulia disisi Allah, biar menjadi intan terpilih di kalangan yang terpilih, maka oleh itu, renungilah wahai wanita, bait-bait harapan dari seorang musllimah untuk setiap muslimah di luar sana, agar menjadilah jiwamu semurni siti khadijah, sesuci siti fatimah,semulia siti aisyah…jadilah engkau srikandi islam yang sempurna…moga kitalah srikandi agamaNya…
Sebagaimana harumnya mawar, cantik bila dipandang, tapi awas dengan durinya! Itulah perumpamaan bagi setiap langkahmu wahai srikandi islam. Biar kita megah menjadi perhiasan setiap mata memandang tanpa melupakan kemegahan mempertahankan ketulinan dan kesucianmu.
Jangan sekali kau lupa, kau diciptakan dengan seribu satu kemuliaan, maka hiasilah kemuliaanmu itu dengan malu mu. Biar terlihatlah keanggunan seorang muslimah yang terserlah dengan sifat malu yang mendidik jiwa. Ingatlah, padamu jua terdapat seribu satu tarikan buat kaum adam, hanya malu yang menutup tarikan ini agar tidak terlepas pada mata-mata yang tidak berhak. Suburkanlah rasa malu. Kerana malu itu adalah anugerah tuhan yang sgt besar. Ia adalah maruah diri. Ada maruah adalah harga pada diri. Harga diri itulah tempat jatuhnya pandangan manusia dan tuhan. Hilang maruah, hilanglah harga diri…tidak bernilailah kita disisi manusia, apatah lagi tuhan.
Wahai muslimah…jgn biarkan dirimu tampak lemah di mata insan bergelar lelaki. Biarpun malu menghampar pandangan, tidak bermakna tiada keberanian pada ruh mu. Sekadar menyebut beberapa nama srikandi islam, zainab al-ghazali-membunuh demi mempertahankan maruahnya, merve kavacki-ahli politik wanita yang menggegarkan turki kerana mempertahankan tudungnya, dan jangan kau lupa dengan sumayyah, srikandi islam pertama yang syahid di muka bumi ini.
Wanita bukan satu nama yang menunjukkan kelemahan, meskipun di sebalik nama wanita itu tersembunyi seribu satu kelembutan. Bangkitlah, gegarkan dunia ini dengan kelembutanmu biar setiap tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

No comments:

Post a Comment