Search This Blog

Thursday, April 23, 2009

tiga buku di pesta buku


Salam…

Saya agak tersilap apabila menyatakan bahawa musim cuti ini saya akan punya masa yang banyak untuk ‘berblog’. Rupa-rupanya, tidak seperti yang saya jangkakan. Masa itu memang banyak, cuma saya yang tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang diberi Allah ini. Bangun pagi, menghantar zauji yang mau ke tempat kerja ke muka pintu. Selepas itu, menguruskan si kecil, makan, berak, mandinya, makan diri sendiri, urusan2 manusiawi diri sendiri. Selepas itu, terduduk kepenatan. Mungkin juga kerana keadaan diri yang agak tidak sihat seperti selalu. Selepas itu, sepanjang hari asyik terlantar kelemahan. Allah…ini nikmat yang kau berikan kepada setiap wanita. Aku tidak merungut. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menerima rezeki kedua ini Insyaallah…

BAru-baru ini kami sekeluarga ke pesta buku. Tentunya saya ke sana kerana keterujaan yang agak terlampau dengan buku. Walaupun dalam keadaan begini, masih mengada-ngada memujuk zauji untuk ke pesta buku. Walaupun berkali-kali diingatkan zauji yang saya tidak sihat, tapi, seperti yang saya katakan, mengada-ngada memujuk (memaksa). Hasilnya, setengah jalan sebelum sampai ke rumah, saya termuntah di stesyen minyak shell. Tapi saya puas kerana saya berjaya mendapatkan dua buah buku hasil tulisan ust. Hasrizal Abd. Jamil. Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin. Alhamdulillah banyak mutiara ilmu daripada buku2 ini. Buat kengkawan, saya ‘rekemen’ janganlah segan silu untuk membeli buku ini. Tidak rugi kita melabur sedikit duit untuk saham akhirat. Dalam buku2 ini, bagi saya, banyak ‘booster’ yang boleh meningkatkan motivasi diri kita.Insyaallah. benarla kata orang, belajar daripada pengalaman. Saya belajar daripada pengalaman penulis buku2 ini yang dinukilkan didalam buku2 beliau. Terima kasih zauji kerana membelikan saya buku pertama nukilan Ust. Hasrizal, Aku Terima Nikahnya...

Wednesday, April 22, 2009

hari pertama selepas final

18th April 2009. Inilah hari pertama saya bergelar suri rumah sepenuh masa hehe. Bukan lagi student degree. Alhamdulillah… usaha selama beberapa thn untuk menghabiskan degree sdh berakhir semalam dengan berakhirnya last paper, Criminal Procedure II.

Tapi, selepas ini, saya akan “mengejar” satu lagi peringkat, ijazah sarjana plak. Insyaallah… semoga diberikan rezeki, kesihatan, dan kelapangan untuk melaksanakan impian ini. Buat masa ini zauji sudah menghabiskan semester satu program sarjananya (Master in Comparative Law). Kami sudah membuat perjanjian, (hehe) selepas zauji selesai MCL, saya akan mengikut jejak langkahnya untuk sambung study. Sebenarnya galakkan daripada zauji juga.

Alhamdulillah, zauji amat memahami keperluan dan kepentingan ilmu. See, who says you can not continue your study after you got married. Hidup kena positif. Ramai juga rakan2 dan sahabat2 saya yang akan menyambung double degree in syariah.

Tahniah.

Walaupun pada asalnya study plan saya turut “menuntut” saya menyambung double degree in syariah tapi saya ada alasan lebih kukuh untuk terpaksa tidak menyambung double degree ini. Seperti maslahah la… apapun, semoga jalan untuk kita menuntut ilmu sentiasa dipermudahkan Allah. Aamin…

Tuesday, April 14, 2009

Final Finally.... can't wait.


salam...


17 hb April, final finally. can't wait. setelah bertungkus lumus selama beberapa tahun alhamdulillah this is the end...( not the end of my edu life, but the end of LLB course) tapi, hasrat untuk mencari ilmu tak mungkin akan padam sampai bila2 i'allah. Lepasni nak cari ilmu lain pula. harap kawan2 yang di luar sana akan terus mencari ilmu sampai bila2. menuntut ilmu sampai ke liang lahad kata orang (walopun amtla diragui bagaimana menuntut ilmu bila kita dah mati!unless kita menuntut ilmu pengurusan jenazah ketika membawa jenazah ke liang lahad). perasaan bercampur baur, gembira ada, suka ada, sedih ada. uia ni lah lubuk mencari ilmu buat saya selama beberapa tahun ni. banyak kenangan pahit manis payau di sini. Tak dapat beyangkan hidup ini selepas meninggalkan uia. mana mau cari library sehebat uia. tak dapat bayangkan hidup tanpa menjengah library walau dalam sehari. nampaknya kena membeli banyak bahan bacaan untuk mengisi masa lapang time cuti ni. Semoga final ini dipermudahkan Allah A....min..


di sinilah final kita yang sebenar di atas muka bumi.