Search This Blog

Thursday, April 23, 2009

tiga buku di pesta buku


Salam…

Saya agak tersilap apabila menyatakan bahawa musim cuti ini saya akan punya masa yang banyak untuk ‘berblog’. Rupa-rupanya, tidak seperti yang saya jangkakan. Masa itu memang banyak, cuma saya yang tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang diberi Allah ini. Bangun pagi, menghantar zauji yang mau ke tempat kerja ke muka pintu. Selepas itu, menguruskan si kecil, makan, berak, mandinya, makan diri sendiri, urusan2 manusiawi diri sendiri. Selepas itu, terduduk kepenatan. Mungkin juga kerana keadaan diri yang agak tidak sihat seperti selalu. Selepas itu, sepanjang hari asyik terlantar kelemahan. Allah…ini nikmat yang kau berikan kepada setiap wanita. Aku tidak merungut. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menerima rezeki kedua ini Insyaallah…

BAru-baru ini kami sekeluarga ke pesta buku. Tentunya saya ke sana kerana keterujaan yang agak terlampau dengan buku. Walaupun dalam keadaan begini, masih mengada-ngada memujuk zauji untuk ke pesta buku. Walaupun berkali-kali diingatkan zauji yang saya tidak sihat, tapi, seperti yang saya katakan, mengada-ngada memujuk (memaksa). Hasilnya, setengah jalan sebelum sampai ke rumah, saya termuntah di stesyen minyak shell. Tapi saya puas kerana saya berjaya mendapatkan dua buah buku hasil tulisan ust. Hasrizal Abd. Jamil. Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin. Alhamdulillah banyak mutiara ilmu daripada buku2 ini. Buat kengkawan, saya ‘rekemen’ janganlah segan silu untuk membeli buku ini. Tidak rugi kita melabur sedikit duit untuk saham akhirat. Dalam buku2 ini, bagi saya, banyak ‘booster’ yang boleh meningkatkan motivasi diri kita.Insyaallah. benarla kata orang, belajar daripada pengalaman. Saya belajar daripada pengalaman penulis buku2 ini yang dinukilkan didalam buku2 beliau. Terima kasih zauji kerana membelikan saya buku pertama nukilan Ust. Hasrizal, Aku Terima Nikahnya...

1 comment:

  1. masih jeles ni.... tapi terubat sket coz my bro bought me FT's ketupat cinta!!! don't you think Mikhail is such a 'romantic' name?

    ReplyDelete