Search This Blog

Wednesday, April 22, 2009

hari pertama selepas final

18th April 2009. Inilah hari pertama saya bergelar suri rumah sepenuh masa hehe. Bukan lagi student degree. Alhamdulillah… usaha selama beberapa thn untuk menghabiskan degree sdh berakhir semalam dengan berakhirnya last paper, Criminal Procedure II.

Tapi, selepas ini, saya akan “mengejar” satu lagi peringkat, ijazah sarjana plak. Insyaallah… semoga diberikan rezeki, kesihatan, dan kelapangan untuk melaksanakan impian ini. Buat masa ini zauji sudah menghabiskan semester satu program sarjananya (Master in Comparative Law). Kami sudah membuat perjanjian, (hehe) selepas zauji selesai MCL, saya akan mengikut jejak langkahnya untuk sambung study. Sebenarnya galakkan daripada zauji juga.

Alhamdulillah, zauji amat memahami keperluan dan kepentingan ilmu. See, who says you can not continue your study after you got married. Hidup kena positif. Ramai juga rakan2 dan sahabat2 saya yang akan menyambung double degree in syariah.

Tahniah.

Walaupun pada asalnya study plan saya turut “menuntut” saya menyambung double degree in syariah tapi saya ada alasan lebih kukuh untuk terpaksa tidak menyambung double degree ini. Seperti maslahah la… apapun, semoga jalan untuk kita menuntut ilmu sentiasa dipermudahkan Allah. Aamin…

No comments:

Post a Comment