Search This Blog

Tuesday, June 23, 2009

Itu bukan tarian suku Kadazan, itu tarian suku Iban. (No offfence)


Tidak pasti bila kejadian ini berlaku. rasa-rasanya baru petang semalam. Si kecil Muhammad Idris sedang menari-nari entah tarian apa-apa ntah mengikut rentak lagu iklan di tv. bila di amat-amati, tarian itu serupa dengan tarian suku kaum iban di Sarawak. tiba-tiba MakSu nya tergelak dan menyebut. "macam tarian kadazan je". mungkin kerana saya punya darah Kadazan/dusun Sabah, terkucil sedikit hati ini.
Bukan kecil hati, tapi, lebih kepada mahu membetulkan fakta. dalam hati, terjerit-jerit " itu bukan tarian suku kadazan, itu tarian suku Iban!". terlebih emosional pulak hehe. Tapi, saya tidak membetulkan fakta itu kerana malas untuk bersuara. Membiarkan saja fakta itu terpesong. Tidak mengapa, itu tugas Datuk Rais, bisik hati kecil saya.

sebenarnya, pemesongan fakta, atau kesalah fahaman fakta jenis2 macamni sering berlaku sejak dari dulu. Saya bersekolah menengah di Perlis sejak tingkatan satu. ketika berada di Perlis, jangankan fakta tentang tarian, tentang negeri kelahiran saya pun menjadi satu fakta yang yang di salah fahami oleh pelajar2 sekolah saya. " Kamu dari Sarawak bah?" tanya mereka. bukan saja tersilap negeri, perkataan bah yang digunakan oleh mereka pun, salah penggunaannya.

Terasa terbuli, terkecil hati, termarah, seribu satu perasaan marah muncul ketika itu. saya salah mentafsir keramahan mereka ketika itu kerana apa yang muncul pada fikiran saya hanyalah, " mentang2 sia orang Sabah, pandai2 jak kamurang hina sia." fikiran budak tingkatan satu...belum matang... apatah lagi sebelum pemergian saya ke Perlis, saya disogokkan oleh cerita2 daripada orang2 kampung tentang bagaimana buruknya orang semenanjung melayan pelajar2 yayasan Sabah ketika waktu mereka dulu.

sbenarnya, saya tidak perlu berburuk sangka, saya hanya perlu membetulkan fakta dan teruskan hidup dengan keramahan mereka yang curious tentang keunikkan Sabah dan rakyatnya. sepertimana saya perlu membetulkan fakta yang tarian yang ditarikan oleh Muhammad Idris itu bukan tarian Kadazan, tapi, tarian Iban...

Friday, June 19, 2009

Merindui SAHABAT

Merindui SAHABAT.

It’s nearly 12:oo am. But my eyes are still refusing to allow me to sleep. Entahlah, sejak akhir-akhirni, susah melelapkan mata. Insomnia barangkali. Hmmm…(mengeluh tapi, bukan mengeluh) insomnia pernah menjadi musuh yang melekat dengan saya satu ketika dahulu, tapi kini kembali lagi. hilang nikmat tidur. Betapa saya sangat menghargai ayat ‘Fabiaiyi aalaa i rabbikumatukadzibaan’ (ArRahmaan) kini.

Sungguh, cuti yang panjang ini membuatkan otak saya berkarat, bertagar, badan jadi letih lesu. Kadang-kadang stress! Mungkin sebab terlalu biasa dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Macam mndapat satu kejutan pula sebab selama ini terlalu dibiasakan dengan bahan2 ilmiah dan assignments, rushing to meet the dead line, lectures, dan SAHABAT. Meninggalkan UIA bermakna meninggalkan SAHABAT2 yang terlalu banyak member sumbangan dalam hidup ini.

Sama juga kebosanan yang saya alami ketika meninggalkan SMKAP dulu. Tapi, dulu, walaupun SMKAP saya tinggalkan (bersama linangan air mata yang seolah-olah menangisi kematian!) saya tetap punya SAHABAT yang menunggu di kampung halaman. Masih boleh berhuhahahaha dengan pelbagai aktiviti. Tapi, bila meninggalkan UIA, entah kenapa, perasaan lain macam, seperti terputus hubungan dengan SAHABAT. Walaupun, bukan terputus sebenarnya, kerana tiada siapa yang berniat untuk memutuskan perSAHABATan. Tapi, since everybody have their own life, works, jobs, careers. Semua bz memulakan cabaran hidup sebagai orang dewasa yang baru melangkah ke dunia baru. Ya, BUSY itulah musuh SAHABAT barangkali. Teringat saya ketika hari-hari terakhir bergelar pelajar UIA. Di sana-sini kedengaran janji2 SAHABAT, “takpe, friendster/facebook/email/sms ade. Kite still leh contact” tapi sekarang, janji tinggal janji, (termasuk diriku!) smuanya kerana sibuk dengan hidup baru.

Sungguh, saya sangat merindui SAHABAT2 saya. Seringkali saya cemburu dengan kenangan2 lama yang hadir. Kenangan2 inilah yang membuatkan saya tiba2 terbuat one stupid wish (saja layan perasaan dikala insomnia menghalang tidur) iaitu, “I wish, I have a chance to be with my SAHABAT in 4 different times, one day per each times. Satu hari di zaman sekolah rendah, satu hari di zaman sek.men, satu hari di zaman, matrik, satu hari di zaman UIA” mungkin hanya angan2 saja, tapi itulah yang terhasil daripada merindui SAHABAT.one stupid wish…

Sister in Islam, From Zauji

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pada minggu yang lepas, bergemanya suara yang mengatakan "keluarkan fatwa haramnya Sister In Islam (SIS)". Sehari selepas suara itu bergema, berlaunganlah perlbagai suara diMalaysia. Ada yang mencaci suara yang ingin mengharamkan SIS dengan mengatakan mereka "bacul". Ada yang bersuara lantang menyokong pengharaman SIS. Ada yang lebih dasyat dengan mengatakan SIS parti kuffar. Macam-macam suara kedengaran. SIS sendiri tidak melepaskan peluang bersuara menegakkan pandangan mereka.

Mari kita melihat kejadian ini dengan kacamata Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Pertama, memang wujud kesalahan dalam idea SIS seperti membatalkan poligami kerana tidak lagi boleh diamalkan dizaman sekarang. Mereka juga menyangkal hukum faraid dengan mengatakan itu semua tidak releven dengan zaman kita.

Kedua, tidak boleh juga kita hanya berdiam diri atau "buat bodoh" dengan sebahagian idea atau perjuangan SIS yang benar seperti mereka perjuangkan hak isteri dalam perceraian yang diambil mudah oleh sebahagian Ulama Islam. Hinggakan dalam satu ceramah di UIA yang disampaikan oleh seorang Profesor dari Timur Tengah yang mengajar dikuliyyah Shariah mengkritik keras sistem mahkamah Malaysia yang mengabaikan wanita dalam pelbagai hal. Adakah perjuangan atau idea ini salah?

Ketiga, tidak boleh dalam hukum Perundangan Islam mengisytiharkan satu-satu individu atau pergerakan sebagai kafir atau menyeleweng tanpa perbicaraan. Ali r.a telah dinasihatkan oleh Rasulullah untuk tidak membuat keputusan sehingga mendengar hujah dari kedua belah pihak. Kenapa tidak dipanggil SIS untuk perbicaraan? Kenapa takut untuk berhujah dengan SIS? Jangan hanya berani mengatakan orang kafir dibelakang tabir. Inilah sikap orang munafik yang hanya berani dibelakang Nabi tetapi didepan nabi seperti memijak semut, semutpun tak mati.

Keempat. tidak boleh orang awam, samaada melalui percakapan atau penulisan, menuduh seseorang atau pergerakan sebagai kafir selagimana mereka belum diputuskan kafir oleh mahkamah yang sah. Nabi berkata: "jangan seorang Muslim menuduh muslim yang lain sebagai kafir (tanpa bukti) kerana jika muslim (yang dituduh itu) tidak kafir, maka kafir itu akan jatuh pada yang menuduh..." (Muslim)

Kelima, hendaklah dibezakan antara menyeleweng dengan kafir. Mereka yang menyeleweng tidak semestinya kafir. Sebab itulah tiada ulama Ahlu Sunnah Wa Al-Jamaah yang akan mengatakan pergerakan Syiah sebagai kafir selagimana tidak wujud bukti yang kukuh dan sah. Setakat Syiah yang menyatakan bahawa hanya Ali imam yang sah, itu baru menyeleweng selagimana mereka tidak mengatakan Ali seperti Nabi (sepertimana yang terjadi dalam sesetengah golongan Syiah). Hanya pergerakan Khawarij yang mudah mengkafirkan manusia tanpa dalil dan bukti.


Telah banyak tulisan yang lalu yang menyangkal idea SIS seperti aurah, hak wanita etc. Tetapi tidak pernah aku berkata mereka ini kafir kerana selagimana mereka tidak dibicarakan, tiada siapa boleh menjatuhkan hukuman kafir pada mereka. Ingin juga ditegaskan disini, bahawa idea mereka ada yang bercanggah dengan Al-Qur'an dan Al-Sunnah yang jelas. Tetapi ada juga idea mereka yang benar dan hak. Aku tidak menyokong mereka maupun membela mereka. Tetapi aku membela hukum Islam yang jelas bahawa hukuman tidak boleh dijatuhkan pada sesiapa tanpa perbicaraan. Tidak kira hukuman menyeleweng maupun kafir.

Hanya Allah yang tahu.

Saturday, June 13, 2009

akhirat? dunia?

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Al-an’am:32.

Today, when I was reading the Holy Quran, I came across with this verse. Subhanallah… terdiam seketika, berfikir tentang indahnya maksud ayat ini. Sebagai manusia, yang memang fitrahnya diciptakan dengan sifat pelupa, kita memang sering terlupa dengan janji-janji Allah. Sungguh, saya juga termasuk dalam golongan pelupa ini. Kadang-kadang, ada sesetengah perkara, bahkan banyak perkara yang hadir dalam dalam hidup ini seringkali mendatangkan ketidakpuasan hati. Perkara-perkara yang lebih kepada ujian ini melemahkan saya, kadang-kadang saya jadi ‘jatuh’ sampaikan seolah-olah dunia inilah my ultimate goal, lantas membuatkan saya lupa bahawa di sanalah tempat tujuan yang teratas. Kadang-kadang saya gagal mentafsir ujian-ujian hidup ini dengan hikmah yang Allah telah sediakan. Kenapa tidak aku redha sahaja dengan ketentuan ini, kerana dunia ini hanya satu tempat persinggahan, sedangkan akhirat menanti dengan sejuta kemanisan bagi siapa yang bertakwa. Astaghfirullah al a’dzim… hambamu lalai ya Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Fabiaiyi alaa i rabbikumatukadzibaan...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?!

Salam....

Moga aku dan mereka berada di bawah lembayung rahmat dan keampunanan-Mu Ya Allah... Sebagai manusia, mengapa kita selalu lalai dan mensia-sia kan nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita.

Fabiaiyi alaa i rabbikumatukadzibaan...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?!

petikan daripada Surah Ar-Rahman ini benar-benar terasa seperti menempelak diri saya...

Sungguh. Ayat ini pendek, tetapi cukup mendalam maksudnya...

Semoga saya tidak berada di kalangan orang yang berterusan mendustakan nikmat Allah...