Search This Blog

Saturday, June 13, 2009

akhirat? dunia?

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Al-an’am:32.

Today, when I was reading the Holy Quran, I came across with this verse. Subhanallah… terdiam seketika, berfikir tentang indahnya maksud ayat ini. Sebagai manusia, yang memang fitrahnya diciptakan dengan sifat pelupa, kita memang sering terlupa dengan janji-janji Allah. Sungguh, saya juga termasuk dalam golongan pelupa ini. Kadang-kadang, ada sesetengah perkara, bahkan banyak perkara yang hadir dalam dalam hidup ini seringkali mendatangkan ketidakpuasan hati. Perkara-perkara yang lebih kepada ujian ini melemahkan saya, kadang-kadang saya jadi ‘jatuh’ sampaikan seolah-olah dunia inilah my ultimate goal, lantas membuatkan saya lupa bahawa di sanalah tempat tujuan yang teratas. Kadang-kadang saya gagal mentafsir ujian-ujian hidup ini dengan hikmah yang Allah telah sediakan. Kenapa tidak aku redha sahaja dengan ketentuan ini, kerana dunia ini hanya satu tempat persinggahan, sedangkan akhirat menanti dengan sejuta kemanisan bagi siapa yang bertakwa. Astaghfirullah al a’dzim… hambamu lalai ya Allah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Ummu Muhammad... bukan anda sorang saja yang bersifat pelupa... samalah juga saya. Terjumpa blog anda telah mengingatkan saya kembali. So, terima kasih ya... Salam silaturrahim... :)

    ReplyDelete