Search This Blog

Tuesday, June 23, 2009

Itu bukan tarian suku Kadazan, itu tarian suku Iban. (No offfence)


Tidak pasti bila kejadian ini berlaku. rasa-rasanya baru petang semalam. Si kecil Muhammad Idris sedang menari-nari entah tarian apa-apa ntah mengikut rentak lagu iklan di tv. bila di amat-amati, tarian itu serupa dengan tarian suku kaum iban di Sarawak. tiba-tiba MakSu nya tergelak dan menyebut. "macam tarian kadazan je". mungkin kerana saya punya darah Kadazan/dusun Sabah, terkucil sedikit hati ini.
Bukan kecil hati, tapi, lebih kepada mahu membetulkan fakta. dalam hati, terjerit-jerit " itu bukan tarian suku kadazan, itu tarian suku Iban!". terlebih emosional pulak hehe. Tapi, saya tidak membetulkan fakta itu kerana malas untuk bersuara. Membiarkan saja fakta itu terpesong. Tidak mengapa, itu tugas Datuk Rais, bisik hati kecil saya.

sebenarnya, pemesongan fakta, atau kesalah fahaman fakta jenis2 macamni sering berlaku sejak dari dulu. Saya bersekolah menengah di Perlis sejak tingkatan satu. ketika berada di Perlis, jangankan fakta tentang tarian, tentang negeri kelahiran saya pun menjadi satu fakta yang yang di salah fahami oleh pelajar2 sekolah saya. " Kamu dari Sarawak bah?" tanya mereka. bukan saja tersilap negeri, perkataan bah yang digunakan oleh mereka pun, salah penggunaannya.

Terasa terbuli, terkecil hati, termarah, seribu satu perasaan marah muncul ketika itu. saya salah mentafsir keramahan mereka ketika itu kerana apa yang muncul pada fikiran saya hanyalah, " mentang2 sia orang Sabah, pandai2 jak kamurang hina sia." fikiran budak tingkatan satu...belum matang... apatah lagi sebelum pemergian saya ke Perlis, saya disogokkan oleh cerita2 daripada orang2 kampung tentang bagaimana buruknya orang semenanjung melayan pelajar2 yayasan Sabah ketika waktu mereka dulu.

sbenarnya, saya tidak perlu berburuk sangka, saya hanya perlu membetulkan fakta dan teruskan hidup dengan keramahan mereka yang curious tentang keunikkan Sabah dan rakyatnya. sepertimana saya perlu membetulkan fakta yang tarian yang ditarikan oleh Muhammad Idris itu bukan tarian Kadazan, tapi, tarian Iban...

1 comment:

  1. tarian sumazau bukan tarian kadazan
    tarian ngajat bukan tarian iban
    hehehehe... eh ngajat tu nama tarian orang iban kan???

    ReplyDelete