Search This Blog

Saturday, July 11, 2009

Romantik?

Romantiknya!!!

“ Hmmm… susah…”

“Apa yang susah?” Tanya saya.

“ sudah 2 tahun, tapi, makin renggang, makin bisu, makin sunyi,” keluhnya lagi.

“aku tak fahamlah, cuba kau cakap jelas sikit.” Tanya saya lagi.

“Entahlah, aku dah kahwin dengan dia, hampir 2 tahun, tapi, dalam 2 tahun ni, dia macam makin berubah…”

“berubah macammana tu?” soal saya lagi. sekadar mengikut rentak perbualan.kasihan mendengar keluhan rakan baik saya sendiri.

“masa bercouple dulu, romantic je, tolong bukakan pintu, tolong belikan makanan, tiap kali birthday, valentine, atau apa2 hari special dia bagi hadiah. Kalau SMS, call, sembang berjam-jam. Macam-maca,m tajuk cerita. Tapi sekarang…semua dah berubah. Dia dah tak romantic macam dulu, dah tak macam masa kami couple. Aku stress, sebab, ye lah, kau pun faham ,sama2 perempuan macam aku, hati lembut sangat. Mahukan perasaan disayangi itu selalu ada.”

Saya terdiam mendengar penjelasan panjang lebarnya. Dia mengadu kepada saya yang juga sudah berkahwin, tapi usia rumahtangga baru mencecah usia 3 tahun lebih, umur pun lebih muda.

Saya mengusap bahunya, memujuk. Nampak terlalu berat masalah kehilangan romantic itu kepadanya. Tiba-tiba dia bertanya.

“kau pun dah kahwin kan? Lebih lama dari aku kan? Macamana rumahtangga kau? Masih romantic macam masa coupling dulu ke? Share lah sikit tip2 yang kau ada….yang boleh share lah. Aku betul2 stress sebab benda ni, walaupun orang lelaki pandang remeh, tapi, aku tak pandang remeh, sebab melibatkan kebahagiaan aku dan suami aku. Aku tahu, suami aku pun stress melayan karenah aku yang suka merajuk, marah2 tak pasal2. Tapi itu semua sebab dia dah berubah…” wajahnya masih layu memandang saya.

Sampai ke peringkat ini, saya jadi terkedu. Terkedu sesungguh-sungguhnya. Sebab, zaman sebelum berkahwin saya tidak dihiasi dengan istilah coupling. Kami seboleh-bolehnya menjaga diri kami. Bukanlah terlalu sempurna penjagaan itu, tapi, kami berusaha menjaga pergaulan. Seingat saya, tidak ada hadiah yang disogokkan oleh suami saya sewaktu kami belum sah berkahwin. Cuma sekeping kad harijadi. Itulah yang saya ada sehingga sekarang. Satu-satunya. Sebab, pada tahun berikutnya, kami sudah sah mnjadi suami isteri. Makan bersama, pun ada orang yang meneman. Saya masih ingat, ada satu ketika, saya sangat2 terdesak untuk keluar ke bandar, ada urusan urgent. dia yang masih blum sah menjadi milik saya menawarkan diri untuk menghantar. Saya mengajak seorang teman, saya dan teman berdua duduk di belakang, suami saya berseorangan memandu. Bila diingat2kan kembali, saya boleh tersenyum.

Anyway, itu cerita sebelum kahwin, segalanya manis, sampaikan masuk kelas, nampak beg si dia pun sudah berbunga-bunga hati ini.entah apa2 ntah!

Setelah kahwin, saya fikir, aya pun ada sedikit sindrom yang menimpa kawan saya itu. Malah sehingga ke hari ini. Tapi, saya cuba untuk memahamkan diri saya yang kami masih dalam proses mengenal diri masing2, banyak lagi yang perlu kami biasakan. Mungkin saja sebelum kahwin kita melihat apa saja yang pasangan kita buat itu sebagai romantic. Tapi, selepas kawin, perkara itu kelihatan biasa. Ya, takkanlah nak berSMS dengan suami sendiri di dalam rumah. Tapi, saya dan suami kadang2 berSMS juga di dalam rumah. Itu bila timbul gila hehe. Rasanya, kalau pasangan kita tidak memulakan untuk romantic, biarlah kita yang mulakan.tak ada salahnya, kau menyayanginya, dia menyayangimu, tidak timbul soal ngada2 kan?

“ Tapi, aku agak tak boleh terima bila birthday aku dia lupa, jangankan hadiah, ucapan birthday pun takde.” Keluhnya lagi.

Saya tersenyum. Saya teringatkan suami, dia bukannya rajin mengingati tarikh2 ni. Itu, saya terpaksa terima. Apa yang saya lakukan supaya saya sendiri tidak kecewa? Saya membuat reminder di HP suami pada malam tarikh birthday saya, “it’s your beloved wife’s btday 2morrow, don’t forget to wish me”. hasilnya dia memang benar-benar menngucapkan selamat harijadi kepada saya. Pernah juga saya terkilan sebab tidak diberikan hadiah pada harijadi saya. Kalau mahu ikutkan hati, ingin saja saya merajuk berminggu-minggu, tapi apa kebaikkannya. Lalu apa yang saya buat untuk mngubat hati yang rajuk? Saya suruh suami buatkan kapal terbang kertas. Sepasang. Daripada kertas berwarna biru dan pink. Terkial-kial dia melipat kapal terbang kertas untuk saya. Dia Tanya, untuk apa kapal terbang kertas itu? Kata saya, buat je lah….. saya tidak beritahu dia, itulah hadiah harijadi saya, yang masih saya simpan sehingga hari ini. Walaupun sudah 2 thn berlalu. Tanpa saya sedari, semua itu memberi perasaan romantic pada diri saya. Who cares about my husband. Yang penting saya gembira.

Pernah juga saya suruh husband belikan saya gula-gula ketika bday saya. Kerana pada ketika itu juga dia lupa ttg bday saya. Kulit gula-gula itu akhirnya saya jadikan bahan penghias frame gambar buatan sendiri yang saya letakkan gambar saya dan dijadikan hadiah harijadi buat suami tercinta. Dan dia sangat menggemarinya. Sampai sekarang dia menganggapnya sebagai harta persendirian. Itulah idea2 yg mmberi kesan romantic kepada saya. Kerana ketika itu kami masih student, so, tiada wang untuk makan candlelit dinner di restoran mewah hehe. Tapi cukup bermakna untuk dikenang.

To be continued…

1 comment: