Search This Blog

Wednesday, October 27, 2010

Nama mu bermaksud kemuliaan, tetapi dirimu.......?


Kegeraman melanda diri ini!!!

Seorang ibu menangis merayu-rayu memanggil anaknya yang tercinta pulang ke pangkuannya.
Saya hanya terkedu mendengar tangisannya.

"Anak akak dah dua bulan tak balik rumah, akak call pun dia tak angkat, akak mesej pun dia tak balas, dia dah lupa segala pengorbanan ibu agaknya,"

bunyi mesej si ibu.

saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kesal dengan perbuatan si anak.

Ibunya seorang ibu tunggal. Membesarkan jejaka tunggalnya berseorangan selepas diceraikan si suami yang tak bertanggunggjawab.

Walaupun si ibu berkerja, namun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. Saya cukup faham hakikat itu, kerana saya juga berkerja, gaji saya lebih banyak daripada gaji ibu malang itu, tetapi masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan kami. Apatah lagi gaji si ibu malang itu.

Tetapi, silapnya, si anak tidak nampak itu semua, bagi si anak, "ibu saya mampu"

"kenapa kamu tak balik ke rumah?" Soalan tulus daripada saya sebagai seorang mentor pelajar yang prihatin.

"saya belum bersedia puan, ibu saya kata tak nak ada apa-apa hubungan dengan saya lagi, sebab ibu saya marahkan saya yang mengambil duit ibu tanpa pengetahuan ibu,"

Jenuh memberi nasihat, "walau bagaimanapun, dia ibu kamu, seorang ibu takkan bermaksud menghalau anak tunggalnya walaupun bibirnya berkata demikian. Pulanglah... sejukkan hati ibu, mungkin ibu kamu ada masalah ketika itu, sebab itu ibu kamu bersikap sedemikian,"

Si anak masih berkeras, " saya belum bersedia puan"

Saya terdiam, puas memberi nasihat, bukan setakat sms, chit chat melalui facebook, berdepan dengannya, segala cara telah saya cuba, namun hati dia masih keras, sekeras batu.

"Dik, pulanglah, kasihankan ibu... kamu tak sayangkan ibu ke?"

"sayang, sayang sangat puan. Tapi, saya masih belum bersedia untuk pulang"

"keras sangat hatimu adik... pulanglah... selama ni, pernah tak kamu buat salah kat ibu?"

"pernah, malah banyak sangat..."

"pernah tak ibu meminta tempoh untuk ibu bersedia dulu sebelum kamu dibenarkan bercakap dengan ibu disebabkan kesalahan kamu? tak pernah kan? malahan marah ibu sekejap sahaja, tak pernah berlarutan. Apa daulatnya kita sehingga membenarkan seorang anak mengelakkan diri daripada ibunya atas alasan belum bersedia? pulanglah dik...kasihan ibu..."

Saya masih mencuba cara hikmah, mahu menarik dengan lembut supaya anak itu tersedar, namun,

"nanti saya call ibu saya, puan,"

"pulanglah dik, saya risau, di sebalik tangisan ibu itu, sudah tertulis neraka buat kamu, naudzubillah..."

"ok, nanti saya call ibu saya, salam..."

secepat itu si anak memutuskan perbualan. Itulah reaksinya setiap kali saya mengutarakan perihal ibunya kepadanya. Saya amat kecewa. Terbayang wajah anak sendiri, dan ibu di kampung. Apakah aku pernah sebiadab ini terhadap ibuku? Allah, peliharalah kami daripada dosa-dosa besar ini ya Allah... Aaamiin...

Kesudahannya, si ibu menghubungi saya sekali lagi,

"akak sudah berputus asa terhadap anak akak, biarlah dia, dia sudah membuang ibunya, akak sudah berputus asa..." dalam esak tangis si ibu meluahkannya kepada saya.

saya hanya mendiamkan diri, sayu menyelimuti diri.

Kalaulah si ibu yang penyayang itu sendiri sudah berputus asa terhadap anaknya, maka siapakah lagi yang bisa menyelamatkan si anak daripada kemurkaan Allah. Saya bermuhasabah sendirian, bukan mahu menghukum si anak, sekadar memberi ingatan pada diri sendiri.

Pulanglah wahai 'kemuliaan', kasihanilah ibumu, dia yang menghadiahkan makna kemuliaan pada namamu, jadilah insan yang semulia namamu, kasihanilah ibumu...

Monday, October 18, 2010

Maher Zain- Thank You Allah.


Saya tidak lari daripada mengikuti perkembangan hiburan dunia Islam,
Baru-baru ini, hati tertarik kepada album yang dikeluarkan oleh Awakening Records yang empunya suaranya merupakan insan yang dikenali sebagai Maher Zain. Lirik-lirik dalam albumnya mempunyai maksud yang amat mudah difahami tetapi amat mendalam. Sangat menyentuh kehidupan kita sehari-hari. Semoga hiburan yang ini bukan sahaja pada lagu dan irama, tetapi juga menyumbang kepada hati kita dan fikiran kita agar kita mendengar sambil berfikir. kerana itu juga merupakan tujuan Maher Zain, berdakwah melalui lagu-lagunya. Semoga kita sentiasa berfikir ke arah kebaikan. Aaameen.

One of my favourite song. (lyric)


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Sunday, October 17, 2010

HATI VS IMAN


@#$%^&* !!!!

Translation: itu kata hati saya apabila terasa ingin memarahi keadaan yang tidak memihak kepada saya.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya menjerit memarahi manusia-manusia yang menyakitkan hati saya.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya memaki hamun orang-orang yang saya benci memandang wajahnya kerana ketidak adilan yang dia lakukan kepada saya.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya menyumpah-nyumah orang-orang yang tidak senang melihat kesenangan orang lain.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya menghamburkan ketidakpuasan hati saya terhadap orang-orang yang tidak pernah memahami keadaan saya.

tapi.... itu kata hati....

Iman pula berkata,

Innallama'assobireen.... sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar....

"Sabarlah wahai hati... ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Besar dan kecil.
Ini adalah ujian hati, ujian yang menguji kesabaran mu. Mujahadah ke jalan Allah, bukanlah sesuatu yang mudah. sekecil-kecil ujian hati, sekiranya gagal kau tempuhi, bagaimana pula dengan ujian yang lebih berat? Segala sesuatu yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya. Pasti ada, kerana, tiada yang sia-sia dalam setiap kejadian Allah itu. Tiada yang sia-sia pada setiap ujian Allah itu. Tiada yang sia-sia pada setiap ketentuan Allah itu.

Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hambamu yang sentiasa bersyukur dengan ujianMu, sentiasa redha dengan ketentuanMu, walaupun payah... Allah bersamaku. Aaameen..."

Friday, October 15, 2010

Saya terkenangkan Cikgu Bedah...


Salam...
Profession perguruan yang amat mencabar ini menyebabkan saya terkenangkan sebuah nama yang cukup memberi pengaruh dan kesan terhadap diri saya.

CIKGU BEDAH.

Saya amat terkenangkan Cikgu Bedah.
Senyumannya...
Kebaikannya....
Cara pengajarannya...
dan yang paling penting, kesabarannya dalam mendidik pelajar-pelajarnya.

Cikgu Bedah amat sabar,
Walaupun terpaksa melayan karenah pelajarnya yang pelbagai,
Walaupun pelajar-pelajarnya cukup nakal,
Cikgu Bedah sangat sabar.

Cikgu Bedah masih tersenyum walaupun pelajarnya memberi alasan bodoh seperti:
"tidak mahu ilmu keluar dari kepala, sebab itulah saya pakai helmet dalam kelas cikgu!"
atau...
"Saya nak perah otak ni cikgu, sebab tu kena ikat kepala dalam kelas. Cikgu kan suruh kami perah otak!"

Cikgu Bedah masih tersenyum.

Saya cuba mencontohi semangat Cikgu Bedah yang bercermin mata besar itu.
(Cikgu Azalan dan ustaz-ustaz ketawa terbahak-bahak melihat cermin mata besar Cikgu Bedah)

Saya cuba tersenyum apabila Timothy dan Amjad (pelajar saya) mengangkat pemadam kebakaran masuk ke kelas, memberi alasan bahawa kawan mereka yang tidak masuk-masuk ke kelas selepas rehat 5 minit telah disumpah menjadi pemadam kebakaran. Saya senyum saja.

Saya cuba bersabar dengan pelbagai jawapan dan alasan pelajar-pelajar yang sudah dewasa ini yang menyakitkan hati sekiranya ditanya mengapa mereka tidak datang untuk ujian.

Saya cuba untuk bersabar walaupun ada di antara pelajar-pelajar ini yang bersikap agak biadab dengan saya.
Mahu bersangka yang baik-baik sahaja untuk mereka.
Saya masih sudi menganggap bahawa mereka adalah anak-anak muda yang perlu bimbingan yang berhikmah.

Saya cuba untuk bersabar...
Masih cuba untuk mencontohi Cikgu Bedah yang tenang, yang menyayangi pelajar-pelajarnya dengan ikhlas.

Cikgu Bedah memang istimewa. Semangatnya ku kagumi, kesabarannya ku kagumi.

Kini dia sudah pergi... menghadap Ilahi kerana terkorban dalam pergaduhan-pergaduhan pelajar-pelajarnya... Cikgu yang Istimewa, sehingga akhir hayatnya masih diabadikan untuk pelajar-pelajarnya... Saya terkenangkan Cikgu Bedah.


* Cikgu Bedah ialah watak lakonan saya yang dilakonkan ketika sekolah menengah dahulu. Walaupun cuma watak lakonan, tetapi cukup memberi kesan dan semangat kepada rakan-rakan seperjuangan tercinta ketika zaman persekolahan dahulu. TEMAN-TEMAN, KAMI RINDU KAT HAMPA SUMA.

Tuesday, October 12, 2010

Dia miskin, tetapi dia kaya. (berdasarkan video, an interview with a poor, yet a rich woman)

Salam...
Hari ini, hari ke tiga pemregian nenda... al- fatihah.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ



"maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan"

Sungguh. Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya tentang kehidupan makhluk yang Dia ciptakan.

Kita manusia biasa, benar, tidak dinafikan kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil zarah.

Penulisan kali ini bukanlah untuk merendahkan atau menghina ses
iapa, namun, untuk peringatan jua buat diri ini juga buat generasi-generasi saya yang akan datang. Betapa kita sebagai hamba seringkali mengadu kerana tidak cukup.

Saya cukup terkesan setelah menonton satu video pendek tentang seorang wanita tua (klik pada tajuk entry ini untuk menonton video tersebut).
Sangat kasihan mendengar luahan hati wanita tua yang miskin, sakit, dan ditinggalkan anak-anaknya namun, adakah dia terus menerus mengeluh, menangis menyesali dan mengasihani nasib diri?

Tidak.

Apabila ditanya adakah sesiapa yang tampil untuk membantu wanita itu, dengan pantas dia menjawab, Allah. Allah bersamaku.

Wanita ini malah bersyukur dengan segala musibah penyakit yang Allah 'anugerah'kan kepadanya.

"dia yang memberikanku penyakit kemudian dia menarik semula penyakit itu, kemudian dia mendatangkan semula sakit, dan menarik semula, sungguh Allah bersamaku selama ini"

See... betapa dia memandang musibah itu dari sudut hikmah. Sesungguhnya benar. Allah mungkin tidak pernah memperdulikan kita sekiranya tidak ada a
pa-apa yang berlaku kepada kita. Sungguh dia sedar bahawa dia itu sentiasa berada dalam perhatian Allah. Subhanallah...

Sekadar membandingkan dengan situasi kita di Malaysia, (perbandingan untuk mendidik jiwa, bukan untuk mengutuk mana-mana pihak, sekadar untuk memberi peringatan buat diri).

kita juga ada sebuah program televisyen yang agak popular, yang memberi fokus kepada golongan-golongan yang susah.

Tetapi, ada yang kurang disebalik semua usaha murni kita untuk membantu mereka. Mungkin juga ada yang kurang pada sifat redha kita sebagai hamba.( perlu diingatkan, sifat redha dengan kemiskinan / musibah itu berbeza dengan sifat redha tanpa usaha untuk memajukan diri.)

Isi luahan setiap insan yang terlibat kadang-kadang jarang sekali menunjukkan bahawa mereka itu bersyukur dalam kekurangan, bahkan menangis kerana kekurangan itu. Masyaallah... berlainan sekali dengan wanita tua dari Mesir itu. Dia bahkan bersyukur dengan kekurangan, bersyukur dengan segala-galanya, meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, betapa kayanya dia meskipun dia dalam kemiskinan... Ya Allah, aku bersyukur atas peringatan ini. Alhamdulillah...


Monday, October 11, 2010

Allah tidak mengizinkan aku bertemu mu ketika hidupmu mahupun matimu...al- Fatihah...buat nendaku..


Ampunkan cucunda mu ini kerana sudah lama tidak menjengukmu, nenda...

Tanggal 11 Oct 2010, Isnin... dia pergi menghadap Ilahi...
Betapa terkilannya diri kerana tidak sempat menunaikan janji untuk melihatnya, bertemunya.
Benarlah, segala yang berlaku dengan izin Allah jua. "Insyaallah" yang sering saya ungkapkan, bukan mainan dibibir semata, tetapi ikhlas dari hati, mengharapkan semoga perancangan ini mendapat keizinan Allah, namun sesungguhnya, dengan izin Allah jua, kaki ini ini tidak jadi menjejak bumi bawah bayu yang amat saya cintai itu... meskipun pada detik-detik seperti ini.

Kematian.

Cukup biasa. apatah lagi cuma kematian seorang nenda.
Tapi, pada saya, ini bukan sesuatu yang biasa.
Bukan biasa pada perasaan saya kerana...
sudah tiga tahun saya tidak bertemu dengannya.
Bukan kerana ego dek mendendami kekhilafan-kekhilafan silam beberapa insan yang lain...
tetapi kerana "insyaallah" itu bukan berpihak kepada saya,
Jangan katakan bahawa air mata saya tidak pernah tumpah.
Allah saksi betapa air mata ini sering tumpah kerana merindui segala-galanya yang pahit mahupun manis di tanah kelahiran saya itu.
Allah jadi saksi betapa saya cukup terkilan setiap kali perancangan saya untuk balik tidak berjaya,
Allah jadi saksi bahawa setiap kali bibir ini menuturkan kalimah "insyaallah" hati juga berdetik menyebut perkataan "aaameen", mengharap dengan sepenuh jiwa saya agar Allah beri keizinan kepada saya untuk menjejak kembali bumi damai itu.

Jangan katakan saya tidak punya perasaan, kerana, saya masih punya bonda yang sangat saya rindui di tanah yang sama itu.

Saya masih punya ayahanda di tanah yang jauh itu,

Saya masih punya adik-adik di tanah yang sayup itu,

Saya masih punya kasih sayang di tanah itu.

Namun, saya cuba untuk redha, segala yang berlaku atas izin Allah jua.

Benarlah janji Mu ya Allah, tiada yang kekal melainkan Mu,

Tapi, Ya Allah, jangan Kau uji aku dengan kehilangan dalam kehilangan lagi Ya Allah...

BAgi hambaMu ini peluang untuk menunaikan janji yang lama tidak tertunai...

setidak-tidaknya, sebelum aku atau mereka menutup mata... Aaameen...

Al-Fatihah...buat nenda...

Tuesday, October 5, 2010

Buang Bayi dan Hukuman Mati? Adakah Wajar? (from suamiku)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita beroleh keampunan di atas segala dosa-dosa kita yang lalu.

Nukilan kali ini ingin berkongsi kefahaman dengan semua tentang konsep hukuman di dalam Islam. Baru-baru ini apabila isu buang bayi semakin banyak, telah timbul cadangan agar mereka yang ditangkap membuang bayi ini dihukum dengan hukuman mati di bawah kes bunuh (murder) kanun keseksaan. Suatu yang mengejutkan dan memberi pelbagai reaksi dari masyarakat. Di dalam satu tazkirah yang ku hadiri dalam bulan ramadhan ini telah menyuarakan setuju dengan cadangan tersebut malah menambah bahawa Islam telah menggariskan lama hukum bunuh kepada sesiapa yang membunuh/menyebabkan mati dengan sengaja mana-mana insan termasuk bayi. Malah di kalangan kita mungkin ramai yang bersetuju dengan cadangan ini.

Tidak kurangnya ada yang membantah. Marina Mahathir di dalam nukilan beliau membantah total cadangan ini begitu juga activist lain seperti sister in islam.

Sebelum kita menerima atau menolak cadangan ini mari kita fahami beberapa isu di dalam perkara ini. Setiap perkara dalam hidup kita ini sebagai Muslim hendaklah menepati apa yang telah ditetapkan oleh Shari'ah. Memang jelas bahawa di dalam Islam sesiapa yang membunuh atau melakukan perkara yang boleh menyebabkan kematian dengan sengaja dan mengetahui ianya boleh membawa maut akan dijatuhkan samaada hukuman mati atau dibayar diyat/wang darah (jika dimaafkan keluarga si mati) jika sabit kesalahan. Hukuman ini dipanggil qisas. Mangsa tidak mengenal umur dimana selagi mana mangsa itu manusia yang bernyawa baik baru lahir atau telah berumur lanjut, nyawa mereka tetap dianggap suci oleh Islam dan tidak boleh dibunuh melainkan dengan hak (mengikut Shara'). Bagi pengguran janin atau bayi pula kesnya jatuh di bawah Ta'zir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemerintah dan bergantung pada kes dimana ianya boleh jatuh di bawah qisas jika bayi yang keluar itu hidup tetapi kemudiannya dibunuh.

Tetapi:

1) Adakah Islam datang dengan hanya hukuman? Islam yang diajarkan oleh Rasulullah tidak datang dengan hanya menggariskan hukuman semata-mata. Islam datang dengan didikan dan pengajaran. Sebelum turunnya hukuman kepada penzina, Allah mendidik dengan melarang ummat Islam mendekati zina. Rasulullah menunjukkan penafsiran kepada larangan tersebut dengan menyatakan larangan berdua diantara lelaki dan perempuan biarpun mereka itu ipar duai. Setelah didikan ini disemai di dalam hati dan amalan ummat, barulah diturunnya hukuman kepada penzina.

Di dalam dunia kini, pemerintah negara majoritinya Islam mengabaikan pendidikan ke dalam hati masyarakat Islam. Da'wah mengajak kepada kebaikan dilakukan oleh NGO yang tidak mempunyai cukup peruntukan untuk berda'wah sedangkan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan setiap insan dalam pemerintahan mereka diajar ajaran Islam sekalipun rakyat itu bukan Islam. Tanggungjawab da'wah tidak berhenti pada Rasulullah tetapi ianya digalas oleh pemerintah dan ulama. Tetapi ini telah diabaikan. Termasuk di dalam da'wah adalah pendidikan mengenai hukum haram dan halal. Dan dalam isu kita adalah pendidikan mengenai hukum seks di luar nikah dan implikasinya. Bukan sahaja pendidikan itu akan berkisar mengenai larangan tetapi hendaklah pendidikan itu menerangkan tentang implikasi seks luar nikah. Apabila Allah menyatakan di dalam surah Al-Isra' ayat 32, Allah tidak hanya menyatakan larangan tetapi Allah menerangkan sebabnya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ianya perbuatan yang keji dan jalan yang buruk"

Maksud seburuk-buruk jalan dan perbuatan yang keji itu tidak tinggal di situ melainkan Allah menyuruh setiap pendidik mencari maknanya dan kenapa ianya begitu keji untuk diajarkan kepada sekalian manusia keburukan zina. Dan diantara implikasinya adalah pembuangan bayi kerana takut orang mengetahui kesilapannya. Pendidikan seks yang diminta untuk diadakan adalah amat wajar untuk dijalankan asalkan sahaja kandungannya menepati Syari'ah. Persoalannya, jika tiada yang mendidik ummat ini tentang haramnya zina dan implikasinya terhadap penzina itu, adakah wajar kita terus melompat pada hukuman? Al-Qur'an melalui Rasulullah telah mengajar kita untuk melakukan perkara itu secara sistematik, tetapi kita tidak mengikut sistem tersebut dan terus melompat mengikut suka hati kita. Insan yang tidak pernah dididik dengan halal haram serta implikasi perbuatannya tiba-tiba hendak dihukum.

2) Ketika mana Hukuman dalam Islam dilaksanakan, ummat Islam telah berada dalam sosio kehidupan yang bercirikan Islam. Wanita di Madinah menjaga maruah mereka dan lelaki hidup melindungi maruah mereka. Tiada lagi rumah-rumah tumpangan yang memanggil kepada maksiat zina. Tiada jalan untuk zina melainkan rakyat itu sendiri yang membuka jalan itu. Tetapi kini, disco berada di mana-mana. Aktiviti yang bercampur lelaki perempuan begitu aktif seperti konsert. TV menontonkan kepada umum kisah cinta yang sangat melampaui batas. Apabila budak remaja melihat perkara ini, mereka akan berasa teruja dan ingin mencuba. Bagaimana kita hendak menghukum seseorang apabila kita membuka jalan kepada kesalahan tersebut sebesar highway? Secara mudah, kita sedang mempromosi zina dan lahirkan anak luar nikah, tetapi menghukum orang berzina atau yang membuang bayi akibat dari zina. What type of system is that?

3) Who will be punished? Sudah pasti perempuan yang melahirkan bayi tersebut dan meninggalkan bayi tersebut hingga ada yang mati. What about the man? Most of the case reported shows that the men who are actually the one who started it by seducing the girl. Moreover there are many cases where the men who are asking the girl to abort the baby. Should we then punished the girl alone? Sebelum apa-apa keputusan menghukum dibuat, persoalan ini harus terlebih dahulu dijawab. Kita tak nafikan bahawa ibu yang melahirkan dan membiarkan anak tersebut harus bertanggungjawab, tetapi adakah dia seorang atau lelaki yang mengandungkannya harus terbabit sama? Bila seronok dua-dua rasa, bila susah seorang yang tanggung?

5) MINOR?? Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur iaitu dari 14-18 tahun. Adakah mereka akan dikenakan hukuman yang sama? Jika tidak, maka ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana majoriti daripada kes buang bayi melibatkan ibu yang kurang dari 18 tahun. Jika mereka hendak dikenakan hukuman maka ianya tidak boleh diterima disisi Islam kerana kanak-kanak atau yang belum baligh tidak boleh dikenakan hukuman mati (walaupun ulama berbeza pendapat umur baligh, adalah tepat jika mengikut mazhab yang mengambil 18 tahun sebagai minimum). So, what we gonna do with the one who is minor in age? Hukuman yang dicadangkan katanya akan menyelesaikan masalah, tapi jika ini adalah kesnya dimana ramai dari pesalah ini adalah remaja bawah umur dan hukuman tersebut tidak boleh dikenakan, maka ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Kita tidak menyatakan bahawa hukuman tidak patut diwujudkan lansung. Tetapi ingin ditegaskan disini ianya bukan jalan penyelesaian dan sebelum apa-apa hukuman ingin dikuatkuasakan, ianya mesti mengambil kira pelbagai isu. Berapa ramai insan yang dengan marahnya memaki hamun mereka yang membuang bayi tetapi ramai yang tidak sedar bahawa penyebab kepada wujudnya pembuang bayi ini adalah kita sendiri. Kita gagal menjalankan da'wah Islam. Kita gagal mempraktikkan Islam dalam sudut mengambil berat hal ehwal jiran tetangga dan mendidik anak-anak disekeliling kita. Kita gagal dalam menyuarakan desakan menghentikan aktiviti-aktiviti maksiat (kerana kita pun seronok melihat aktiviti maksiat seperti konsert bebas) dan kita gagal dalam memilih pemerintah yang menegakkan Islam (sebaliknya kita memilih pemerintah bangsa dan duit). So, who to take the blame? Gadis yang membuang bayi tetapi dilakukan kerana desakan situasi dan kejahilan ilmu (dek tiada yang ingin mendidiknya) atau mereka yang sedar bahanya zina tetapi membiarkan?

Sunday, October 3, 2010

Bukanlah aku untuk menghakimi mereka......




Bukanlah aku untuk menghakimi mereka...
Dan aku tidak layak sekali-kali mencemuh mereka...
KEnapa begini sekali keluhan hati?
Kerana...

"Saya tahu lah puan ni baik, wanita sempurna, mawar berduri, kebanggaan suami puan, tak layak untuk duduk bersama saya, dan saya pun tak layak mendampingi puan, sebab saya ni kategori BETINA macam dalam blog puan tu. Saya tahu, puan mesti mencemuh saya dalam hati puan, ye lah, saya kan ahli neraka."

Wah! terkedu saya mendengar luahan hati seorang gadis yang asyik merenung saya sepanjang kelas berjalan. Rupa-rupanya, pada akhir waktu, dia menghampiri saya sambil meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap penulisan saya dalam blog saya.

Lantas saya menjemput gadis itu duduk.

"Kenapa begitu sekali luahan kamu?"

" saya kecil hati dengan pandangan puan. Kenapa begitu sekali Puan memandang golongan seperti saya. Puan tak layak memberi kategori kepada orang macam saya sedangkan puan tidak mengenali saya sedalam-dalamnya. Puan tak layak dan tak adil buat macam ni!"

Tegas sungguh hujah yang diberikan pada saya. Ya Allah, beriku kekuatan agar aku tidak memberikan pandangan yang menyebabkan anak muda ini lebih jauh dariMu ya ALLAH.

"Zahrah...(bukan nama sebenar) Zahrah marahkan saya kerana pandangan saya dalam blog saya tu ya"

"lebih kurang la..."

" mmm... okay, sebelum itu, boleh saya bertanya sesuatu?"

"apa dia Puan?"

"Zahrah rasa, berapa lama kah masa yang perlu di ambil untuk kita mengenali seseorang itu? Maksud saya, kenal betul2, hati dan peribadinya, segala2nya tentang orang itu?"

"KAlau saya, sepuluh tahun pun tak cukup. mengenali seseorang itu merupakan satu proses yang berterusan, boleh jadi sampai ke mati."

Saya tersenyum, bijak sungguh dia memberikan pendapat.

"mmm betul. So, Zahrah rasa, adilkah Zahrah mengadili dengan pelbagai perkataan Zahrah tadi sedangkan Zahrah cuma berpandukan tulisan saya dalam blog tu?"

Zahrah diam.

"Zahrah... apa yang saya tulis memang dari hati, kategori2 itu bukan untuk menghina kaum wanita, bukan juga untuk membataskan golongan2 wanita yang boleh bergaul dengan saya. Saya cuma mengatakan tentang realiti. Realiti kita sebagai wanita. Kerana wanita yang solehah itu sama sekali tidak boleh disamakan dengan wanita yang tidak menjaga dirinya."

"Tapi, Puan seolah-olah menghina wanita2 lain dengan kategori2 yang Puan berikan."

"ZAhrah, baca tak betul2 blog tu, bukan saya yang memberikan kategori2 itu, tetapi, saya cuma berkongsi pandangan orang lain. Mungkin juga dia silap, tapi, ada satu kategori yang tidak mungkin akan silap. iaitu kategori Mawar Berduri. Kerana, kategori itu, layak mendapat pengiktirafan pada kelasnya yang tersendiri dan tertinggi, bukankah Allah sendiri katakan bahwa wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari2 syurga?"

"Dan ingat Zahrah, Pandangan lelaki itu tidak meletakkan penghinaan terhadap wanita2 yang diberi kategori itu. dia cuma membezakan sahaja, tidak lebih dari itu. Saya sendiri, tidak meletakkan diri saya pada mana2 kategori, biarlah ALLAH yang menilai saya."

ZAhrah angguk.

"lagi satu, pernahkah saya menyombong diri, mengelak diri dari bergaul dengan wanita2 lain, tak kisahlah bertudung ke tak?"

Zahrah geleng.

" Ha...! nampak tak, saya masih mahu bergaul dengan semua, dan tidak sedikit pun dalam hati saya mahu menilai kamu semua, Allah jua yang mengerti hamba-hambaNYa. saya tak layak Zahrah..."

"Zahrah, saya ada ramai kawan yang biasa2 saja, pakai tudung biasa saja, memang saya pakai tudung besar, tapi saya masih bersahabat dengan mereka. Macam yang saya katakan, nilaian Allah yang penting, saya tak menilai mereka semua. Entah2 darjat mereka disisi Allah lebih tinggi daripada saya."

Zahrah angguk lagi.

"Tapi, Zahrah kena ingat, sebaik mana pun sangkaan hati saya terhadap Zahrah, tidak bermakna saya tidak mengharapkan Zahrah berubah menjadi lebih baik dari ini. Zahrah sendiri pun tahu kan, rambut itu aurat, sebahagian tubah yang terdedah itu perlu ditutup? betulkan?"

Zahrah angguk sambil tersengih2.

"Saya sayangkan Zahrah, sebab itu saya teringin lihat Zahrah berubah, saya tak cukup baik, tapi tidak salah kan saya berdoa untuk perubahan kita bersama? agar kita sama2 menjadi lebih baik?"

"sesungguhnya, sifat muslim yang baik ialah dia mencintai saudaranya yang lain. Saya cuba untuk menjadi lebih baik. Zahrah pun cubalah berubah..."

"tapi, saya belum dapat hidayah lah Puan. belum terbuka hati, lagipun kan dalam islam tidak ada paksaan."

"Zahrah, Hidayah itu milik Allah, tidak akan datang kalau kita tidak memintanya, hati taidak akan terbuka kalau kita sendiri tidak berusaha untuk membuka hati kita. betul tidak ada paksaan dalam islam, tapi Zahrah kena ingat, Ayat "TIDAK ADA PAKSAAN DALAM ISLAM" itu, bukan dalil untuk kita tidak memaksa diri kita mengikut perintah ALLAH. Dalil itu sebenarnya untuk situasi lain, tapi kita yang memesongkannya kerana mengikut nafsu sendiri."

"Hmm....Puan, saya rasa tenang, saya tak sangka puan gila2 dalam kelas tapi bila timbul hal macam harini, puan jadi macam orang lain. JAdi macam ustazah. Hehe."

"Saya kan "ustajah Law" hehe, mmm, mengenali seseorang itu bukan hanya dalam waktu yang singkat kan? Ini lah saya, ada sisi pada diri saya yang ramai masih tidak tahu"

Zahrah senyum
"Puan, terima kasih kerana berkongsi ilmu, dan maafkan saya kerana tuduhan melulu saya tadi."

"No problem, ilmu Allah...okay, Zahrah, saya ada kelas lagi lepas ni, apa2 hal zahrah boleh terus jumpa saya ye"

"Insyaallah...Thanks Puan..."

Saya mengatur langkah ke muka pintu, sempat saya menoleh ke arah Zahrah yang masih duduk memerhatikan saya,

"Zahrah, dalam diri kamu, ada satu sisi yang dekat pada kebaikan, yang dekat pada Allah, janganlah sia-siakan sisi itu... Ingat Zahrah, Allah mencintai kamu."

Saya tinggalkan Zahrah dengan doa, semoga Allah membuka hatinya, dan, semoga Allah menjadikan saya lebih baik daripada saya yang sekarang ini... Aaaaamin....