Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

Dia miskin, tetapi dia kaya. (berdasarkan video, an interview with a poor, yet a rich woman)

Salam...
Hari ini, hari ke tiga pemregian nenda... al- fatihah.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ



"maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan"

Sungguh. Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya tentang kehidupan makhluk yang Dia ciptakan.

Kita manusia biasa, benar, tidak dinafikan kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil zarah.

Penulisan kali ini bukanlah untuk merendahkan atau menghina ses
iapa, namun, untuk peringatan jua buat diri ini juga buat generasi-generasi saya yang akan datang. Betapa kita sebagai hamba seringkali mengadu kerana tidak cukup.

Saya cukup terkesan setelah menonton satu video pendek tentang seorang wanita tua (klik pada tajuk entry ini untuk menonton video tersebut).
Sangat kasihan mendengar luahan hati wanita tua yang miskin, sakit, dan ditinggalkan anak-anaknya namun, adakah dia terus menerus mengeluh, menangis menyesali dan mengasihani nasib diri?

Tidak.

Apabila ditanya adakah sesiapa yang tampil untuk membantu wanita itu, dengan pantas dia menjawab, Allah. Allah bersamaku.

Wanita ini malah bersyukur dengan segala musibah penyakit yang Allah 'anugerah'kan kepadanya.

"dia yang memberikanku penyakit kemudian dia menarik semula penyakit itu, kemudian dia mendatangkan semula sakit, dan menarik semula, sungguh Allah bersamaku selama ini"

See... betapa dia memandang musibah itu dari sudut hikmah. Sesungguhnya benar. Allah mungkin tidak pernah memperdulikan kita sekiranya tidak ada a
pa-apa yang berlaku kepada kita. Sungguh dia sedar bahawa dia itu sentiasa berada dalam perhatian Allah. Subhanallah...

Sekadar membandingkan dengan situasi kita di Malaysia, (perbandingan untuk mendidik jiwa, bukan untuk mengutuk mana-mana pihak, sekadar untuk memberi peringatan buat diri).

kita juga ada sebuah program televisyen yang agak popular, yang memberi fokus kepada golongan-golongan yang susah.

Tetapi, ada yang kurang disebalik semua usaha murni kita untuk membantu mereka. Mungkin juga ada yang kurang pada sifat redha kita sebagai hamba.( perlu diingatkan, sifat redha dengan kemiskinan / musibah itu berbeza dengan sifat redha tanpa usaha untuk memajukan diri.)

Isi luahan setiap insan yang terlibat kadang-kadang jarang sekali menunjukkan bahawa mereka itu bersyukur dalam kekurangan, bahkan menangis kerana kekurangan itu. Masyaallah... berlainan sekali dengan wanita tua dari Mesir itu. Dia bahkan bersyukur dengan kekurangan, bersyukur dengan segala-galanya, meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, betapa kayanya dia meskipun dia dalam kemiskinan... Ya Allah, aku bersyukur atas peringatan ini. Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment