Search This Blog

Monday, October 11, 2010

Allah tidak mengizinkan aku bertemu mu ketika hidupmu mahupun matimu...al- Fatihah...buat nendaku..


Ampunkan cucunda mu ini kerana sudah lama tidak menjengukmu, nenda...

Tanggal 11 Oct 2010, Isnin... dia pergi menghadap Ilahi...
Betapa terkilannya diri kerana tidak sempat menunaikan janji untuk melihatnya, bertemunya.
Benarlah, segala yang berlaku dengan izin Allah jua. "Insyaallah" yang sering saya ungkapkan, bukan mainan dibibir semata, tetapi ikhlas dari hati, mengharapkan semoga perancangan ini mendapat keizinan Allah, namun sesungguhnya, dengan izin Allah jua, kaki ini ini tidak jadi menjejak bumi bawah bayu yang amat saya cintai itu... meskipun pada detik-detik seperti ini.

Kematian.

Cukup biasa. apatah lagi cuma kematian seorang nenda.
Tapi, pada saya, ini bukan sesuatu yang biasa.
Bukan biasa pada perasaan saya kerana...
sudah tiga tahun saya tidak bertemu dengannya.
Bukan kerana ego dek mendendami kekhilafan-kekhilafan silam beberapa insan yang lain...
tetapi kerana "insyaallah" itu bukan berpihak kepada saya,
Jangan katakan bahawa air mata saya tidak pernah tumpah.
Allah saksi betapa air mata ini sering tumpah kerana merindui segala-galanya yang pahit mahupun manis di tanah kelahiran saya itu.
Allah jadi saksi betapa saya cukup terkilan setiap kali perancangan saya untuk balik tidak berjaya,
Allah jadi saksi bahawa setiap kali bibir ini menuturkan kalimah "insyaallah" hati juga berdetik menyebut perkataan "aaameen", mengharap dengan sepenuh jiwa saya agar Allah beri keizinan kepada saya untuk menjejak kembali bumi damai itu.

Jangan katakan saya tidak punya perasaan, kerana, saya masih punya bonda yang sangat saya rindui di tanah yang sama itu.

Saya masih punya ayahanda di tanah yang jauh itu,

Saya masih punya adik-adik di tanah yang sayup itu,

Saya masih punya kasih sayang di tanah itu.

Namun, saya cuba untuk redha, segala yang berlaku atas izin Allah jua.

Benarlah janji Mu ya Allah, tiada yang kekal melainkan Mu,

Tapi, Ya Allah, jangan Kau uji aku dengan kehilangan dalam kehilangan lagi Ya Allah...

BAgi hambaMu ini peluang untuk menunaikan janji yang lama tidak tertunai...

setidak-tidaknya, sebelum aku atau mereka menutup mata... Aaameen...

Al-Fatihah...buat nenda...

3 comments:

  1. Salam...
    Tty takziah akak ucapkan...smg rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. Salam..takziah titi..Al-Fatihah.

    Rindu itu mesti ada..tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain..

    ReplyDelete
  3. pulanglah ... sebelum terlewat lagi... life is beautiful but short...

    ReplyDelete