Search This Blog

Monday, November 22, 2010

Lipas, perempuan, dan seorang Ibu


LIPAS
Species yang sering mendatangkan kegerunan kepada jiwa-jiwa yang lemah (yang lemah sahaja ya).

Setakat ini saya masih belum tergolong dalam kategori perempuan yang menjerit kerana lipas. Selagi mana lipa-lipas bumi tidak berevolusi menjadi reptilia yang licin dan menjijikkan (euww!).

Mungkin kerana sedari kecil saya tidak pernah dididik untuk berasa takut dengan haiwan/serangga yang tidak membahayakan. Idea seperti ini memberikan panduan kepada sya dalam mendidik anak-anak saya. Saya sendiri berjanji untuk tidak mengajar anak-anak saya mentakuti haiwan/serangga.

Namun,

apa yang terjadi ialah, anak sulung saya, lelaki, takutkan lipas dan serangga-serangga lain! Bukan sahaja serangga, bahkan anak saya juga takutkan kegelapan! Saya amat geramkan orang-orang sekeliling yang mengajar anak saya untuk takutkan nyawa-nyawa ciptaan Allah itu!

Kerana,

Menyimpangkan plan saya dalam hal pendidikan anak-anak.
Menyusahkan saya untuk memujuk anak saya supaya jangan kisahkan lipas yang sedang menari-nari di atas lantai bilik air sementara saya sedang berusaha memberus giginya.
Menyusahkan saya untuk menenangkan anak saya supaya dia berhenti melalak setiap kali bekalan elektrik di rumah terputus pada waktu malam.

Seribu satu kegeraman dalam diri!

Tapi...
Suatu kenyataan yang halus menyedarkan saya.
Kenyataan yang amat lojik, yang amat menyentak kesedaran saya.

Sebenarnya, saya yang gagal sebagai seorang ibu.

kerana...
Seorang ibu yang hebat, yang baik, mampu mempengaruhi anaknya mengatasi pengaruh orang lain.
Saya pernah menyandarkan kerja sebagai alasan, tetapi, hakikatnya, RAsulullah dan Khadijah merupakan insan-insan yang paling sibuk di bumi Allah, namun, mereka berjaya menghasilkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi Muslim dan Muslimah yang terunggul dan terhebat.

Itu NAbi... insan terhebat, aku manusia biasa, memang terlalu terdedah kepada kelemahan...

Tapi, ingat, bukankah NAbi itu sebaik-baik contoh ikutan, gagallah aku sebagai ummah sekiranya gagal mengikuti jejak kekasih Allah itu...
Hmmm... sesungguhnya setiap kelemahan itu berpusat daripada diri saya sendiri...walaupun puncanya cuma seekor lipas.



Thursday, November 18, 2010

Suami HenSem, IsTeri????????????


Justify Full Aduihh...dalam dilema. Selama ini si Zaujah hanya melihat pasangan lain, hanya mengkritik pasangan lain. Apabila melihat sahaja si dara cantik bak bidadari, sedangkan si teruna hodoh bak jenglot. Ataupun si teruna kacak bak bidadara sedangkan si dara hodoh bak langsuir, (keterlaluan perumpamaan ini, huhu).

Pastinya hati akan terdetik mempertikaikan pilihan pasangan masing-masing.

"pekejadahnye pilih couple huduh, tak sama taraf langsung! Dia tu lawa!"

Namun, Allah menguji, dia ditakdirkan berjodoh dengan seorang jejaka yang tampan. Pergilah ke mana sahaja, pasti ada mata-mata yang akan memandang pasangan halal itu. Lalu terdetik di hati si Zaujah,

"adakah mereka juga menilaiku seperti mana aku pernah menilai pasangan lain dahulu kala?"

Persoalan itu belum cukup merunsingkan jiwanya.

Cantikkah aku di mata suami?

Cukupkah aku buat suamiku?

Tambah merunsingkan lagi, adakah yang akan berani-berani mencuba nasib untuk merampas suamiku? (naudzubillahimindzaalik...)

Terkadang bisikan jahat hadir mengganggu kewarasan.

Terkadang prasangka mampir menyemarak gelisah.

"Aik Bie, kenapa harini you sikat rambut style lain, ada apa-apa ke? Nak tunjuk kat siapa?"

" Kenapa saya telefon, Bie tak angkat, saya sms, Bie tak jawab pun? Bie pergi mana ha..........? (jangan baca dengan nada menjerkah, baca dengan nada yang lembut lagi ayu gitu)

Begitu parahnya dilema itu, lantas, si suami yang penuh kasih sayang dan pengertian itu terhidu gelisah si Zaujah. Penuh tertib si suami menenangkan si Zaujah dalam nota yang diselitkan pada laptop si Zaujah.

~Adinda sayang...(tidak perlu merasa geli membacanya , kerana ini suara hati seorang suami yang romantik dalam keadaan dia mahu 'berhumour'), udah-udah le gusar di hati kerana:
1. Adinda sudah cukup cantik pada mata kanda, luaran dan dalaman. Tidak perlulah dirisaukan pandangan orang, kerana pandangan mereka bukan lahir dari kasih sayang, bahkan pandangan untuk menilai semata-mata.

2. kekanda beruntung walaupun adinda suka shopping, tetapi adinda seorang wanita yang bijak bershopping, membeli untuk penampilan diri adinda, dan dalam masa yang sama tidak berlebihan ataupun membazir. Setiap kali kanda pulang, ada sahaja benda baru yang adinda beli. Kanda tak kisah, kerana adinda tidak minta duit gaji kanda (hehe). Kanda pun tidak pernah boring dengan adinda, kerana adinda sukakan penampilan yang pelbagai.

3. kekanda bersyukur kerana adinda tidak suka bersolek, kanda lebih suka melihat wajah asli dinda kerana wajah asli dinda ialah ciptaan Allah yang paling indah. Tak perlulah susahkan diri bersolek, kanda tidak suka melihat wajah plastik, kanda mahu yang asli, yang asli itu yang memberi ketenangan kepada kanda.

4. Kanda tidak pernah berlagak bujang, pergilah ke mana sahaja, pastinya kanda tidak akan sabar-sabar untuk balik ke rumah, bukan kerana rumah kita ada ASTRO, tetapi kerana di rumah kita ada ahli-ahli syurga yang menghiburkan, anak-anak penyambung kasih kita (walaupun dua tiga kali kita kena cat semula dinding rumah kita dek kerana berbakatnya anak-anak kita menghias dinding). Oh, dan, tidak lupa juga, ada adinda yang cantik molek.

dan....

Insyaallah, kanda mu ini tidak mampu untuk menyunting bunga yang lain kerana yang sekuntum ini pun tidak terjaga, takut nanti, kita tidak bertemu di syurga sana. Andai di uji juga, Kanda yakin dinda akan mendapat payung emas, kerana dinda seorang Muslimah unggul igauan setiap Muslim tetapi, kanda takut, kanda akan meringkuk di dalam neraka akibat gagal mengemudi bahtera yang banyak. Semoga Allah tidak menguji kita dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh kita.

Akhir kata, kau yang terbaik untukku, tiada ku mahu yang lain selain dirimu...

Monday, November 15, 2010

berkenaan dengan kesukaan-kesukaan ku.


Menjejaki usia matang ini (chewah, matangkah aku?), saya semakin menyedari bahawa ada beberapa perkara yang menjadi kesukaan saya. Biasa sahaja topik ini bukan? Kerana semua orang ada kesukaan masing-masing. Anyway, this is my own space, so, it's up to me to put anything i want.

Tetapi, mungkin sahaja entry ini akan memberi kebaikan atau idea kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Kebaikan apa? sekiranya anda adalah pelajar saya, atau bakal pelajar saya, mungkin boleh dijadikan modal untuk membodek saya dengan lebih berkesan. (saya tidak akan memberi markah lebih)

Atau, sesiapa sahaja yang terasa ingin beralih angin, mahu merasai apakah perasaan menyukai perkara-perkara kegemaran insan pelik bernama Nurul Fatehah ini, mungkin boleh mencuba.

Saya seorang yang klasik agaknya, menggemari lagu-lagu lama, kerana susunan muziknya yang lebih catchy dan tidak menyumbang kepada keserabutan otak. Cth: P.Ramlee, Eric Clapton, Oldies such as the Carpenter, the Beattles etc.
Saya paling suka muzik Country, walaupun muzik Country lebih cenderung kepada sesuatu yang berkaitan dengan agama Kristian, (ala-ala nasyid tetapi versi Kristian) tetapi banyak juga lagu-lagu Country yang tidak berkaitan dengan Kristian. Kenapa suka muzik Country? sebab susunan muziknya yang easy listening.
Tapi, tidak sesekali dilupakan nasyid-nasyid Islami dan Al-Quran yang lebih mendamaikan hati. KAtegori ini berada pada tempat yang utama. ;) Oh, baru-baru ini minta bertambah lagi kepada lagu-lagu Maher Zain.

Saya suka buku! Teramat suka! Suka sangat-sangat! Genre apa? tak kisah, asalkan buku. Tidak perlu bersusah payah memikirkan hadiah apa untuk diberikan kepada saya pada hari-hari kenangan saya, senaskah buku sudah mencukupi.

Komik? ya termasuk dalam kategori itu.

Saya suka kartun. Kisah-kisah klasik puteri putera, waltdisney, anime.

Saya suka kisah-kisah inspirational, motivational, dan yang sewaktu dengannya. Mahu tonton kisah-kisah inspirational? Tonton saja di Hallmark Channel ASTRO. Tetapi, sekarang sudah bertukar kepada DIVA, dan saya amat tidak gemarkan perubahan itu.

Saya suka makan! teramat suka! Makanan yang sedap-sedap. Malah, setiap kali menyuapkan suapan pertama, saya akan susuli suapan itu dengan bunyi 'mmmmmmmmmm', kerana saya sangat menikmati makanan.

LAst but not least...

Saya sudah lama tidak menikmati tidur yang berkualiti, walaupun tidur merupakan perkara kesukaan saya yang terutama! (Anak dah bertambah la katakan...huhu)

So, sudah nampak idea apa mahu digunakan untuk membodek saya? (pelajar?)


Thursday, November 11, 2010

insyaallah...


Saya mahu kuat, mahu tabah mengharungi segala ujian hidup.
Saya mahu teguh, mahu tetap pada pendirian,
Saya mahu cinta, utamanya pada Allah yang MAha Agung.

Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan, di sebalik segala kesenangan
Hidup penuh dengan onak duri, di sebalik liku-liku jalan yang lapang
Hidup penuh dengan kesakitan, di sebalik 1001 penawar
Hidup penuh dengan airmata, di sebalik setiap kegembiraan kurniaanNya.

Kalaulah hati ini seteguh karang,
Kalaulah diri ini sekukuh gunung,
Kalaulah hati ini setenang tasik,
Kalaulah diri ini sekuat Khadijah,
Allah...

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way

Allah...
Berilah hambamu kekuatan ya Allah,
AKu mahu tersenyum dalam ujianMU...

Insyaallah....
Insyaallah...
Insyaallah...





Monday, November 1, 2010

suamiku...sudah berubah???


Dia... insan yang sangat dicintai...
Hampir 5 tahun bersamanya, terlalu banyak yang mereka kongsikan bersama,
Suka, duka, jerit, perih,
perbalahan, cuma perkara biasa, sedangkan lidah lagikan tergigit.

Adakah dia masih insan sama yang dikenali dulu?
Hati si Hawa seringkali tertanya-tanya,
Harapannya semoga si Adam masih sama seperti dahulu.

Dia sudah berubah, bisik hati kecil si Hawa,
Dia sudah berubah,
Semakin matang,
Semakin dewasa,
Semakin memikat,
Semakin menyayangi,
Semakin mengasihi,
Semakin menghargai,
semakin mencintai,
Semakin baik...

Dia sudah berubah,

Wahai Adam, kamu bukanlah calang-calang insan yang diciptakan Allah untukku.
Hadirnya kamu ke dalam hidupku seiring dengan amanah.
Akulah amanah yang diciptakan Allah buatmu.
Tidak bosan aku meminta untuk kau menerimaku seadanya,
Senangilah setiap senyuman yang kuhadiahkan buatmu,
Hargailah setiap kasih sayangku buatmu,
Terimalah setiap pemberianku buatmu,
Betapa kesyukuran mengiringi setiap jalanku bersamamu,
Jangan pernah sia-siakanku,
kerana...
Hawa ini juga bukanlah calang-calang Hawa yang kau nikahi... :)