Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

Suami HenSem, IsTeri????????????


Justify Full Aduihh...dalam dilema. Selama ini si Zaujah hanya melihat pasangan lain, hanya mengkritik pasangan lain. Apabila melihat sahaja si dara cantik bak bidadari, sedangkan si teruna hodoh bak jenglot. Ataupun si teruna kacak bak bidadara sedangkan si dara hodoh bak langsuir, (keterlaluan perumpamaan ini, huhu).

Pastinya hati akan terdetik mempertikaikan pilihan pasangan masing-masing.

"pekejadahnye pilih couple huduh, tak sama taraf langsung! Dia tu lawa!"

Namun, Allah menguji, dia ditakdirkan berjodoh dengan seorang jejaka yang tampan. Pergilah ke mana sahaja, pasti ada mata-mata yang akan memandang pasangan halal itu. Lalu terdetik di hati si Zaujah,

"adakah mereka juga menilaiku seperti mana aku pernah menilai pasangan lain dahulu kala?"

Persoalan itu belum cukup merunsingkan jiwanya.

Cantikkah aku di mata suami?

Cukupkah aku buat suamiku?

Tambah merunsingkan lagi, adakah yang akan berani-berani mencuba nasib untuk merampas suamiku? (naudzubillahimindzaalik...)

Terkadang bisikan jahat hadir mengganggu kewarasan.

Terkadang prasangka mampir menyemarak gelisah.

"Aik Bie, kenapa harini you sikat rambut style lain, ada apa-apa ke? Nak tunjuk kat siapa?"

" Kenapa saya telefon, Bie tak angkat, saya sms, Bie tak jawab pun? Bie pergi mana ha..........? (jangan baca dengan nada menjerkah, baca dengan nada yang lembut lagi ayu gitu)

Begitu parahnya dilema itu, lantas, si suami yang penuh kasih sayang dan pengertian itu terhidu gelisah si Zaujah. Penuh tertib si suami menenangkan si Zaujah dalam nota yang diselitkan pada laptop si Zaujah.

~Adinda sayang...(tidak perlu merasa geli membacanya , kerana ini suara hati seorang suami yang romantik dalam keadaan dia mahu 'berhumour'), udah-udah le gusar di hati kerana:
1. Adinda sudah cukup cantik pada mata kanda, luaran dan dalaman. Tidak perlulah dirisaukan pandangan orang, kerana pandangan mereka bukan lahir dari kasih sayang, bahkan pandangan untuk menilai semata-mata.

2. kekanda beruntung walaupun adinda suka shopping, tetapi adinda seorang wanita yang bijak bershopping, membeli untuk penampilan diri adinda, dan dalam masa yang sama tidak berlebihan ataupun membazir. Setiap kali kanda pulang, ada sahaja benda baru yang adinda beli. Kanda tak kisah, kerana adinda tidak minta duit gaji kanda (hehe). Kanda pun tidak pernah boring dengan adinda, kerana adinda sukakan penampilan yang pelbagai.

3. kekanda bersyukur kerana adinda tidak suka bersolek, kanda lebih suka melihat wajah asli dinda kerana wajah asli dinda ialah ciptaan Allah yang paling indah. Tak perlulah susahkan diri bersolek, kanda tidak suka melihat wajah plastik, kanda mahu yang asli, yang asli itu yang memberi ketenangan kepada kanda.

4. Kanda tidak pernah berlagak bujang, pergilah ke mana sahaja, pastinya kanda tidak akan sabar-sabar untuk balik ke rumah, bukan kerana rumah kita ada ASTRO, tetapi kerana di rumah kita ada ahli-ahli syurga yang menghiburkan, anak-anak penyambung kasih kita (walaupun dua tiga kali kita kena cat semula dinding rumah kita dek kerana berbakatnya anak-anak kita menghias dinding). Oh, dan, tidak lupa juga, ada adinda yang cantik molek.

dan....

Insyaallah, kanda mu ini tidak mampu untuk menyunting bunga yang lain kerana yang sekuntum ini pun tidak terjaga, takut nanti, kita tidak bertemu di syurga sana. Andai di uji juga, Kanda yakin dinda akan mendapat payung emas, kerana dinda seorang Muslimah unggul igauan setiap Muslim tetapi, kanda takut, kanda akan meringkuk di dalam neraka akibat gagal mengemudi bahtera yang banyak. Semoga Allah tidak menguji kita dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh kita.

Akhir kata, kau yang terbaik untukku, tiada ku mahu yang lain selain dirimu...

2 comments:

  1. Sweetnye...
    ape yg nak dirisaukan tty..cukuplah cantik di mata yang tersayang dan dimata Allah..apa yang Allah tetapkan,itulah yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. uhuk-uhuk terbatuk. den tak risau aih.... hhuhuhu

    ReplyDelete