Search This Blog

Monday, November 22, 2010

Lipas, perempuan, dan seorang Ibu


LIPAS
Species yang sering mendatangkan kegerunan kepada jiwa-jiwa yang lemah (yang lemah sahaja ya).

Setakat ini saya masih belum tergolong dalam kategori perempuan yang menjerit kerana lipas. Selagi mana lipa-lipas bumi tidak berevolusi menjadi reptilia yang licin dan menjijikkan (euww!).

Mungkin kerana sedari kecil saya tidak pernah dididik untuk berasa takut dengan haiwan/serangga yang tidak membahayakan. Idea seperti ini memberikan panduan kepada sya dalam mendidik anak-anak saya. Saya sendiri berjanji untuk tidak mengajar anak-anak saya mentakuti haiwan/serangga.

Namun,

apa yang terjadi ialah, anak sulung saya, lelaki, takutkan lipas dan serangga-serangga lain! Bukan sahaja serangga, bahkan anak saya juga takutkan kegelapan! Saya amat geramkan orang-orang sekeliling yang mengajar anak saya untuk takutkan nyawa-nyawa ciptaan Allah itu!

Kerana,

Menyimpangkan plan saya dalam hal pendidikan anak-anak.
Menyusahkan saya untuk memujuk anak saya supaya jangan kisahkan lipas yang sedang menari-nari di atas lantai bilik air sementara saya sedang berusaha memberus giginya.
Menyusahkan saya untuk menenangkan anak saya supaya dia berhenti melalak setiap kali bekalan elektrik di rumah terputus pada waktu malam.

Seribu satu kegeraman dalam diri!

Tapi...
Suatu kenyataan yang halus menyedarkan saya.
Kenyataan yang amat lojik, yang amat menyentak kesedaran saya.

Sebenarnya, saya yang gagal sebagai seorang ibu.

kerana...
Seorang ibu yang hebat, yang baik, mampu mempengaruhi anaknya mengatasi pengaruh orang lain.
Saya pernah menyandarkan kerja sebagai alasan, tetapi, hakikatnya, RAsulullah dan Khadijah merupakan insan-insan yang paling sibuk di bumi Allah, namun, mereka berjaya menghasilkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi Muslim dan Muslimah yang terunggul dan terhebat.

Itu NAbi... insan terhebat, aku manusia biasa, memang terlalu terdedah kepada kelemahan...

Tapi, ingat, bukankah NAbi itu sebaik-baik contoh ikutan, gagallah aku sebagai ummah sekiranya gagal mengikuti jejak kekasih Allah itu...
Hmmm... sesungguhnya setiap kelemahan itu berpusat daripada diri saya sendiri...walaupun puncanya cuma seekor lipas.



No comments:

Post a Comment