Search This Blog

Monday, December 13, 2010

KISAH KASIH DIA


What. If.
Dua perkataan yang biasa-biasa sahaja sekiranya disebut berasingan. Cantumkan kedua-duanya.
WHAT IF. MACAM MANA JIKA...(apa akan jadi kalau)?

Satu ayat yang membawa maksud yang amat mendalam. Yang boleh menghantui kita seumur hidup kita.

What if i choose to be with my mom instead of living with my miserable father?
Macam mana kalau saya tak ambil course engineering, apa akan jadi kalau saya teruskan juga dengan kursus seni yang saya suka tu?
What if i choose him instead of him? Adakah semuanya akan berubah? Menjadi lebih baik kah? Adakah kehidupan saya akan menjadi lebih sempurna?


Pelbagai persoalan menggugat minda, menghambat jiwa, hanya dengan perkataan WHAT dan IF yang dicantumkan. What did i told you, those words will haunt you for the rest of your life!

Apa yang perlu kita lakukan agar kita tidak menyesal dengan pilihan kita kini? Betul. The only reason why we came to the words WHAT IF ialah apabila kita tidak berpuas hati dengan pilihan kita dahulu. Kita merasakan bahawa kita telah membuat pilihan yang salah. Kita tidak bahagia dengan pilihan itu.

Secebis kisah daripada sahabat saya (dengan izinnya). Dia menjawab pertanyaan saya dengan hanya satu perkataan. REDHA.

Dia seorang wanita yang sangat hebat, sangat kuat, sangat tabah.
Dia merupakan seorang ibu kepada sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan.
Ikatan perkahwinan selama 6 tahun teruji dengan kehadiran orang ketiga. Si suami merupakan jejaka muslim, idaman setiap wanita. terlalu baik.

6 tahun lepas, sebelum mereka bernikah, sahabat saya ini di lamar oleh dua orang jejaka. sama baik, sama hebat. Jejaka pertama ialah suaminya kini, jejaka kedua ialah sahabatnya sendiri. Namun, setelah memohon petunjuk, akhirnya sahabat saya memilih jejaka pertama sebagai suaminya.

Namun, kini, setelah 6 tahun berlalu, rumahtangga mereka diuji dengan hebat. Si suami kini tidak tinggal bersama dengan si isteri. Si suami sudah punya cinta baru. Sesekali si suami akan balik untuk bertemu dengan kedua-dua anak mereka. Pernah juga pasangan suami isteri itu duduk berdua seketika, untuk berbincang masalah mereka, namun, kata sahabat saya, "sudah tidak ada sinar cinta pada mata suami akak walaupun kami bertentangan mata"
Saya mengeluh, tidak saya nafikan, hati saya menangis mendengar kisah itu. Beberapa minggu lepas, saya bertemu lagi dengan sahabat saya itu. Kali ini, kisahnya lain pula.

"Akak seperti rasa terhukum, kelmarin, akak terserempak dengan sahabat akak yang pernah melamar akak dahulu. Dia sudah berkahwin. Isterinya seorang wanita biasa sahaja, tetapi cacat sejak lahir. Buta dan kudung di kedua-dua kakinya. Mereka berkahwin selepas setahun akak berkahwin.

Tiada yang jelita pada wajah isterinya. Mana-mana lelaki normal pasti tidak sudi melemparkan pandangan untuk isterinya, tetapi, akak melihat kisah kasih yang sangat indah di hadapan akak.

Dia memanggil isterinya sayang, dia menjaga isterinya dengan tabah, dia sentiasa berlembut, sentiasa tersenyum buat isterinya, walaupun dia tahu, isterinya tidak mampu melihat senyuman itu. Pada akak, itulah dia pasangan syurga.
Dan, terdetik kesal pada akak kerana tidak menerima dia dahulu. Macam mana kalau dia yang akak pilih, tentu kami juga bahagia seperti mereka sekarang. Begitu halus perasaan kesal itu menusuk akak. Tapi, alhamdulillah, akak cepat tersedar semula.

Kalau nak ikutkan perasaan, memang sampai ke sudah akak akan terus menerus mempersoalkan kekesalan akak. Memang sampai bila2 perkataan 'what if' itu akan menghantui akak.
Tapi akak cepat sedar. Alhamdulillah, ini ujian Allah untuk akak, akak kena redha dan tabah.

Memang susah untuk mencapai redha, untuk memaksa diri untuk redha, tapi, satu perkara yang akak dapat, bila kita betul2 ikhlas menerima ujian itu, segala-galanya menjadi ringan...Walaupun terbeban, tapi hati rasa tenang. Akak boleh tersenyum walau payah ujian ini. Nikmatnya bila semuanya kita sandarkan pada Allah..."


Saya menangis tanpa malu mendengar ungkapan redha daripada sahabat saya itu. Sungguh benar, Allah tidak membebani hambanya dengan bebanan yang tidak tertanggung...

P/s; semalam, saya mendapat panggilan telefon daripada sahabat saya, dia kini dalam proses menuntut fasakh daripada mahkamah. "Doakan moga akak tabah ya"... Insyaallah...akak sentiasa dalam doa saya...

No comments:

Post a Comment