Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia, Tentang Kita.

Salam,

Saya suka menonton slot drama Akasia Tv3. Yang HOT sekarang ni ialah kisah Tentang Dhia. (macamlah HOT bagi orang lain kan.....)

Jadi, kisahnya pada entri ini ialah. Drama ni bagi bermacam-macam persoalan bagi orang yang mengikuti kisahnya. Antaranya yang saya ambil daripada komen-komen di FB saya ialah:

  • Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Eh.. Sy Siap Rekod Kat Astro Kot Kalo Xleh Tgk.. Haha... Ape Plak Madam Ske Melly.. Sy Tau Dia Da Insaf.. Tp, Kejahatan Dia Dlu Macam Wat Org Xpuas Ati Je Tetiba Dia Baik Camtu...
    39 minutes ago ·
  • Nurul Fatehah Ansari den suka tgk lakonan dia ha.... menjadi gitu. Bagila peluang kat dia....Realitinya, Allah, kalau nak bg hidayah, sekelip mata org blh berubah. Kun fayakun..
    37 minutes ago ·
  • Nasir Nazri hero sebenar cite tu adalah pakcik Mahfiz!!!
    36 minutes ago · · 1
  • Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Mmgla Allah Nak Bagi, Allah Bleh Bagi Kat Sapa2 Dia Nak... Tp, Jadinya Macam Nenek Si Azmi Tu.. Xpuas Ati Kot.. Kalo Org Jenis Macam Azmi Tu Ade, Sy Respek Owh... Tp, Kalo Sy, Xtau La Sy Bleh Setabah Tu Ke Tak.. Ikhlas Dr Hati...
    35 minutes ago ·
  • Nurul Fatehah Ansari haha... Tabah je Insyaallah, La yukallifullahu nafsan illa wus aha. Allah tidak membebankan manusia melainkan dgn apa yg mereka mampu(Al BAqarah 286). Chewah, perbincangan intelektual mngenai kisah Tentang Dhya. Cerita tu bagus gak, dia tunjuk ujian Allah yg dtg bertimpa2, tapi manusia ni mampu je menghadapi, Allah itu maha pengasih.
    29 minutes ago · · 1
  • Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Kan, Btul Kan..? Sbnrnya Semua Dugaan Kita Mampu Nak Harungi.. Tp Sebagai Manusia, Kita Akan Rasa Nk Give Up Walaupun Blum Setel Lg.. Lebih2 Lg Saya.... Hehe.. Tp Madam, Kalo Jadi Macam Nenek Melly Pun Bkn Xbleh Kan..? Dia Ada Hak Untuk Xmaafkan Kan..? Hablum Minannas...
    26 minutes ago ·
  • Muhd Atiq Azman Wow.
    24 minutes ago ·
  • Nurul Fatehah Ansari Boleh je.... tapi sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi, bukan yang menerima. Biasalah manusia biasa, tak sesempurna nabi, ada je yang kurang. Allah x hukum kita dengan apa yg ada dalam hati kita. Fuh! aku jadi ustazah! haha. Yang baik dr Allah jua.... hehe
    23 minutes ago ·

Apa-apa pun, saya lihat kelemahan cerita ini ialah pada suami yang tak siasat betul-betul fitnah yang mak dia bagi. Tapi tak mustahil juga perkara tu berlaku, sebab hati manusia ni, macam lalang, bila dihasut, perlahan-lahan kita akan tunduk kalau Iman tak berada di tempat kita. Itulah kisahnya manusia, Tentang Dhia tu memuatkan kisah Tentang Kita juga... Semua watak dalam kisah itu, merupakan watak yang ada dalam diri manusia... Orang kata, bila tengok cerita, kenalah cari juga nilai-nilai yang ada dalam cerita tu, jangan hanya tengok membabi buta tanpa mengoreka apa yang terselit di dalamnya. ..

Wallahualam...

Thursday, December 15, 2011

perjuangan bangsa? Agama?

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Penulis agak gembira ketika menulis nukilan ini. Kegemberiaan ini timbul apabila membaca komen-komen daripada beberapa orang terhadap tulisan Dr Azri Zainal Abidin tentang Perhimpunan UMNO. Penulis tidak berminat sangat pada komen-komen politik tetapi ada beberapa perbualan di dalam komen tersebut yang bercerita tentang bangsa.
Seorang insan muda di dalam ruang komentar tersebut telah tersalah menyatakan “Islam didahulukan, Melayu Diutamakan”. Namun kata-kata ini diulas oleh seorang Cina yang turut menjadi pembaca ruangan Dr Asri dengan menyatakan janganlah diperjuangkan bangsa tetapi perjuangkanlah Islam. Insan muda melayu itu membalas dengan memohon maaf dan membetulkan kembali pernyataan beliau. Sungguh indah membaca komen ini apabila muda mudi kita sudah mengenepikan bangsa dan mengutamakan perjuangan agama dalam kehidupan mereka. Mereka ini adalah dari golongan muda mudi yang memperjuangkan intipati ajaran agama mereka seperti hak rakyat, hak bersama, hak bukan Islam, hak wanita, ekonomi adil, membenci kroni, tidak memandang pangkat dan darjat etc. Mereka hidup dengan falsafah agama Islam yang syumul (lengkap).
Penulis sangat gembira membaca dialog kedua insan tadi kerana tiada sifat “gila bangsa” di dalam diri mereka. Penulis pernah menukilkan beberapa kali sikap Islam dalam teori bangsa. Apa yang diperjuangkan di dalam parti politik Islam seharusnya adalah ajaran Islam yang hendak ditegakkan di muka bumi Allah. Parti politik Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa. Keahlian seharusnya terbuka kepada sesiapa samaada Islam atau bukan Islam selagi mana mereka bersetuju dengan perjuangan Islam. Perjuangan Islam bukanlah hudud mahupun Negara Islam semata. Perjuangan Islam mahukan manusia tunduk kepada tuhan dan apa yang disuruh oleh Allah itu dimartabatkan dan diamalkan. Teori mewujudkan Negara Islam bukan matlamat tetapi hanya cara untuk mencapai matlamat iaitu mengamalkan hukum tuhan. Namun tidak dinyatakan mewujudkan Negara Islam itu tidak wajib tetapi ia tidak harus dijadikan seperti itulah satu-satunya matlamat hidup Muslim.
Penulis tidak berminat dengan parti politik di Malaysia kerana sikap “bangsa” mereka samaada UMNO, PAS maupun DAP. Penulis mencintai beberapa pemimpin parti seperti Nik Aziz, namun tidak semestinya penulis bersetuju dengan apa yang diperjuangkan secara total. Tidak bersetuju tidak bermakna penulis menafikan ketokohan ilmu serta kepimpinan Nik Aziz. UMNO adalah parti politik yang sangat bersifat “bangsa” dan tidak akan diterima penulis selagi mana sifat “bangsa” itu wujud di dalam perjuangan mereka. Pernah yang menjemput penulis tetapi penulis dengan sinis menjawab “aku bukan melayu”. Di dalam perhimpunan mereka kali ini, sifat ini masih wujud dan tidak lagi diketepikan. Mungkin mereka tidak sedar bahawa di luar, muda mudi intelek duduk semeja tanpa mengira bangsa. Adakah mereka akan berminat dengan sifat “bangsa” yang wujud di dalam satu-satu aliran politik?
Setakat ini penulis masih mencari kumpulan atau Jemaah yang dapat penulis bersama di dalam kehidupan ini bersama berjuang. Sukar untuk menyertai mereka kerana wadah dan prinsip yang tidak sama. Mungkin adalah lebih baik untuk bersama rakan-rakan yang sudi memperjuangkan sesuatu di dalam kehidupan ini. Kumpulan yang kecil dan tidak berdaftar, tetapi jika dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat biarpun kecil tetapi penuh dengan keihklasan mencari redha Allah mungkin besar pada pandangan tuhan yang Esa. Jadi, sebelum kita menutup mata dan kembali pada tuhan mari kita tanyakan diri kita “apa yang aku dah lakukan untuk agamaku?” Sekadar nukilan pendek penulis tentang sifat bangsa dan perjuangan.
Allah itu maha mengetahui.

Monday, December 12, 2011

Kerana aku pelakon di pentas boneka ini.

Semalaman berfikir...
Apa lagi yang tak cukup?
Apa lagi yang belum pernah kulakukan
untuk memuaskan hati mereka?
Apa lagi yang tidak cukup
untuk memuaskan nafsu serakah mereka?

Semalaman berfikir...
Pinta kalian sudah sering kuturutkan...
Aku menjadi diriku yang bukan diriku...
Aku memaksa diri untuk tersenyum
sedangkan hati menolak untuk tersenyum...
Aku memaksa diri untuk akur
sedangkan jiwa derita memahami redha.

Barangkali...
kerana aku cuma pelakon
di pentas boneka ini...
Maka...
yang lara sahaja
layak untuk ku persembahkan...

Your wish is my command ~Genie in Alladdin.