Saya suka menonton slot drama Akasia Tv3. Yang HOT sekarang ni ialah kisah Tentang Dhia. (macamlah HOT bagi orang lain kan.....)
Jadi, kisahnya pada entri ini ialah. Drama ni bagi bermacam-macam persoalan bagi orang yang mengikuti kisahnya. Antaranya yang saya ambil daripada komen-komen di FB saya ialah:
- Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Eh.. Sy Siap Rekod Kat Astro Kot Kalo Xleh Tgk.. Haha... Ape Plak Madam Ske Melly.. Sy Tau Dia Da Insaf.. Tp, Kejahatan Dia Dlu Macam Wat Org Xpuas Ati Je Tetiba Dia Baik Camtu...39 minutes ago ·
- Nurul Fatehah Ansari den suka tgk lakonan dia ha.... menjadi gitu. Bagila peluang kat dia....Realitinya, Allah, kalau nak bg hidayah, sekelip mata org blh berubah. Kun fayakun..37 minutes ago ·
- Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Mmgla Allah Nak Bagi, Allah Bleh Bagi Kat Sapa2 Dia Nak... Tp, Jadinya Macam Nenek Si Azmi Tu.. Xpuas Ati Kot.. Kalo Org Jenis Macam Azmi Tu Ade, Sy Respek Owh... Tp, Kalo Sy, Xtau La Sy Bleh Setabah Tu Ke Tak.. Ikhlas Dr Hati...35 minutes ago ·
- Nurul Fatehah Ansari haha... Tabah je Insyaallah, La yukallifullahu nafsan illa wus aha. Allah tidak membebankan manusia melainkan dgn apa yg mereka mampu(Al BAqarah 286). Chewah, perbincangan intelektual mngenai kisah Tentang Dhya. Cerita tu bagus gak, dia tunjuk ujian Allah yg dtg bertimpa2, tapi manusia ni mampu je menghadapi, Allah itu maha pengasih.29 minutes ago · · 1
- Muhammad 'Sigit Purnomo' Zulfadli Kan, Btul Kan..? Sbnrnya Semua Dugaan Kita Mampu Nak Harungi.. Tp Sebagai Manusia, Kita Akan Rasa Nk Give Up Walaupun Blum Setel Lg.. Lebih2 Lg Saya.... Hehe.. Tp Madam, Kalo Jadi Macam Nenek Melly Pun Bkn Xbleh Kan..? Dia Ada Hak Untuk Xmaafkan Kan..? Hablum Minannas...26 minutes ago ·
- Nurul Fatehah Ansari Boleh je.... tapi sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi, bukan yang menerima. Biasalah manusia biasa, tak sesempurna nabi, ada je yang kurang. Allah x hukum kita dengan apa yg ada dalam hati kita. Fuh! aku jadi ustazah! haha. Yang baik dr Allah jua.... hehe23 minutes ago ·
Apa-apa pun, saya lihat kelemahan cerita ini ialah pada suami yang tak siasat betul-betul fitnah yang mak dia bagi. Tapi tak mustahil juga perkara tu berlaku, sebab hati manusia ni, macam lalang, bila dihasut, perlahan-lahan kita akan tunduk kalau Iman tak berada di tempat kita. Itulah kisahnya manusia, Tentang Dhia tu memuatkan kisah Tentang Kita juga... Semua watak dalam kisah itu, merupakan watak yang ada dalam diri manusia... Orang kata, bila tengok cerita, kenalah cari juga nilai-nilai yang ada dalam cerita tu, jangan hanya tengok membabi buta tanpa mengoreka apa yang terselit di dalamnya. ..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment