Inilah legasi ilmu buat kalian, anak-anakku...segalanya kumuatkan di sini, ambillah segalanya yang membuahkan ilmu, tinggalkan segala yang buruk, jadikanlah sempadan... moga kalian akan lebih mengenaliku melalui tulisanku. Berdirilah dengan kalimah TAUHID!
Search This Blog
Thursday, March 8, 2012
Kalau awak sempat jumpa dia (insyaallah sempat........) bisikkan dia, saya kirim salam & saya gembira dia jd student saya.
Salam...
Pesanan terakhir saya kepada rakan arwah Mohd Amirruddin Ahmad sebelum dia bertolak untuk menziarahi arwah di PPUM,
" kalau awak sempat jumpa dia (insyaallah sempat........) bisikkan dia, saya kirim salam n saya gembira dia jd student saya." ............. sempatkah dia menyampaikan pesanan saya.........?
Saya masih ingat, beberapa semester yang lepas, saya bertanggungjawab mengajar subjek Commercial Law kepada pelajar-pelajar section 16. Arwah merupakan antara pelajar yang sentiasa menyebabkan saya tertawa. Dia seorang pelajar yang menghormati pendidiknya.
Surat yang ditulis oleh arwah kepada saya (semua pelajar perlu menulis untuk saya pada hari terakhir kelas), saya baca sambil tersenyum, tetapi bersama genangan air mata yang ditahan-tahan....
Mdm Nurul Fatehah Ansari
Mohd Amirruddin B. Ahmad
"Seronok, itu adalah perkataan pertama yang terpancar dalam mulut dan fikiran saya semenjak pertama kali saya belajar dalam kelas commercial law. Memang sebelum ini saya seronok dalam kelas tetapi kelas miss adalah yang terbaik.
Miss, saya merindui cara pembelajaran yang begitu efektif walaupun kadang2 saya mengantok dan sempat lagi tidur tapi saya seronok sangat. Tak terkata.
Akhir kata dari saya, semoga Miss dan keluarga sihat walafiat, semoga Miss bertambah ayu dan comel sentiasa.
*Jangan lupa pakai jam pink :) hahaha...
-mmm...
-best....
Amir
Pemergianmu ditangisi...
Alhamdulillah Ya Allah, kau permudahkan urusannya...
Buat pelajar/sahabat2 Amir sekalian.... Dia pergi, namun tetap kekal di hati kita... Untungnya beliau, mempunyai sahabat2 yang mencintainya, menyayanginya, tetap bersamanya sehingga hembusan nafas terakhir....
~Telah ditakdirkan kau pergi dulu...Kau sahabatku kau teman sejati....- Hijaz-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya Allah benar kata madam.dia memang mempunyai kawan2 terbaik ..saya tak kenal amir ni walaupun satu kolej. tapi hati saya tertarik untuk pergi melawat dia. semalam saya pergi dgn harapan utk melihat perkembangan dia. namun jam 5.30 kami smpi dan arwah telah pun pergi buat selama-lamnya .terkilan kerana tak sempat berjumpe ketika hayatnya. alhamdulillah ramai sungguh kwn2 yang dtg melawat dia. saya dpt rasakan betapa kasih dan sayangnya mereka sesama batch.kagum saya melihat betapa akrab persahabatan mereka. sempat juga saya berbual dgn ibu arwah,nyata satu-satunya anak lelaki mereka yang telah pergi bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.namun si ibu redha. saya sempat melihat arwah buat kali terakhir di bilik mayat ,sungguh tenang wajah arwah..sebak melihat wajahnya.. semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yang soleh.AL-FATIHAH
ReplyDeleteItu rahmat Allah untuk dia, walaupun dia sudah tiada :)
ReplyDelete