Search This Blog

Wednesday, March 14, 2012

Ada cerita tentang aku dan dia...


Salam...

Pagi ini saya menyedari sesuatu. Sesuatu yang sangat menyentuh hati dan perasaan saya sebagai seorang isteri. Perkara yang disedari itu pula tidak pernah saya 'lihat' semenjak kali pertama saya memandu kereta bersendirian.

Seperti biasa, rutin harian sebelum menuju ke tempat kerja ialah bersalaman dengan suami. Dan, suami pula akan menghantar pemergian saya dengan pandangan mata. Sungguh saya tidak pernah menyedari suatu anugerah yang Allah kurniakan kepada saya sehinggalah pagi tadi. Dalam kesamaran selepas menutup pintu kereta, saya berpaling semula untuk melihat wajah suami. Sempat saya titipkan pesanan agar suami balik awal pada hari ini.

Suami tidak membalas, sebaliknya kelihatan bibirnya yang terkumat-kamit seolah-olah sedang membacakan sesuatu sambil memandang wajah saya. Saya sedar, itu merupakan bacaan doa darinya. Dan saya pasti, itu merupakan doa buat saya, semoga Allah memberikan keselamatan kepada saya sepanjang pergi dan kembali semula. Alhamdulillah.... Ini penghargaan bagi seorang isteri, ini cinta yang sempurna bagi seorang isteri, ini kasih yang sebenar bagi seorang isteri, ini syurga bahagia bagi suami isteri.

p/s : Bukan untuk mengangkat diri sendiri, jauh sekali menimbulkan rasa loya, malah berkilometer jauhnya daripada menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi....pernahkah anda mendoakan orang kesayangan anda? Kalau belum, lakukan sebelum terlambat. Cinta yang diredhai, ialah cinta yang halal disisi Allah. Marilah kita sama-sama mengejar baitulmuslim... semoga redha Allah sentiasa bersama kita.

5 comments:

  1. InsyaAllah..Stiap masa sy sntsa mndoakan yg terbaik utk org2 yng saya sayangi.. Sy sgt kagum dgn kak,smga keluarga kak sntsa bahagia dn beroleh kasih sayang Allah..~Fie

    ReplyDelete
  2. :) semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama kita semua.

    ReplyDelete
  3. Semoga suatu hari nanti Allah mmberi sy kesempatan utk menimba ilmu dan berjumpa dengan kak..Aamiin.~Fie

    ReplyDelete
  4. i'm not perfect, ilmu masih panjang sejengkal :)

    ReplyDelete
  5. semoga akak terus bahagia bersama suami dan anak-anak. insyaAllah:)

    ReplyDelete