Search This Blog

Monday, June 23, 2014

Ramadhan... Ramadhan.... (baca dengan alunan lagu Maher Zain) la la la~

Ramadhan... Ramadhan.... Ramadhan ya Habeeb...

Alunan lagu Ramadhan dendangan Maher Zain yang mengiringi perjalanan ke pejabat pagi tadi sungguh menyegarkan. Alhamdulillah, tahun ini masih sempat (insyaallah) bertemu Ramadhan. Perasaan sangat teruja untuk bertemu kembali dengan bulan ini. 

Mungkin kerana usia makin bertambah, sedar diri semakin hampir kepada Pencipta, maka pertemuan dengan Ramadhan ini tidak sedikit pun dibayangi dengan keseronokan Syawal yang akan menyusul pula.

Oh, kamu yang masih membaca tulisan ini... tiada sangat yang mahu saya kongsikan, cumanya, mahu kita sama-sama beringat tentang keadaan saudara kita yang tidak bernasib baik seperti kita, yang mana Ramadhan bagi mereka bukannya 'pesta makanan' tapi sama seperti bulan-bulan lain. Tiada apa yang istimewa di meja-meja mereka (kalau boleh dikatakan meja). 

Kalau ada rezeki lebih-lebih tu... hulurkanlah walaupun sedikit buat mereka. Rasanya semangat Ramadhan lebih bermakna dengan pemberian itu. Kita ummah yang berkasih sayang, moga-moga bertemu di tempat kekal dengan ingatan itu. 




Tabung Kasih Ummah Syria


Bank Islam Malaysia Berhad

120290 100 63512

(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com
swiftcode (jika menyumbang dari luar Malaysia) : BIMBMYKL


Sunday, June 15, 2014

Kembali menjengah.

Salam, 

Kamu-kamu sekalian yang rajin menjengah kawasan jajahan ini, mohon maaf, bukan senang untuk menulis dari hati. Bukan senang untuk ikhlas menulis. Almaklumlah, penulisan kalau boleh biar bermanfaat untuk semua orang, barulah boleh menjadi ladang yang berbuah ranum, memberi kekenyangan kepada semua.

Ada banyak kejadian, yang boleh menjadi ibrah dalam kehidupan, namun tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan kerana.......... MALAS. Sudah terlalu lama saya dijangkiti penyakit ini. Jadi, hari ini mahu melawan penyakit ini berhabis-berhabisan. Moga berjaya menaip barang beberapa perenggan.

Di sebabkan perayaan Hari Bapa adalah event terbaru, maka saya pun konon-konon buat entri tentang Hari Bapa. 

Tidak pernah kisah tentang hari bapa. Rasanya mungkin hanya sekali dua mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa sendiri. Itupun hanya menggunakan 'text message', sebab macam ala-ala segan gitu untuk mengucapkan depan-depan ataupun secara ucapan lisan.

Ada sesuatu yang personal dalam entri kali ini, tapi tidak personal dalam cara yang tidak baik, insyaallah, personalnya dalam cara yang baik. Insyaallah.

Bak kata beberapa 'quotation' atau 'kata-kata hikmah' ataupun 'kata-kata nasihat' yang entah dari mana saya pernah mendengarnya... 

Air dicincang tak akan putus.

Don't it always seems to go, that you don't know what you got til it's gone.

Berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu ~ Islamic teaching~


Hidup manusia, ada pasang surutnya, macam iman manusia juga. Disebabkan tiada manusia sesempurna Muhammad SAW lah, maka saya juga pernah melakukan kesilapan. Hampir 4 tahun tidak bercakap dengan ayah sendiri. Kerana ada beberapa perbalahan ketika zaman muda remaja dulu. 4 tahun tidak bersua muka walaupun balik ke tanah kelahiran sendiri dek kerana dendam dan ego. Hampir saya terlupa yang wujudnya saya kerana separuh dia ada dalam diri saya. Hampir saya terlupa dalam semua cerita tidak semua yang betul berpihak kepada saya. Hampir saya terlupa, saya berbinti kan dia. Hampir saya terlupa, dia menyayangi saya. Hampir saya terlupa, apa itu perasaan sesalan. 

Sehingga akhirnya Allah menguji untuk mendekatkan kami semula. Minor stroke yang Allah 'hadiahkan' buat dia menyebabkan saya kembali tersedar segala-galanya, dan mula menerima sesuatu yang lebih rasional berbanding kemarahan sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya, dan saya bersyukur kerana tidak tersasar jauh daripada landasan yang betul. 

Buat pelajar-pelajar saya yang mungkin membaca nukilan ini, ( saya ada ramai pelajar yang sentiasa mengadu berkonflik dengan ibu bapa), kemarahan dan kedegilan tidak membawa kita kemana-mana. Saya kira, kemaafan adalah perkara yang kita perlukan. Memaafkan dia, memaafkan diri sendiri, dan meredhai segalanya. Walaupun sukar untuk dilakukan....percayalah, saya cukup memahami, (4 tahun tidak memperdulikan ayah sendiri), tapi itulah langkah terbaik. Insyaallah hidup kita akan menjadi lebih mudah selepas itu. Seolah-olah ada satu bebanan yang besar di angkat daripada dada.

# kerana saya tidak mahu menangis dengan jiwa penuh sesalan andai dia dipanggil dahulu menghadap Ilahi.

Thursday, February 6, 2014

REPOST dari FB; Kisah... Muhammad tak pakai kasut sekolah!


Kisahnya Muhammad tak pakai kasut ke sekolah hari ini. Sudah separuh jalan, hampir sampai ke sekolah, baru perasan Muhammad cuma pakai sandal angry bird nya. 


-Muhammad tak boleh pakai kasut ni pergi sekolah!!! Kenapa Muhammad lupa pakai kasut sekolah!!! Macam mana nak pergi sekolah macamni!!! Nanti teacher cakap apa!!!-


This miserable mama kept on yelling and nagging until i saw his face... sedih, takut, blank.


Then i realized something. "Aku ni seorang ibu. So, act like a mother. ACT LIKE A REAL MOTHER."


Tekan butang paused. Tarik nafas. Gosok kepala anak, peluk anak. Minta maaf. 


"Mama minta maaf sebab marah Muhammad tadi. Takpe, it's okay. Jangan risau, nanti mama bagitahu teacher. Senyumlah. Takpe buat silap kalau tak sengaja. Tapi lain kali jangan buat lagi. Kena ingat tau" 


-dan temankannya sehingga ke pintu kelas. Pastikan dia senyum dulu baru lepaskan dia. Tak mahu dia mengharungi hari ini dengan mood kena marah.


*motif cerita: ada orang pernah cakap, kalau ada kebaikan yang boleh dikongsi, kongsikan. Biar semua yang membaca mendapat manfaatnya. Mungkin i tak buat kebaikan, tapi kalau ada rakan supermom yang pernah handle situasi mcmni dgn cara yang terbaik, sila kongsi dengan i yang selalu miserable ini.


Motif utama: Ceramah 5s belum habis. Dah mula berdarah hidung kebosanan. Need something to entertain myself.