Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

Masih ada yang peduli.

Malaysia...
bukan semua manusia dalam Malaysia pada zaman sekarang ini pentingkan diri sendiri.
Masih ada yang peduli....
A few weeks ago, saya terperangkap dalam kesesakkan trafic. Lampu isyarat di simpang 4 rosak!
Ada beberapa kereta yang kemalangan. Tapi masih tiada pihak berwajib yang turun menyelesaikan keadaan. Sehinggalah kemunculan seorang lelaki yang ala-ala hero gitu. Menjadi polis trafik yang tidak bertauliah, tapi mampu dengan sistematiknya menguruskan perjalanan trafik di jalan itu. Alhamdulillah... terima kasih pakcik

keesokkan harinya, pada waktu pagi, saya masih melalui jalan yang sama. Guest what? keadaan masih seperti semalam, lampu isyarat masih belum dibaiki dan yang lebih memburukkan keadaan, tiada seorang pun polis trafik yang ditugaskan ke situ. (hai... semua polis trafik Malaysia dah tukar kerjaya berlakon dalam cerita Roda-roda KL pula ke...... ).

Hari ini, suami saya mengalami masalah untuk keluar dari petak parking. Ada terlalu banyak kereta yang di letakkan tanpa mengikut susunan di belakang. Setelah beberapa kali percubaan dan masih gagal, akhirnya muncul lagi seorang hero membantu suami saya keluar dengan selamat dengan memberi arahan dar belakang. Berapa ramai manusia yang ada melihat pada ketika itu, tetapi tiada siapa yang prihatin. Mungkin isu ini kelihatan biasa, remeh sahaja. Tetapi, tidak perlu untuk kita mengukur tahap keseriusan sesuatu bantuan itu untuk menghulurkan bantuan. Bukankah sekecil-kecil zarah pun akan dihitung di hadapan Allah kelak......

Walau bagaimanapun, saya bersyukur, masih ada yang peduli. Semoga menjadi tazkirah untuk saya juga supaya tidak lokek menghulurkan bantu
an walau hanya sekecil zarah.

Saturday, March 13, 2010

student-student ku yang meniru...

Sakit hati?
Kecewa?
Sedih?
Geram?

macam-macam lagi perkataan yang sewaktu dengannya. tapi belum cukup untuk menggambarkan perasaan saya ketika menanda kertas pelajar-pelajar yang obviously meniru bulat-bulat daripada buku teks ketika menjawab soalan ujian.

Akhirnya, kelas terakhir yang mengambil ujian dimulakan dengan mukaddimah...

"...sesiapa yang menipu, bukanlah dari kalanganku..." sabda Nabi S.A.W.

No cheating! dilarang meniru!

setiap kali kamu terasa dan teringin untuk meniru, pandanglah papan putih dihadapan kamu yang tertulis kata-kata ini. Sabda Nabi itu sendiri sudah cukup menjelaskan hukum menipu(meniru) ini haram. Kalau kamu masih mahu meniru juga, percayalah, tanggunglah rasa bersalah seumur hidup kamu!

Mereka hanya tersenyum-senyum.

Thursday, March 4, 2010

Dunia yang luas ini... Ilmu yang luas ini...


Alah...madam... tangguh lah test tu...
Alah... madam... banyak sangat lah nak di hafal.
Alah .... maam... bagi soalan senang-senang la...
Alah... madam... kita habis kelas awal la...
Alah madam... susahnya assignment ni...

semuanya rungutan-rungutan yang basi di telinga saya. Patutkah aku bertegas saja? buat donno je lah... lembut sikitlah, nanti student benci lecturer macam aku...

macam-macam fikiran bermain di kotak yang menempatkan otak yang berharga ini.

Akhirnya,
Dunia yang luas ini, dengan jutaan ilmu yang meluas ini, tidak memerlukan rungutan-rungutan yang manja daripada kalian semua. No pain, no gains. Perlukan banyak pengorbanan untuk berjaya dan senang di masa hadapan.
Pilihlah untuk bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian. kerana buah yang manis itu datangnya daripada hasil titik peluh yang perih...

Ada paham anak-anak muridku....?

aku bukan lagi penganggur...

Yup. Alhamdulillah setelah beberapa bulan menganggur, saya akhirnya berjaya membuang gelaran terhormat itu. Kini saya sedang mengajar undang-undang di salah sebuah kolej di Bangi. Syukur, impian untuk bergelar pendidik akhirnya tercapai walaupun mengajar pelajar-pelajar kolej.

Company Law bukanlah salah satu subject yang menjadi kegemaran saya ketika masih belajar dahulu, tapi ironinya, saya mengajar subject itu kepada pelajar-pelajar di kolej itu. Hari pertama mengajar, terasa ingin berlari ke rumah Dr. Samsar untuk menuntut ilmu Company Law dan Partnership Law daripada beliau.

Saya memaksa diri setiap hari, belajar semula subject Company Law. Alhamdulillah, ingatan dan kenangan-kenangan manis terhadap subject ini menjelma semula (hehehehe). Keep on moving Fatehah! You can do it!

Monday, February 1, 2010

SOULMATE

Susah sungguh mencari soulmate. Bukan soulmate yang kategori ‘itu’ (pasangan hidup), tapi soulmate yang kategori ‘itu’ (sahabat yang serasi?’). Kadang-kadang, bila sudah lama berkawan, baru kita tahu yang itu soulmate kita, tapi, kadang-kadang baru sekejap berkawan, kita sudah tahu yang itu soulmate kita.

Sejak dari sekolah rendah, sehingga sekarang, saya punya ramai kawan Alhamdulillah… tetapi, Cuma segelintir yang serasi di jiwa.

Zaman sekolah rendah dahulu, saya punya seorang teman baik, Askidah namanya, saya tidak pernah berasa tidak senang bila berdampingan dengannya, malah semakin usia menginjak dewasa, perasaan happy dan senang ketika berdampingan dengannya masih sama seperti dahulu. Tidak pernah berubah. Sampai sekarang, walaupun dia jauh di mata, namun, saya masih berharap agar diberi kesempatan untuk bertemu dengannya.

Zaman sekolah menengah, saya berkenalan dengan beberapa lagi teman baik. Azuwa, Atiqah, Diyana, Nadhilah, Lela, Eja, ramai lagi. Terutamanya yang sebaya dan seangkatan dengan saya. Mereka semua soulmate saya. Mereka semua yang mewarnai suka duka kehidupan saya ketika berada jauh di perantauan. Mana mungkin saya bisa melupakan mereka. Sehingga ke hari ini, hati saya pasti akan berasa sakit setiap kali terkenangkan mereka dan segala-galanya yang berkaitan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Sepertimana kata-kata saya dalam esak tangis ketika hari terakhir yang memisahkan saya dengan mereka, “sampai mati pun aku takkan lupa…”. Ya, saya tidak akan lupa insyaallah, kerana 5 tahun bersama mereka dan sekolah itu, banyak membentuk peribadi saya menjadi lebih baik. 5 tahun itulah antara tahun2 terbaik sepanjang hidup saya.

Melangkah ke alam Matrikulasi, suka duka saya dikongsi bersama nama-nama ini, Isnaini, Dayah, Ruby, Syifa, Diana, Nina. Saya terlalu merindui mereka.

Ketika menginjakkan kaki ke UIAM. Lebih banyak cabaran yang datang. Lebih ramai teman, namun hanya sedikit yang memahami dan mendorong. Kadang-kadang, ada antara mereka yang menikam dari belakang. Agaknya, usia yang telah dewasa memahirkan manusia dengan permainan-permainan duniawi. Teman-teman saya ketika di matrik masih menjadi soulmate saya, ditambah lagi dengan beberapa nama. Reena pink, Alin, Cumi, ramai lagi. Yang terakhir, ialah Kak Za. Insan ini banyak menemani saya meniti hari-hari terakhir di UIAM. Kami berkongsi banyak perkara. Saya senang berada berdampingan dengannya, sehingga detik ini, saya sering teringatkannya. Semoga ukhuwah kita semua berkekalan selamanya… aameen…

Sunday, January 17, 2010

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad


“Apa namanya?”

“Taqiyuddin Ahmad Sowell…”

“Kenapa Ahmad di belakang, bukan di hadapan?”

“Kunonya nama”

“Macam Ahmad Albab je… Dahla kuat menangis budak ni.”

Ya, cakaplah apa sahaja, memang itulah namanya cahaya mata kedua kami. Suami saya yang menamakannya. Saya akur dan setuju sahaja dengan pilihan suami. (Isteri solehah, huhu). Nama memainkan peranan penting, saya sedari itu dari dulu. Biarlah orang berkata apapun tentang namanya. Biarlah anak-anak saya tidak punya nama Daniel, Danish, atau apa-apa sahaja nama moden yang sedap didengar, yang penting, namanya mempunyai maksud yang baik, di ambil sempena nama tokoh Islam yang banyak berjasa – Ibn Taymiyyah. Seperti mana nama anak sulung saya, Muhammad Idris, sempena nama sebenar Imam Syafi’e.

Andai suatu hari nanti anak-anak saya bertanya, “mama, kenapa nama kami agak kuno? Kawan-kawan kat sekolah semua punya nama yang best2…”

Saya punya jawapan yang bisa saya luahkan sambil tersenyum…

“Sayang…nama-nama anak-anak mama dan abah, adalah antara nama yang terbaik di dunia. Nama tokoh-tokoh Islam, Imam Syafi’e dan Ibn Taymiyyah… yang perjalanan hidup mereka dihabiskan demi Islam. Agar generasi-generasi yang seterusnya bisa mendapat manfaat dari setiap titik peluh perjuangan mereka. Semoga Kalian juga mencontohi mereka, menjadi anak-anak dan hamba Allah yang soleh dan berguna untuk Islam.”

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad… bakal Mujahid Islam suatu ketika nanti, Aaameen..

Aku Penganggur...

Lagu Allayarham Sudirman yang amat sesuai dgn situasi diri saya kini. Dgn bangganya saya mengisytiharkan diri saya sebagai seorang penganggur (dramatiknya!). Ramai yang ‘suka’ bertanya tentang status saya, “dah keje ke blom?”, antara soalan mereka yang amat mengambil berat. “Biar betol?!!!” antara respon mereka yang mengambil berat.

Saya masih mencari-cari hikmah di sebalik gelaran penganggur terhormat ini. Adalah beberapa hikmah yang berjaya saya kutip daripada gelaran ini. Walaupun kadang-kadang hati terguris dengan beberapa komen melampau, namun saya sedapkan hati saya dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Ya Allah, Ya Razzaq, Bukannya aku tidak berusaha… aku sudah berusaha sedaya yang termampu, namun Engkau belum mengizinkan aku untuk bekerja. Mungkin ada orang yang lebih memerlukan pkekerjaan-pekerjaan yang ku pohon itu. Mungkin juga kerja-kerja itu tidak sesuai denganku, Kau lebih mengetahui Ya Allah… Kerana Kau sentiasa mendengar doa hamba-hambaMu, dan pintaku, agar Kau sentiasa mentakdirkan yang terbaik buatku… Aaamin…