Search This Blog

Monday, September 27, 2010

Mencari Mawar Berduri



Semalam, saya melalui jalan-jalan yang biasa saya lalui untuk ke kelas. Biasalah bertemu dengan students and all their greetings. itu adalah rutin biasa. Tetapi semalam, saya bertemu dengan sesuatu yang agak luar biasa. Apa yang luar biasa sangat tu? Jeng jeng jeng...

Okay, mungkin bg sesetengah orang, ini bukan benda luar biasa, ini biasa biasa sahaja. Tapi, ini pandangan saya sebagai seorang Muslimah, sebagai seorang WANITA. Hargai pandangan saya...

Apa yang berlaku ialah, dua orang pelajar perempuan duduk berdepan di atas bangku taman. salah seorang daripada mereka duduk membelakangi laluan ke kelas. Saya bukanlah terlalu baik hingga mahu membuka keaiban kaum sendiri, tetapi, sebagai peringatan kita bersama. betapa dunia sudah hampir kepada kehancuran. Bila dosa itu dilakukan tanpa ada sebarang perasaan segan mahupun malu kepada pencipta. tidak ada sebarang kegentaran dalam hati HAMBA yang melakukan dosa.

Pelajar tersebut memakai seluar jeans yang terlalu ketat dan terlalu rendah sehinggakan nampak garisan punggung di belakang, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan, nampak sebahagian punggung BELIAU .astaghfirullahalazim.... tersirap darah saya melihatnya. Alhamdulillah, Allah masih beri keberanian untuk saya menegur kekhilafan itu. LAntas si gadis menarik seluar jeans BELIAU ke atas dengan wajah yang tersipu-sipu malu. Mahu sahaja saya berteriak, MALU PADA ALLAH! BUKAN PADA SAYA!

Biasa bukan kisah ini? TApi adakah kisah ini biasa pada pandangan ALLAH??? Betapa susahnya mencari MAWAR BERDURI.

Sudah sedikit muslimah yang yang memelihara diri dari fitnah-fitnah dunia. Saya masih ingat, seorang lelaki pernah menceritakan kisah perbualan antara dia dan beberapa orang rakannya. salah seorang daripada mereka ialah berbangsa India. Bukan tujuan saya membandingkan bangsa, tetapi, mahu menunjukkan betapa bangsa yang bukan muslim pun menghargai si MAWAR BERDURI.

ArRajul 1 : Berapa kategori perempuan pada ko?

ArRajul 2 : Ada 3.

ArRajul 3 : Kenapa 3?

ArRAjul 2:
Yang pertama ialah perempuan yang tidak menjaga dirinya sendiri, meletakkan maruah lebih rendah daripada binatang. Yang berbangga dengan keaiban diri sendiri, yang berbangga dengan pujian2 nafsu, yang bertuhankan keseronakan dunia, yang bertuhankan pandangan nafsu lelaki. Perempuan seperti ini aku kategorikan sebagai BETINA. Maaf sebut, tapi, perempuan yang tidak ada harga diri sebenarnya lebih teruk daripada perkataan BETINA itu sendiri, sebab BETINA itu merujuk kepada jantina binatang.

ArRajul 4 : Yang ke dua?

ArRAjul 2:
YAng kedua ialah perempuan yang biasa-biasa sahaja, yang sering kita lihat di mana-mana sahaja, mereka biasa bergaul dengan mesra dengan jantina yang sama mahupun jantina yang berlainan, mereka tidak terlalu sempurna dalam menutup aurat mahupun dari segi malu. Pergaulan mereka masih agak tidak terbatas walaupun tidak bebas. Perempuan ini aku kategorikan sebagai PEREMPUAN.

ArRajul 3: YAng ketiga?

ArRajul 2 : Yang ketiga ialah my Wife.

ArRajul 4: Selain dripada wife u la..... your wife memanglah perfect, becoz you love her so much.

ArRAjul 2:
Ciri-ciri yang ketiga itulah yang kita mahu banggakan dengan menyebut my wife. Bukan nak banggakan dia, tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah, tidakkah kita bangga bila wanita yang baik2 itu boleh kita sebut dengan bangganya sebagai MY WIFE? itu impian semua lelaki kan? MAhu mencari MAWAR BERDURI sebagai isterinya. Kita mendapat wanita muslimah yang terpelihara sebagi penjaga kita, sebagai cahaya untuk syurga rumahtangga kita? Wanita ini ialah dia yang ku panggil WANITA.

The Indian Boy says: Yeah true. i agree with you.

So, kesimpulannya... WAHAI WANITA, MARILAH KITA SEMUA BERUSAHA UNTUK MENJADI MAWAR BERDURI. WANITA SEMPURNA YANG DICINTAI LELAKI YANG LAYAK UNTUKMU, JUGA WANITA SEMPURNA YANG DICINTAI ALLAH....

Monday, September 20, 2010

Aku cinta padamu.

Renungan mataku sayu menatap wajah sucinya...
bersih dan jernih....
langsung tiada noda...
Hatiku tertanya...
apakah aku yang akan mencemari hatinya dengan noda-noda hitam kelak...
Pintaku, semoga Allah memeliharamu...
Kerana dikau terlalu suci...
Kerana dikau terlalu istimewa...
Kerana dikau terlalu menyayangiku...
Semoga cintaku terhadapmu tidak jauh dari pandangan kasihNya di sana...
Semoga aku tidak tersilap langkah dalam memimpin tanganmu yang suci itu...
Allah bersamamu anakku sayang.......

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad... Terima kasih kerana memanggilku mama.

Sunday, September 19, 2010

Ada apa Pada Bangsa? ( By Zauji)


Full View
Bangsa pada Perspektif Islam
...






Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pujian kepada Allah dengan peluang Ramadhan yang diberikan kepada kita dan selamat hari raya fitri kepada semua. Semoga tarbiyyah di bulan Ramadhan dapat memberikan kita semangat untuk terus memahami Islam dan menyebarkan Islam serta menegakkan hukum hakam Islam di muka bumi Allah ini. Di raya yang lepas apabila ku melihat insan yang sudah lanjut usia mereka aku sayu mengenangkan diri yang akan suatu hari nanti tiba pada usia yang sama di mana fizikalku akan uzur. Persoalan yang bermain di fikiranku apakah yang sudah aku lakukan untuk Islam dan untuk ummah ini? Ia menjadikan aku terus meninggikan tekad untuk membuat sebanyak mungkin untuk Islam dan ummah ini. Walaupun diri ini sibuk dengan kerja harian, aku nekad untuk memulakan
sedikit demi sedikit sumbangan yang aku mampu hingga suatu hari nanti aku dapat menggunakan sepenuh masaku, hartaku dan tenagaku untuk ummah ini. Di antara sumbangan yang kini mampu aku berikan adalah perkongsian ilmu dan info Islam dengan semua kenalan dengan harapan makin ramai yang berminat untuk memahami Islam, hidup dengan Islam dan menyebarkan Islam.

Info kali ini ingin ku sentuh mengenai bangsa. Aku sangat memandang penting isu ini kerana suasana hidup di negara ini amat memerlukan kepada pandangan Islam yang adil pada isu ini tambahan pula baru-baru ini isu kata-kata Tuan Guru Nik Aziz telah dibangkitkan oleh orang yang kurang arif tentang Islam. Tuan Guru berkata "Di dalam Islam tiada mana-mana bangsa dominant. Saya menerima jemputan ceramah sebagai Muslim dan bukan sebagai melayu. Saya tidak berbangga menjadi Melayu kerana Melayu itu hanya satu yang automatik kejadian Allah".

BANGSA

Isu bangsa amat berat di negara ini terutama di kalangan mereka yang berbangsa melayu. Masing-masing amat bangga dengan bangsa keturunan mereka hingga ada keluarnya pepatah seperti "takkan Melayu hilang di dunia". Bunyinya angkuh dan adalah pepatah yang tidak pernah kusukai sejak dahulu. Bangsa di dalam Islam tidak lebih dari sekadar wacana perhubungan sosial manusia. Bangsa digunakan untuk mewarnai kehidupan manusia di mana dengan adanya pelbagai bangsa maka adanya pelbagai bahasa dan budaya. Ia menceriakan kehidupan manusia kerana dapat berkenalan dengan pelbagai sosio budaya.



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain)
(Al-Hujrat:13)

Ayat di atas jelas menunjukkan pendirian Islam bahawa kepelbagaian bangsa dan puak tidak lain dan tidak bukan hanya wasilah untuk perkenalan dan bagi mewarnai kehidupan manusia dengan pelabagai sosio budaya.

Namun ianya tidak boleh dijadikan asas untuk pentadbiran negara, undang-undang negara, atau polisi pentadbiran sehingga satu-satu bangsa atau puak dilebihkan daripada bangsa dan puak yang lain. Tidak boleh dibezakan bangsa atau puak kerana Islam memandang bahawa semua Muslim adalah sama bersaudara. Pada surah yang sama di atas ayat 10, Allah menjelaskan tali persaudaraan Islam:

"sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"


Di dalam Islam, semua manusia beragama Islam tanpa mengira bangsa adalah sama dan bersaudara. Allah hanya membezakan dari segi taqwa dan itu pun hanyalah untuk Allah menilai. Tidak boleh mana-mana bangsa mendakwa mereka lebih hebat daripada bangsa yang lain apatah lagi mengenepikan hak insan lain hanya kerana dia berbangsa atau daripada puak yang berbeza. Apatah lagi menyakiti saudara seagama dengan kita. Rasulullah berkata bahawa seorang Muslim adalah saudara sesama mereka dan tidak boleh dizalimi saudara mereka, tidak boleh menyerahkan kepada musuh, tidak boleh mengecilkan mereka (merendah-rendahkan mereka) dan tidak boleh menghinanya (riwayat Imam Muslim).

Mereka yang mengajak kepada membanggakan bangsa sendiri dan memperkecilkan bangsa lain dikenali sebagai sifat asabiyyah dan ianya adalah perbuatan yang tercela di sisi Islam. Rasulullah bersabda sepertimana diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa tidak tergolong dalam golong Muslim mereka yang mengajak kepada asabiyyah, berperang (atau berjuang) kerana asabiyyah dan mati atas dasar asabiyyah.

Maka jika Islam menolak asabiyyah atau fanatik bangsa, adakah boleh kita menerima ideologi kebangsaan seperti menubuhkan politik bangsa? Bolehkah kita menerima undang-undang yang menaikkan satu-satu bangsa dan mengenepikan bangsa yang lain? Bolehkah kita menerima polisi yang melebihkan satu-satu bangsa dan mewujudkan sekatan/had kepada bangsa yang lain?

Dr.yusof Qaradhawi menukil dalam buku beliau Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan:

"Semua ideologi yang bertentangan dengan ideologi Islam tidak dibenarkan untuk wujud serta mempengaruhi masayarakat Islam. Akar umbi (ideologi asing yang bercanggah dengan Islam) mestilah dicantas agar tidak tumbuh.......Bertolak daripada ini, masyarakat Islam kini wajib membebaskan diri daripada kelampauan hasutan asabiyyah perkauman/bangsa atau kenegerian yang telah menyelinap masuk ke dalam kehidupan masayarakat Islam dan merampas tempat persaudaraan Islam serta kesatuan Islam. Mereka sewajarnya menetapkan sikap/ideologi ini sebagai musuh."

Aku teringat ketika di UIA apabila orang Melayu bercerita tentang warga luar. Mereka mengutuk dan menghina mereka dari luar secara general atau am hanya kerana seorang dua yang membuat silap. Pernahku tanya "pelajar melayu pun ramai yang tak beretika dan buat masalah". Jawapan mereka padaku cukup memanaskan hati dan telinga. "orang kita takpe la kerana ni negara kita". Aku hanya menjawab "bukankah ni bumi Allah? silap tak kenal bangsa atau negara". Mereka berkata bukan kerana bencikan kesalahan yang dilakukan manusia tetapi benci pada bangsa asing.

Parti yang bertunjangkan bangsa tidak menepati kehendak Islam dan tidak boleh diperjuangkan oleh mereka yang beragama Islam. Parti atau pergerakan Islam wajib terbuka pada semua orang Islam tanpa mengenal bangsa. Tetapi ini tidak terjadi di negara kita maupun kebanyakan negara luar. Lihat sahaja cina atau India Muslim. Mereka terpaksa membuka pergekaran sendiri kerana tiada ruang untuk mereka membela Muslim berbangsa mereka. Orang Cina tidak diberi ruang untuk menjadi imam di kebanyakan Masjid dan surau walhal ramai yang hafiz Al-Qur'an. Pernah di UIA ada orang sibuk berkata kenapa tidak diambil Imam melayu sahaja untuk solat tarawikh. Apakah Imam masjid itu ditetapkan Melayu oleh Al-Qur'an dan Sunnah? Aku tidak berkata Imam melayu tidak bagus, tetapi kenapa wajib Melayu dan kenapa tidak dibukakan kepada sesiapa yang terbaik tanpa mengenali bangsa?

Pernah aku berdebat dengan insan yang sibuk berkata Melayu itu Islam. Aku menolak kata-kata ini kerena Islam itu bukan bangsa dan bangsa itu bukan Islam. Salah bagi mereka yang berkata Melayu itu Islam, kerena belum tentu Melayu itu Islam. Tambahan pula Melayu wujud sebelum Islam tiba di tanah ini. Tidak pernah dalam Qur'an maupun sunnah yang mengatakan Melayu itu Islam. Atas fakta apa yang nak dikatakan Melayu itu Islam? Perkataan seperti ini seperti mengenepikan bangsa lain.

Berapa banyak polisi di negara kita seperti polisi bumiputera yang besifat asabiyyah yang tidak bertepatan dengan Islam. Contohnya hanya beberapa peratus bantuan pendidikan dan bantuan kewangan diberikan kepada bukan bumiputera. Anehnya ia disokong oleh ramai dengan alasan bahawa bangsa bumiputera ini masih mundur. Adakah bumiputera sahaja yang mundur? Bagaimana dengan bukan bumiputera yang miskin dan masih mundur di tepi desa? Kenapa tidak dibantu semua dengan memberikan kepada semua? Kenapa perlu diberi peratusan kepada bukan bumiputera? Jika Islam dilaksanakan, semua akan dilayan dengan sama tanpa mengenal bangsa. Jika yang fakir itu cina, maka dialah yang akan dibantu. Jika yang fakir itu melayu, maka dialah yang akan dibantu.

Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz adalah tepat dengan Islam. Mereka yang mengeluarkan pandangan membantah kata-kata ini dengan alasan membangkitkan kemarahan orang Melayu adalah salah. Apa yang dikatakan Tuan Guru bukan mengecilkan bangsa Melayu tetapi beliau hanya berkata bahawa dalam Islam semua bangsa adalah sama dan tidak boleh mana-mana bangsa membanggakan bangsa mereka. Orang Melayu tidak boleh mengatakan bahawa mereka punyai hak yang lebih dari bangsa lain. Begitu juga bangsa lain hatta orang Arab tidak boleh mengatakan mereka lebih mulia daripada mana-mana bangsa. Semua bangsa adalah sama dan wajib disisi Islam untuk diberikan hak yang sama jika diperintah oleh pemerintahan Islam.

Islam untuk semua dan hidup ini adalah untuk semua.




Tuesday, September 14, 2010

HARI RAYA KU... dosa tanpa sedar...


Eidul Fitri menjengah kini setelah sebulan Ramadhan menghiasi diari kita sebagai muslimin dan muslimat...

Tapi, seperti namanya, Hari Kemenangan, betulkah hari raya ini adalah hari kemenangan buat kita umat islam sekalian????

Kenapa muncul persoalan ini?

kerana, setiap kali berakhirnya episod Ramadhan yang penuh barakah, kita menghiasi Hari Raya pertama kita dengan dosa yang tidak disedari.

What? Apa dosa itu?

Bersalaman....

Bagaimana dengan hanya bersalaman kita mencari redha manusia di sebalik kemurkaan Allah...?

Lancang sungguh mulut berkata2!

Benar, sesungguhnya benar, setiap kali Eidul Fitri, kita perlu bersalaman dengan saudara2 rapat, jauh, dekat, tua, muda, separuh usia, separuh abad, separuh dekad, lelaki, perempuan, mahram, bukan mahram. Samada kerana TERPAKSA KERANA MAHU MENJAGA HATI MEREKA ataupun kerana KERELAAN KITA kerana itulah BUDAYA KITA.

Saya bukanlah manusia yang sempurna imannya serta agamanya sehingga saya berani menulis seperti ini. ini adalah teguran buat diri saya sendiri, betapa sukarnya menolak permintaan salam daripada saudara2 ini...

Setakat ini, walaupun mata Mak sedikit menjeling kerana tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan keluarga sebelah sana, tetapi saya tahankan hati, biarpun saya tahu ada hati2 yang terguris. Mungkin ada yang mengatakan saya sombong, tetapi...

JANGAN KAMU MENCARI REDHA MANUSIA DI SEBALIK KEMURKAAN ALLAH...

alhamdulillah... ungkapan ini lebih mengganggu saya daripada hati2 mereka yang terguris, dan jelingan2 mata mereka yang tidak senang dengan saya.

"Salam je... bukannya orang lain, sedara jugak..." NO WAY!!!

Semoga Allah tetap menguatkan hati saya untuk bermujahadah walau hanya sekecil2 jihad ini.

Saya masih teringat, beberapa bulan lalu apabila mantan perdana menteri Pak LAh, menghulurkan tangan kepada saya dalam satu seminar di KL, saya menyembunyikan tangan di sebalik blazer sambil tersenyum kepada beliau. Alhamdulillah, beliau faham, dengan lembut beliau kata, "takpa2..." then he just leave. alhamdulillah... semoga kekuatan dan orang2 yang memahami seperti beliau sentiasa ada Ya Allah...

Saya bukan manusia yang cukup sempurna,

bukan juga manusia yang terlalu baik,

saya masih mencari2 kekukuhan mujahadah untuk diri sendiri. Masih mencari2 kesucian Iman untuk diri sendiri... semoga entry ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita, semoga ia sentiasa menjadi peringatan buat saya, yang amat hina ini Ya Allah...

Sunday, August 8, 2010

mencari kekuatan untuk ramadhan.


Salam...
Alhamdulillah, ramadhan bertamu kembali.
Persoalan setiap kali berakhirnya episod ramadhan pada setiap tahun ialah... hidupkah lagi aku pada ramadhan yang akan datang?
Allah... semoga aku masih bernafas pada ramadhan kali ini... Aaamin...

Mencari kekuatan untuk ramadhan? mengapa sebegitu sekali soalannya.
"Alah, macam tak pernah puasa plak nak cari2 kekuatan macamtu, poyolah!"
"Kenapa nak cari kekuatan pula, bunyi tu macam seolah2 ramadahn tu ujuian besar je, macam sesuatu beban je..."

antara dialog yang agak menusuk kalbu, respon kepada soalan itu.

Ya. kenapa mencari kekuatan untuk ramadhan?

Bukan kerana aku melabelkan ramadhan itu sebagai sesuatu bebanan, bukan juga kerana aku melabelkan ramadhan itu sebagai sesuatu yang tak sanggupku tempuhi, tetapi...

Ramadhan... aku perlukan kekuatan agar aku tidak tunduk pada godaan nafsu2 jahat.
Pelihara lidah aku ya Allah, agar aku tidak membuat dosa daripada pancaindera yang kau pinjamkan ini, agar tiada hati-hati yang sakit kerananya, agar tiadalah aku memakan daging saudaraku sendiri pada bulan penuh barakah ini....

Ironinya bagi setiap insan, kita berpuasa dan dalam masa yang sama kita meratah daging saudara kita sendiri...naudzubillahi min dzaalik...

Selama ini, mujahadah ini terlalu kuat untuk tidak tergolong dalam golongan itu, tetapi...

....telingaku?

saban hari dicemari dengan kisah-kisah keaiban si anu binti si anu, si polan bin si polan. Sukarnya ya Allah!

Peliharalah telingaku daripada dosa-dosa itu juga ya Allah...

Berilah kami semua kekuatan untuk RAmadhan Ya Allah...

Jauhkanlah kami daripada segala penyakit mazmumah. Dekatkanlah kami dengan mutiara mahmudahMu Ya Khaliq...

Dan, Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku bisa cergas membebel di dalam kelas, seperti selalu. Amin.....

Wednesday, July 7, 2010

Inspirational............ i like this.


While waiting to pick up a friend at the airport in Portland, Oregon, I had one of those life-changing experiences that you hear other people talk about -the kind that sneaks up on you unexpectedly. This one occurred a mere two feet away from me. Straining to locate my friend among the passengers deplaning through the jetway, I noticed a man coming toward me carrying two light bags.

He stopped right next to me to greet his family. First he motioned to his youngest son (maybe six years old) as he laid down his bags. They gave each other a long, loving hug. As they separated enough to look in each other's face, I heard the father say, "It's so good to see you, son. I missed you so much!" His son smiled somewhat shyly, averted his eyes and replied softly, "Me, too, Dad!"

Then the man stood up, gazed in the eyes of his oldest son (maybe nine or ten) and while cupping his son's face in his hands said, "You're already quite the young man. I love you very much, Zach!" They too hugged a most loving, tender hug.

While this was happening, a baby girl (perhaps one or one-and-a-half) was squirming excitedly in her mother's arms, never once taking her little eyes off the wonderful sight of her returning father.

The man said, "Hi, baby girl!" as he gently took the child from her mother. He quickly kissed her face all over and then held her close to his chest while rocking her from side to side. The little girl instantly relaxed and simply laid her head on his shoulder, motionless in pure contentment.

After several moments, he handed his daughter to his oldest son and declared, "I've saved the best for last!" and proceeded to give his wife the longest, most passionate kiss I ever remember seeing.

He gazed into her eyes for several seconds and then silently mouthed. "I love you so much!" They stared at each other's eyes, beaming big smiles at one another, while holding both hands. For an instant they reminded me of newlyweds, but I knew by the age of their kids that they couldn't possibly be.

I puzzled about it for a moment then realized how totally engrossed I was in the wonderful display of unconditional love not more than an arm's length away from me.

I suddenly felt uncomfortable, as if I was invading something sacred, but was amazed to hear my own voice nervously ask, "Wow! How long have you two been married?" "Been together fourteen years total, married twelve of those." he replied, without breaking his gaze from his lovely wife's face. "Well then, how long have you been away?" I asked the man finally turned and looked at me, still beaming his joyous smile."Two whole days!"

Two days? I was stunned. By the intensity of the greeting, I had assumed he'd been gone for at least several weeks - if not months. I know my expression betrayed me, I said almost offhandedly, hoping to end my intrusion with some semblance of grace (and to get back to searching for my friend), "I hope my marriage is still that passionate after twelve years!"

The man suddenly stopped smiling. He looked me straight in the eye, and with forcefulness that burned right into my soul, he told me something that left me a different person. He told me, "Don't hope, friend... decide!" Then he flashed me his wonderful smile again, shook my hand and said, "God bless!" With that, he and his family turned and strode away together.

I was still watching that exceptional man and his special family walk just out of sight when my friend came up to me and asked, "What'cha looking at?" Without hesitating, and with a curious sense of certainty, I replied, "My future!"

Thursday, July 1, 2010

GAZA YANG HEBAT ITU.


Dalam kemeriahan masyarakat dunia meraikan pesta bola sedunia (worldcup), dunia seolah-olah terlupa yang dunia masih ada isu yang lebih besar untuk diambil perhatian dan tindakan.

GAZA.

Ya, nama yang cukup sering didengar saban waktu.
Hatta sebelum berlangsungnya worldcup yang menyebabkan kegilaan itu, telah berlaku satu insiden (atau lebih tepat kita sebut sebagai jenayah antarabangsa!) . Insiden serangan ke atas kapal-kapal antarabangsa yang membawa bantuan kepada rakyat Palestin daripada Yahudi Laknatullah forever itu.

Seluruh dunia turut serta dalam bantahan terhadap ZIONIS LAKNATULLAH FOREVER itu. Namun, yang jelasnya, keberangan masyarakat dunia berubah sekelip mata selepas kemunculan WORLDCUP yang tidak lama selepas insiden itu.

Saya pun sedikit terasa. kerana pada mulanya, saya juga turut menyertai kegilaan Worldcup ini. Tetapi, ALhamdulillah, tersedar setelah membaca beberapa penulisan, bahawa isu Palestin ini masih belum selesai. PENGANIAYAAN terhadap mereka masih memerlukan PEMBELAAN. Namun kita leka.

Meski mereka akan terus teraniaya sedemikian rupa, kita juga WAJIB terus memainkan peranan membela mereka. KERANA WUJUDNYA PALESTIN ITU SEBAGAI SATU TANGGUNGJAWAB YANG MENGUJI KITA.