"Mama memang tak sayang Muhammad!" Tempik si Muhammad setelah saya melarang dia dari bermain permainan komputer. Alahai anakku... sudah semakin pandai memberontak menggunakan kata-kata. Kata-kata dari anak yang sekecil 6 tahun ini pun sudah cukup membuatkan hati saya luluh. Bagaimana pula andai kata-kata ini (malah lebih kasar) dituturkan oleh anak yang lebih dewasa?
Macam mana pula mama tidak sayangkan Muhammad kalau sudah perut nipis ini yang mengandungkan kamu selama 8 bulan (Muhammad lahir tidak cukup umur). Selepas sakit dua hari pada hari raya puasa akhirnya melahirkan kamu sendirian tanpa abah disisi kerana abah berada di tempat lain, dan kelahiran kamu belum dijangka?
Bagaimana pula mama tidak sayangkan Muhammad sedangkan Muhammad lah manusia pertama yang benar-benar mengajar mama tentang tanggungjawab dan cinta tanpa syarat? Ketika pelajar-pelajar lain bertungkus lumus menumpukan perhatian untuk pelajaran dan peperiksaan, mama turut bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sambil tangan kiri mendodoikanmu?
Bagaimana pula mama dikatakan tidak menyayangi sedangkan kamu lah permata hati pertama mama dan abah yang sentiasa menjadikan mama kuat dan meneroka pengalaman baru seiring p
ertambahan usiamu?
Bagaimana pula mama tidak menyayangimu sedangkan kamu lah guru terbaik yang sentiasa mengajar mama supaya sabar walaupun caranya ialah dengan berhadapan kenakalan kamu?
Muhammad... Muhammad... besar sungguh harapan mama untuk melihat kamu menjadi manusia berjaya di mata Allah!
Inilah legasi ilmu buat kalian, anak-anakku...segalanya kumuatkan di sini, ambillah segalanya yang membuahkan ilmu, tinggalkan segala yang buruk, jadikanlah sempadan... moga kalian akan lebih mengenaliku melalui tulisanku. Berdirilah dengan kalimah TAUHID!
Search This Blog
Thursday, September 26, 2013
Monday, July 22, 2013
Tanpa tajuk...
Salam,
Macam misteri tajuk post yang 'tanpa tajuk'. Haha. Serius. Meneruskan dan mengistiqamahkan amalan berblog memang payah. Huhu.
Sekian lama saya meninggalkan ruang ini, kini saya kembali lagi. Tanpa sebarang coretan spesifik, hanya mahu bertanya khabar kepada teratak ummuidris yang sudah lama membisu. Sebisu diri saya yang kadang-kadang jadi bosan dengan rutin hidup sehari-hari. Tiada yang surprise. Mungkin saya perlukan percutian? Mungkin.
Tapi, hati terdetik juga, rutin hidup yang membahagiakan macamni pun, taknak bersyukur? Nak dibandingkan dengan nasib ummah di tempat lain, akulah insan paling bahagia sebenarnya. Malu jika mahu dibandingkan dengan saudara kita di Syria, Palestin, Mesir, dan sebagainya.
Saya teringat petikan kata-kata yang entah dari mana pernah saya temui,
"manusia, kalau diberi segunung emas, pasti dipintanya lagi segunung kerana berasa tidak cukup. Namun, bila diberikan segunung lagi, dilihatnya pula segunung permata, pasti dimahukan pula gunung permata tersebut."
Naudzubillahimindzalik.... Moga Allah jauhkan kita semua dari sifat ini. Fitrah kita, memang tak pernah cukup. Ubatlah dengan kezuhudan, dan qanaah. Dunia ini lebih dari cukup buat kita sebenarnya. :) Tazkirah buat diri. Moga Allah kira ini sebagai amalan kebaikan...
Sunday, June 2, 2013
Kadang-kadang, aku ni pentingkan diri juga....
Salam...
Minggu lepas, penuh dengan pengajaran. Pengajaran yang bernilai RM200.
Mama : Anak kesian adik kau, bapa kau tidak kirim duit untuk bayar sewa rumah.
Kakak : Berapa ma?
Mama : RM200....
(ada sebab yang sangat menyesakkan dada dan menyedihkan mengapa si bapa tidak mengirimkan RM200 kepada si adik.)
... dan perbualan berterusan sehingga saya menekan punat OFF pada handphone.
Saya menyuarakan kebimbangan dan kesedihan kepada suami dalam perjalanan pulang ke rumah.
Isteri : Kasihan adik bang, macam mana dia nak teruskan pengajian?
Suami : Takpelah... bagi je lah RM 200, tak banyak mana pun....
Saya senyap. Dalam hati berkata-kata. Takkan aku yang perlu menyelesaikan semua masalah dia (adik) dari dulu sampai sekarang? Kadang-kadang perlu bagi pengajaran. Tapi kasihan pada mama, mama mengharap sangat. Sayang RM200 tu. Kena bagi pengajaran. RM 200 boleh guna untuk macam-macam hal.
Untuk beberapa ketika hati bertingkah dengan segala kerasionalan akal dan kehendak nafsu. Akhirnya pada pagi ini saya membuat panggilan telefon kepada mama... panggilan yang membuatkan hati saya tenang.
Kakak: Ma, sudah kirim RM200...
~ Kalau untuk bantu mama, untuk meringankan beban mama, tidak mengapa.... moga Allah datangkan rezeki dalam bentuk lain, yang lebih baik daripada RM200 itu. Mungkin duit belanja saya pada bulan ini berkurangan dengan minus RM200 itu, tapi tidak mengapalah, Allah itu ada, cukuplah Allah bagiku.
Thursday, May 9, 2013
Pasca PRU13, tapi ini bukan tentang politik, ini tentang kami...
Salam...
Buka mana-mana "pages", pakat-pakat sembang PRU13, pakat-pakat hentam, pakat-pakat fitnah, pakat-pakat berhujah.
Jadi sangat penat dengan semua ini, mula-mula kecewa juga dengan keputusan PRU13, tapi, selepas FB saya memaparkan beberapa 'post' yang semakin 'mengganas', maka saya kira, cukup-cukuplah.... Biar kita selesaikan dengan cara yang terbaik, jangan meroyan tak tentu hala....okay full stop.
Beberapa minggu yang lepas, saya terlibat dengan kemalangan kecil, lebih spesifik, kereta saya dilanggar lari oleh sebuah kereta ISWARA berwarna HIJAU. Menyebabkan saya kehilangan kawalan steering dan terus melanggar sebuah binaan longkang di tepi jalan.
Saga Merah mengalami kecederaan teruk pada bahagian hadapan, airbag terbuka (sakit juga kena airbag rupanya), tuan punya kereta juga mengalami kecederaan sedikit pada tubuh badan. Selainnya.... Alhamdulillah, saya bersyukur, sebab Allah masih panjangkan usia. KALAULAH saya tersasar sedikit lagi ketepi, pasti kereta saya sudah menjadi mangsa bahaman longkang besar, dan mungkin juga saya akan mengalami kederaan yang amat teruk, kerana kelajuan kereta yang pantas.
Frust dan sangat kecewa, kesal, dan macam-macam yang saya fikirkan, mulalah nak keluarkan perkataan "WHAT IF..."
Tapi setiap kali musibah melanda, pasti ada butiran hikmah yang Allah sertakan....pasti...
- Peringatan, agar saya sentiasa mengingati mati. Kemalangan yang berlaku sekelip mata pun saya boleh terkejut sangat-sangat, inikan pula kalau Allah sudah mencabut nyawa. Pasti saya akan lebih terkejut bila tiba-tiba nampak jasad sendiri terbujur kaku berbalut kain putih. "Ya Allah, kenapa aku dah mati?".
- Bersangka baik dengan Allah... Saya meminta maaf beberapa kali kepada suami ketika sedang menunggu giliran untuk membuat laporan di balai polis. Tapi suami positif kata...."Alhamdulillahi ala kulli hal..." Berterima kasih kepada Allah atas setiap perkara...
-Lebih berhati-hati selepas ini, jangan pecut macam pelumba F1.
Semoga Allah masih memberikan ruang untuk saya bernafas lebih lama, untuk berbakti kepada ummah. (PRU14 nanti! wahaha)
*** Muhammad mengalami eczema, kasihan melihat dia tergaru-garu sambil menangis menahan sakit. Saya tidak punya kuasa apa-apa untuk legakan sakitnya, losyen khas sudah disapu, namun masih kedengaran dia menangis. Lantas saya katakan kepadanya...
"Muhammad doalah kepada Allah... Ya Allah, sembuhkan sakit Muhammad ya Allah, kasihankan Muhammad, aaameen..."
Kan mama dah kata, kalau nak minta apa-apa, minta pada Allah...
~Harapnya, ini pelajaran tauhid yang berguna untuk Muhammad.
Thursday, April 18, 2013
Kalaulah politikus-politikus di Malaysia sesuci dan setulus kanak-kanak....
Salam...
Satu petang yang damai, saya bersama-sama kedua-dua anak saya, Muhammad dan Ahmad berjalan ke kedai belakang untuk membeli ais. Tiba-tiba Muhammad menjerit:
MUHAMMAD :Mama!!! Muhammad nak berak!!!
ME: Alamak! ha, jom kita balik rumah. Berak kat rumah je lah.
MUHAMMAD: Takpe, kite terus je jalan, nanti MUHAMMAD berak kat kedai je lah.
ME: Eh, tak boleh macamtu, kita balik rumah je.
MUHAMMAD: Takpe... kita jalan je, takpe, Muhammad boleh kentut ( teorinya, kalau dah kentut, tak jadilah berak).
ME: ........................................................................(kasi taruk bunyi cengkerik)......................
MORAL: Kalaulah semua politikus di Malaysia sesuci dan setulus Muhammad, senang kita nak pilih dan pangkah yang mana.
Perbualan ketika balik pula:
MUHAMMAD: Guruhlah mama, Muhammad nak doa jap.
"Ya Allah, selamatkanlah Muhammad, mama, dan adik daripada disambar petir, aaameen...."
MORAL: Nak minta sesuatu, terus direct kepada Allah, jangan mengeluh di wall FB, jangan bergantung kepada manusia, kerana Allah jualah yang mengizinkan segalanya berlaku, manusia hanya perantara...

Monday, April 1, 2013
Kisah Ultraman dan doa Muhammad kepada Allah...
Salam...
Perbualan antara Muhammad dan mama dalam kereta pagi tadi.
Mama : Muhammad nak jadi apa bila dah besar?
Muhammad : Muhammad nak jadi Ultraman boleh tak?
Mama : Muhammad nak jadi Ultraman apa?
Muhammad: Muhammad nak jadi Ultraman Zero boleh tak?
Mama : Mana ada manusia boleh jadi Ultraman.... Muhammad jadi benda lainlah.
Muhammad : Tapi Muhammad nak jadi Ultraman juga.... Bukan ke Allah boleh bagi kalau kita doa???
Mama : Muhammad doalah kat Allah kalau macamtu.
Muhammad : Nak doa macam mana mama? Muhammad tak reti.
Mama : Muhammad doalah... Ya Allah, jadikanlah Muhammad macam Ultraman Zero, yang baik, yang kuat, yang suka menolong orang dalam kesusahan, yang menentang kejahatan... Macam Khalifah Umar....
Muhammad : .....Aaaameeen....
Imaginasi kanak-kanak, memang tinggi, layankan jelah.... tapi biar dengan cara berhemah.
***** Dahagakan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menjadi ibu yang terbaik. Moga saya sentiasa boleh menjadi ibu yang terbaik disebalik kegarangan yang semakin menjadi-jadi... HHaaaiiiHhhhH!!

Sunday, March 31, 2013
Mimpi yang HORROR!!!
Salam...
Semalam saya bermimpi sesuatu yang amat menyeramkan!!! Ada satu tulisan berwarna merah terang yang berbunyi "BILA NAK UPDATE BLOG??!!!!".
sejurus saya terus tersedar. Hai.... macam manalah agaknya sampai termimpi-mimpi ni. Saya sedar, blog ni sudah beberapa kali digantung tak bertali. Agak-agaknya suara hati siapalah yang masuk ke dalam mimpi saya semalam... hehe.
Banyak sangat idea yang terbengkalai sahaja di dalam otak saya, entah bila akan dituai hasilnya di sini. Maaf bagi sesiapa yang rajin menjengah ke laman ini. Insyaallah bila dah ada semangat dan mood, saya akan update.
Jangan hantar mimpi buruk itu lagi!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)