Search This Blog

Thursday, February 24, 2011

Mama cakaplah elok-elok...


Sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja pagi tadi, ada beberapa kali kereta berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah. Biasalah, pagi-pagi, kereta berlapis kanan dan kiri. Sambil menunggu, mata saya melilau ke kereta sebelah kiri saya. Seorang ibu dengan wajah yang serius (atau bosan?) sedang memandang kosong ke hadapan, manakala, di sebelahnya seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur sekolah rendah sedang becok bercerita dengan pelbagai reaksi.

Pemandangan yang biasa. Namun saya terkilan kerana si ibu tidak memberikan walau sedikit pun respon terhadap cerita si anak itu. Sejenak saya terus bermuhasabah diri. Adakah aku juga seperti itu? Tidak memberikan respon kepada anak-anak ketika mereka sedang berusaha menghabiskan masa berkualiti bersama saya yang hanya muncul di mata mereka pada pukul 6.30 petang setiap hari.

saya merasakan kesayuan melihat si ibu yang langsung tidak menghargai cerita si anak. Saya bertekad pada diri, saya tidak mahu melayan anak saya seperti itu. Namun, seperti biasa, bertekad itu mudah, yang payahnya ialah bagaimana untuk melaksanakan tekad itu.

Saya tertanya-tanya, berapa kalikah saya mengecilkan hati anak saya yang berusaha meminta perhatian saya dengan cerita-cerita dan pertanyaannya tetapi saya balas dengan respon yang endah tak endah sahaja. Keletihan bukan alasan. Ini masa untuk mereka. Masa untuk mendidik dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak selepas seharian berkerja meninggalkan anak-anak. Anak sulung saya sering menegur saya sekiranya pertanyaannya saya jawab dengan jawapan sependek "hmmmm" sahaja.

"MAMA, CAKAPLAH ELOK-ELOK"

Alhamdulillah, saya tersedar dengan teguran itu. Saya bersyukur kerana Allah menurunkan peringatan kepada saya melalui teguran si kecil itu.


Payahnya menjadi seorang ibu. Apatah lagi seorang ibu yang berkerjaya. terlalu banyak kebimbangan mengenai perkembangan anak menyerang diri. Namun, saya bertekad. Insyaallah mulai detik ini, saya mahu memperbaiki diri, agar menjadi seorang ibu yang layak dipanggil MAMA.

Buat anak-anakku, Muhammad Idris Sowell, Taqiyuddin Ahmad Sowell (and my future children huhu) : Mama sayang kalian. MMMuah.



Monday, February 21, 2011

Cuba untuk mencintai dia separuh hati, agar kehilangannya tidak kurasai spenuhnya...


Beberapa hari yang lepas, institusi saya gempar dengan berita kematian suami salah seorang daripada staff kami. Innalillahiwainnalillahirajiun... Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Ramai antara rakan-rakan saya (termasuk saya) yang kembali berfikir untuk diri sendiri. Apa akan jadi kalau suami kami dahulu yang meninggalkan kami seperti apa yang terjadi kepada rakan kami? Sehinggalah keluar satu teori ,

'kita cuba belajar mencintai dia separuh hati agar kehilangannya tidak dirasai'.

Teori yang realitinya terlalu payah untuk dilakukan. Mana mungkin seorang isteri tidak mencintai suaminya sepenuh hati. Bahkan saya juga mencintai suami saya sepenuh hati. Sedangkan seorang suami juga tidak terlepas mencintai isterinya sepenuh hati. Rasulullah sendiri bersedih atas kematian siti Khadijah. Terlalu bersedih. Naluri yang tidak boleh disangkal.

Mungkin teori itu salah. Mungkin yang lebih betul ialah...

'sentiasalah sediakan hati untuk menghadapi musibah seperti itu. Berdoalah agar Allah sentiasa memandang kita dengan rahmatnya, memberikan kita anugerah kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi sebarang musibah...

Wahai suamiku, kau bukan milikku yang abadi. Hanya dipinjamkan sementara untukku. Andai kisah kasih kita berakhir di sini, semoga di Syurga sana penyambungnya...

Monday, February 7, 2011

kebangkitan bumi Kinanah (From Zauji)



Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Kini rakyat di bumi kinanah sedang bergelut mendapatkan kembali kemerdekaan yang telah 30 tahun hilang. Ribuan rakyat sedang berusaha untuk membebaskan erti kemerdekaan yang dipenjara oleh Husni Mubarak selama 30 tahun. Kita dari jauh berdoa agar saudara kita di Mesir selamat dan terus bersabar dan berjuang untuk memperoleh kemerdekaan dari cengkaman kuku besi. Tahniah kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi yang terus bersuara membangkitkan semangat rakyat mesir hinggakan beliau mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir yang mati dibunuh tentera/polis/penyokong Mubarak ketika menyuarakan kebenaran menentang kezaliman ketika ini di Mesir insyaallah matinya syahid.
Semoga peralihan kuasa yang akan berlaku dapat memberi sinar harapan bukan sahaja kepada rakyat Mesir tetapi rakyat Palastin. Dengan berubahnya pemerintahan Mesir, sinar harapan untuk rakyat Palastin juga mungkin cerah kerana pemisah di antara bantuan dari bumi arab dengan Rakyat Palastin terletak pada pagar sempadan Mesir.
Ya Allah, sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Engkau. Bantulah dan berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMU yang sedang berjuang menyatakan kebenaran dan menentang kezaliman di bumi Mesir dan di seluruh muka bumi Mu ya Allah.
Semoga kebangkitan ummat di bumi Kinanah akan meniupkan angin kebangkitan Islam pada seluruh ummat Islam di dunia.

Tuesday, January 25, 2011

Baru bertatih-tatih. Baru cuba melangkah.


Salam...

Kering kontang tanah di kawasan saya kerana sudah lama tidak di siram. Maaf ya pembaca-pembaca blog kerana sudah lama tuan punya blog ini tidak menulis di sini.

Saya sibuk.
sependek dan sepadat itu alasan saya.
Sibuk dengan aktiviti kuliah, sibuk dengan aktiviti otak.
Beberapa bulan yang lepas, saya ada menghantar beberapa bab awal manuskrip untuk dijadikan novel kepada sebuah syarikat penerbitan.
pada minggu lalu, saya menerima jawapan : Boleh menghantar manuskrip penuh untuk penilaian akhir kami.
Terlonjak-lonjak, terlompat-lompat!
Alhamdulillah, bagi saya ini langkah awal bagi saya. kalau Allah izinkan, maka diterimalah manuskrip saya itu.
Kalau Allah belum izinkan, cuba lagi. Sekurang-kurangnya ada langkah awal yang sudah berlaku. Seperti bayi yang baru mula belajar berjalan, jatuh tetapi bangun semula. Saya positif.
Bila difikir-fikirkan semula, Allah cukup menyayangi saya sebenarnya. Ada banyak impian dalam hidup saya yang Allah makbulkan:

Mahu biasiswa Yayasan Sabah, belajar di sekolah agama di Semenanjung: GRANTED

Keputusan cemerlang : GRANTED

Belajar di UIAM : GRANTED

Pengkhususan Undang-undang : GRANTED

Kahwin dengan orang hensem (hehe) : GRANTED

Menjadi pensyarah : GRANTED

Masih banyak lagi pemberian daripada Allah yang mengisi ruang-ruang usia hidup saya. Saya amat bersyukur.

Tidak saya nafikan, banyak juga ujian dan kegagalan yang Allah 'ANUGERAHKAN' kepada saya. Tidak mungkin segala-galanya dalam kehidupan kita manis. Tapi setiap ujian itu manis setelah kita fikirkan dari sudut hikmah.
"setitis ujian melanda, segunung kurniaannya" Pendek tetapi padat.

Bait-bait lirik nasyid ini sentiasa menjadi salah satu daripada pegangan saya. Fitrahnya manusia, setiap kali diuji, kita sentiasa mengeluh, terasa seolah-olah segala-galanya sudah berakhir. Sedangkan manusia lupa, rahmat kasih sayang dan pemberian Allah lebih banyak berbanding ujian yang diberikan. Usah fikirkan pemberian-pemberian yang nampak di mata, cukup sekadar muhasabah diri, udara yang kuhirup ini pemberian siapa? Kesihatanku ini pemberian siapa? kesempurnaan tubuhku ini pemberian siapa? Islam yang kupegang ini pemberian siapa? Nyawaku ini pemberian siapa?

Masyaallah... betapa banyaknya anugerah Allah buat kita.

Oleh itu... jangan putus asa bila diuji dengan kegagalan...

Bukankah Allah sendiri berfirman, tidak akan masuk Syurga seseorang insan itu selagi dia belum diuji?


* Muhasabah diri :)

Wednesday, December 29, 2010

Once a law student, always .....law student.


Plea bargaining to come into force soon, says Chief Justice
By Yow Hong Chieh
December 13, 2010

KUALA LUMPUR, Dec 13 — Plea bargaining will come into force “not long from now” once lawyers and judges have hammered out guidelines for its use in court, the Chief Justice has said.
“The guidelines are being drafted now. The Bar Council, the A-G (Attorney-General) and the courts are sitting together to draw up the guidelines,” Tun Zaki Azmi (picture) told reporters here at the Second Annual Conference of the Council of Judges in Malaysia.
“This will be implemented not long from now... With this, we hope more people will plead guilty instead of going for trial.”

Zaki, however, declined to say when exactly plea bargaining will take effect, saying it was up to the A-G to decide.

Amendments to the Criminal Procedure Code allowing plea bargaining were given royal assent on June 2 and gazetted on June 10.

An accused who plea bargains may not be sentenced to more than half the maximum punishment under the law for the offence he has pleaded guilty to.
However, where there is a minimum term of imprisonment provided by law, the accused shall not be sentenced to a lesser term than what has been set out.
Besides sentence reduction, plea bargaining may also involve amending charges against the accused to lesser ones.

Zaki explained that it was up to the deputy public prosecutor to determine whether or not to offer plea bargains, and to what extent.

“It’s up to the DPP. If the DPP thinks he’s got a very strong case... and this is a very serious crime, why should he offer to [plea bargain]? He might as well go for the maximum,” he said.
While most cases were being disposed of quickly, Zaki revealed that criminal cases were “not moving that fast”, saying that steps to address this backlog will be discussed at the conference.
“We’re not very happy with that. Sentencing, policy, all that we will discuss,” he said.
“But, aside from that, the courts are moving well, as you all can see.”

Sunday, December 26, 2010

25 December 2010





Saya masih muda :).
25 Dec, tarikh keramat setiap tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri saya peluang untuk bernafas. Semoga setiap hembusan nafasku, langkah perjalananku dan setiap sisa hidupku bermanfaat untuk Agama suci ini Ya Allah.

Seperti biasa, tiada celebration tiup-tiup lilin. Saya senang dengan cara yang simple. Cuma having a dinner with my beloved family, di Secret Recipes. A simple moment, yet i was a memorable one.

Wednesday, December 15, 2010

Gokusen. Penutup yang sempurna :)


ADA PERSAMAAN TAK? HEHE. GOKUSEN VERSIKU.


Seronok! Gembira! Sangat memberikan inspirasi!

Itu perasaan saya setelah menonton Gokusen The Movie. Penutup bagi trilogi drama Gokusen yang paling saya minati. Kisah tentang guru yang sangat dedikasi, pelajar yang akhirnya menghargai guru. Guru yang betul-betul meletakkan centre of learning kepada pelajar. Guru yang benar-benar memberi inspirasi kepada pelajar. Banyak yang saya dapat.

Walaupun ada orang yang pertikaikan kenapa saya mengambil contoh daripada drama Jepun. Saya tak kisah, kerana saya yang mengorek mutiara hikmah daripada movie + drama ini. emang banyak.

Saya puas dan gembira, kerana saya melihat semua watak pelajar daripada drama yang pertama sehingga siri yang terakhir berkumpul di sini, pada movie yang terakhir. Dan semuanya sudah mempunyai pekerjaan. Semuanya masih menjadi precious students kepada Yankumi, walaupun mereka sudah tidak lagi menjadi pelajar sekolah Yankumi. What else...overall... saya memang sukalah! Anda yang terkebil-kebil membaca entry ini, silalah menonton Gokusen. :)