Salam...
Kepupusan idea untuk menulis, tapi, masih mahu menulis sesuatu. Sejak beberapa hari ini, saya sering memikirkan tentang kemaafan dan perkataan "let go".
Siapa antara kita yang sudi memaafkan seikhlasnya perbuatan insan-insan yang keterlaluan terhadap kita?
Saya adalah antara mereka yang gagal memaafkan seikhlasnya insan-insan tersebut. Walau bibir menuturkan kemaafan tapi hati sering gagal menterjemahkan keikhlasan. Saya sedar, saya manusia biasa, bukan manusia yang sempurna. Dan alhamdulilllah... masih ada peluang untuk saya memaafkan dengan ikhlasnya...alhamdulillah... alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment