Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

Ghost Sis Limah Go Back Home yang berjasa.

Salam...
saya adalah antara orang yang terlewat menonton Hantu kakLimah Balik Rumah (HKLBR). Saya hanya menonton dvd, tu pun pinjam dari Kak Ija, my office mate. Entry ini bukan untuk memberi review bagi filem ini. Dah basi pun kalau nak bagi review (bukan filem yang basi, tetapi review itu yang basi). Tujuan entry ini adalah untuk menyenaraikan serba sedikit penangan HKLBR dengan kehidupan saya sebagai seorang pengajar. huhu.




Sikap beberapa orang pelajar, seperti kebiasaannya pasti ada beberapa orang yang agak ceria seperti kanak-kanak ribena. Most of students in class, lebih suka menjadi pelajar yang sangat berdisiplin, terlalu bersopan santun sehingga sukar untuk mereka bergiat aktif walaupun untuk mengangguk sebagai tanda faham! So sebagai penyelesaiannya, setiap kali saya mahu menyoal pelajar tertentu, dan saya mahukan lebih penerangan, saya akan minta dengan ayat " CER CEGHITE CER CEGHITE" berjayalah jugak membuatkan beberapa orang (or the whole class) gelak dan terus segar. Kesinambungannya, pada setiap kelas, setiap saya mahu menerangkan sesuatu kes kepada kelas, maka akan kedengaranlah beberapa mulut yang menambah ayat "CER CEGHITE CER CEGHITE".






Baru-baru ini, kami membincangkan latihan di dalam kelas:

Saya: Siapa jawab A?

Students: (buat donno... takde sorang pun angkat tangan.)

Saya : B?

Students : (Buat muka macam aku ni alien.)

Saya : (Semakin geram.) C?

Students: (buat muka bosan)

saya: Siapa jawab D angkat tangan macam saya! (buat gaya tangan usop penari kebudayaan)

Students : (hambik ko, semua orang angkat tangan!) Hahahaha.

Maka kelas kembali aktif seperti biasa.

Thank you Ghost Sis Limah Go Back Home!!!!!

No comments:

Post a Comment