"Puan, ayah saya dah takda..."
Sebaris ayat yang menyentap jantung saya. Baru beberapa hari yang lalu pelajar ini mengkhabarkan berita tentang ayahnya yang sedang dalam keadaan kritikal. Pada waktu itu, saya cuma boleh mendoakan yang terbaik buat ayahnya dan keluarganya. Namun, Allah jua yang menentukan segala-galanya. Siapa yang boleh melawan takdir Yang Maha Kuasa itu.
Setiap jiwa pasti akan merasakan kematian, kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan . Al-Ankabut:57
Dia merupakan antara pelajar pertama saya di institusi ini. Saya pernah berkata kepada pelajar-pelajar 'batch' pertama saya pada hari terakhir mereka di kelas saya:
"Kamu semua special bagi saya, kerana kamu semua merupakan pelajar pertama saya, insan-insan pertama yang menjadikan impian saya sebagai seorang pendidik tercapai,"
Saya masih ingat, ucapan terakhir ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar kelas itu.
Saya mendapat berita kematian ayahnya pada petang semalam. Saya tidak terlalu mengenali pelajar ini sebaik mana rakan-rakannya yang lain mengenalinya. Saya hanya mengenali serba sedikit keadaan hidupnya. Cukup untuk informasi seorang guru berkenaan dengan pelajarnya. Dia pernah gagal dalam subjek yang saya ajar sehinggakan dia terpaksa mengulang semester akhirnya. "Mana ada duit puan..." begitu jawapan dia dengan gayanya yang selamba. "Kena kerja sambilan la nampaknya..." (perkara biasa bagi pelajar-pelajar di institusi saya berkerja sambilan bagi menampung bayaran yuran.)
"Mak Ayah kamu?" Soal saya dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat, samada ibu bapanya mampu atau tidak membayar yuran bagi pihaknya.
"Mak bapa saya orang susah puan,"
Dan, saya cukup memahami mengapa dia perlu berkerja sambilan. Saya bersyukur, kerana berkerja di sini, membuka mata saya terhadap segelintir pelajar susah yang sanggup terpaksa berkerja untuk membayar yuran. Saya bersangka baik dengan semua orang, walaupun ada juga yang menyatakan
"budak-budak ni berkerja bukannya dengan tujuan untuk bayar yuran je, tapi sebab dah biasa sangat pegang duit"
Takpa, saya bersangka baik. Tidak semua sangkaan buruk itu betul.
Sepanjang semester terakhir pelajar itu di sini, saya cuba membantu setakat apa yang boleh dari segi pelajaran. Saya masih ingat hari peperiksaan terakhir subjek Business Law, dia bersama dengan seorang lagi sahabatnya yang juga pelajar saya mengetuk pintu pejabat saya pada pukul 7:30 pagi untuk belajar dengan saya. Alhamdulillah mereka berdua lulus.
"Puan saya anggap macam kakak saya," kata pelajar itu dalam mesejnya di FB. Saya tahu, kerana saya sentiasa berpesan kepada pelajar-pelajar saya,
"You may treat me as your sister, or as your friend, but never forget the fact that, i am also your lecturer,"
Itu trade mark saya. Kerana ayat-ayat 'keramat' inilah, alhamdulillah, pelajar-pelajar saya selesa dengan saya (at least, itu yang saya fikirkan). Kadang-kadang, pintu bilik saya diketuk oleh pelajar-pelajar yang mahu mendapatkan kaunseling atau pendapat, atau sekadar meluahkan masalah. Saya terima semuanya.
Kerana layanan prihatin saya terhadap pelajar-pelajar saya ini, saya sering bermuhasabah diri, "Kalau begini prihatin saya meminjamkan telinga kepada pelajar-pelajar saya, tentu untuk anak-anak saya juga, saya perlu lebih prihatin," Terima kasih Allah kerana menampakkan hambaMu ini hikmah di sebalik sekecil-kecil peristiwa.
Buat pelajar saya yang baru ditimpa musibah, bersabarlah... Allah pemilik yang mutlak, kita cuma peminjam... Tiada yang kekal melainkan Dia, jangan pernah putus mendoakan Ayahmu, kerana doa anak yang soleh tiada hijabnya disisi Allah...
* Saya bukanlah pendidik yang terbaik, saya bukanlah insan yang sangat sempurna, saya punya banyak kelemahan, namun saya sangat bersyukur, Allah menampakkan hikmah disebalik setiap peristiwa disekeliling saya. Setiap pelajar saya merupakan guru saya, anak-anak saya merupakan guru saya, suami saya merupakan guru saya, persekitaran saya merupakan guru saya...
Pelajar-pelajar saya, bukan saya yang menjadi guru kalian, bahkan kalian yang menjadi guru saya.
Anak-anak mama, bukan mama yang menjadi pendidik kalian, bahkan kalianlah pendidik terhebat mama.
Terima kasih semua... :)

No comments:
Post a Comment