Search This Blog

Monday, October 11, 2010

Allah tidak mengizinkan aku bertemu mu ketika hidupmu mahupun matimu...al- Fatihah...buat nendaku..


Ampunkan cucunda mu ini kerana sudah lama tidak menjengukmu, nenda...

Tanggal 11 Oct 2010, Isnin... dia pergi menghadap Ilahi...
Betapa terkilannya diri kerana tidak sempat menunaikan janji untuk melihatnya, bertemunya.
Benarlah, segala yang berlaku dengan izin Allah jua. "Insyaallah" yang sering saya ungkapkan, bukan mainan dibibir semata, tetapi ikhlas dari hati, mengharapkan semoga perancangan ini mendapat keizinan Allah, namun sesungguhnya, dengan izin Allah jua, kaki ini ini tidak jadi menjejak bumi bawah bayu yang amat saya cintai itu... meskipun pada detik-detik seperti ini.

Kematian.

Cukup biasa. apatah lagi cuma kematian seorang nenda.
Tapi, pada saya, ini bukan sesuatu yang biasa.
Bukan biasa pada perasaan saya kerana...
sudah tiga tahun saya tidak bertemu dengannya.
Bukan kerana ego dek mendendami kekhilafan-kekhilafan silam beberapa insan yang lain...
tetapi kerana "insyaallah" itu bukan berpihak kepada saya,
Jangan katakan bahawa air mata saya tidak pernah tumpah.
Allah saksi betapa air mata ini sering tumpah kerana merindui segala-galanya yang pahit mahupun manis di tanah kelahiran saya itu.
Allah jadi saksi betapa saya cukup terkilan setiap kali perancangan saya untuk balik tidak berjaya,
Allah jadi saksi bahawa setiap kali bibir ini menuturkan kalimah "insyaallah" hati juga berdetik menyebut perkataan "aaameen", mengharap dengan sepenuh jiwa saya agar Allah beri keizinan kepada saya untuk menjejak kembali bumi damai itu.

Jangan katakan saya tidak punya perasaan, kerana, saya masih punya bonda yang sangat saya rindui di tanah yang sama itu.

Saya masih punya ayahanda di tanah yang jauh itu,

Saya masih punya adik-adik di tanah yang sayup itu,

Saya masih punya kasih sayang di tanah itu.

Namun, saya cuba untuk redha, segala yang berlaku atas izin Allah jua.

Benarlah janji Mu ya Allah, tiada yang kekal melainkan Mu,

Tapi, Ya Allah, jangan Kau uji aku dengan kehilangan dalam kehilangan lagi Ya Allah...

BAgi hambaMu ini peluang untuk menunaikan janji yang lama tidak tertunai...

setidak-tidaknya, sebelum aku atau mereka menutup mata... Aaameen...

Al-Fatihah...buat nenda...

Tuesday, October 5, 2010

Buang Bayi dan Hukuman Mati? Adakah Wajar? (from suamiku)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita beroleh keampunan di atas segala dosa-dosa kita yang lalu.

Nukilan kali ini ingin berkongsi kefahaman dengan semua tentang konsep hukuman di dalam Islam. Baru-baru ini apabila isu buang bayi semakin banyak, telah timbul cadangan agar mereka yang ditangkap membuang bayi ini dihukum dengan hukuman mati di bawah kes bunuh (murder) kanun keseksaan. Suatu yang mengejutkan dan memberi pelbagai reaksi dari masyarakat. Di dalam satu tazkirah yang ku hadiri dalam bulan ramadhan ini telah menyuarakan setuju dengan cadangan tersebut malah menambah bahawa Islam telah menggariskan lama hukum bunuh kepada sesiapa yang membunuh/menyebabkan mati dengan sengaja mana-mana insan termasuk bayi. Malah di kalangan kita mungkin ramai yang bersetuju dengan cadangan ini.

Tidak kurangnya ada yang membantah. Marina Mahathir di dalam nukilan beliau membantah total cadangan ini begitu juga activist lain seperti sister in islam.

Sebelum kita menerima atau menolak cadangan ini mari kita fahami beberapa isu di dalam perkara ini. Setiap perkara dalam hidup kita ini sebagai Muslim hendaklah menepati apa yang telah ditetapkan oleh Shari'ah. Memang jelas bahawa di dalam Islam sesiapa yang membunuh atau melakukan perkara yang boleh menyebabkan kematian dengan sengaja dan mengetahui ianya boleh membawa maut akan dijatuhkan samaada hukuman mati atau dibayar diyat/wang darah (jika dimaafkan keluarga si mati) jika sabit kesalahan. Hukuman ini dipanggil qisas. Mangsa tidak mengenal umur dimana selagi mana mangsa itu manusia yang bernyawa baik baru lahir atau telah berumur lanjut, nyawa mereka tetap dianggap suci oleh Islam dan tidak boleh dibunuh melainkan dengan hak (mengikut Shara'). Bagi pengguran janin atau bayi pula kesnya jatuh di bawah Ta'zir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemerintah dan bergantung pada kes dimana ianya boleh jatuh di bawah qisas jika bayi yang keluar itu hidup tetapi kemudiannya dibunuh.

Tetapi:

1) Adakah Islam datang dengan hanya hukuman? Islam yang diajarkan oleh Rasulullah tidak datang dengan hanya menggariskan hukuman semata-mata. Islam datang dengan didikan dan pengajaran. Sebelum turunnya hukuman kepada penzina, Allah mendidik dengan melarang ummat Islam mendekati zina. Rasulullah menunjukkan penafsiran kepada larangan tersebut dengan menyatakan larangan berdua diantara lelaki dan perempuan biarpun mereka itu ipar duai. Setelah didikan ini disemai di dalam hati dan amalan ummat, barulah diturunnya hukuman kepada penzina.

Di dalam dunia kini, pemerintah negara majoritinya Islam mengabaikan pendidikan ke dalam hati masyarakat Islam. Da'wah mengajak kepada kebaikan dilakukan oleh NGO yang tidak mempunyai cukup peruntukan untuk berda'wah sedangkan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan setiap insan dalam pemerintahan mereka diajar ajaran Islam sekalipun rakyat itu bukan Islam. Tanggungjawab da'wah tidak berhenti pada Rasulullah tetapi ianya digalas oleh pemerintah dan ulama. Tetapi ini telah diabaikan. Termasuk di dalam da'wah adalah pendidikan mengenai hukum haram dan halal. Dan dalam isu kita adalah pendidikan mengenai hukum seks di luar nikah dan implikasinya. Bukan sahaja pendidikan itu akan berkisar mengenai larangan tetapi hendaklah pendidikan itu menerangkan tentang implikasi seks luar nikah. Apabila Allah menyatakan di dalam surah Al-Isra' ayat 32, Allah tidak hanya menyatakan larangan tetapi Allah menerangkan sebabnya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ianya perbuatan yang keji dan jalan yang buruk"

Maksud seburuk-buruk jalan dan perbuatan yang keji itu tidak tinggal di situ melainkan Allah menyuruh setiap pendidik mencari maknanya dan kenapa ianya begitu keji untuk diajarkan kepada sekalian manusia keburukan zina. Dan diantara implikasinya adalah pembuangan bayi kerana takut orang mengetahui kesilapannya. Pendidikan seks yang diminta untuk diadakan adalah amat wajar untuk dijalankan asalkan sahaja kandungannya menepati Syari'ah. Persoalannya, jika tiada yang mendidik ummat ini tentang haramnya zina dan implikasinya terhadap penzina itu, adakah wajar kita terus melompat pada hukuman? Al-Qur'an melalui Rasulullah telah mengajar kita untuk melakukan perkara itu secara sistematik, tetapi kita tidak mengikut sistem tersebut dan terus melompat mengikut suka hati kita. Insan yang tidak pernah dididik dengan halal haram serta implikasi perbuatannya tiba-tiba hendak dihukum.

2) Ketika mana Hukuman dalam Islam dilaksanakan, ummat Islam telah berada dalam sosio kehidupan yang bercirikan Islam. Wanita di Madinah menjaga maruah mereka dan lelaki hidup melindungi maruah mereka. Tiada lagi rumah-rumah tumpangan yang memanggil kepada maksiat zina. Tiada jalan untuk zina melainkan rakyat itu sendiri yang membuka jalan itu. Tetapi kini, disco berada di mana-mana. Aktiviti yang bercampur lelaki perempuan begitu aktif seperti konsert. TV menontonkan kepada umum kisah cinta yang sangat melampaui batas. Apabila budak remaja melihat perkara ini, mereka akan berasa teruja dan ingin mencuba. Bagaimana kita hendak menghukum seseorang apabila kita membuka jalan kepada kesalahan tersebut sebesar highway? Secara mudah, kita sedang mempromosi zina dan lahirkan anak luar nikah, tetapi menghukum orang berzina atau yang membuang bayi akibat dari zina. What type of system is that?

3) Who will be punished? Sudah pasti perempuan yang melahirkan bayi tersebut dan meninggalkan bayi tersebut hingga ada yang mati. What about the man? Most of the case reported shows that the men who are actually the one who started it by seducing the girl. Moreover there are many cases where the men who are asking the girl to abort the baby. Should we then punished the girl alone? Sebelum apa-apa keputusan menghukum dibuat, persoalan ini harus terlebih dahulu dijawab. Kita tak nafikan bahawa ibu yang melahirkan dan membiarkan anak tersebut harus bertanggungjawab, tetapi adakah dia seorang atau lelaki yang mengandungkannya harus terbabit sama? Bila seronok dua-dua rasa, bila susah seorang yang tanggung?

5) MINOR?? Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur iaitu dari 14-18 tahun. Adakah mereka akan dikenakan hukuman yang sama? Jika tidak, maka ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana majoriti daripada kes buang bayi melibatkan ibu yang kurang dari 18 tahun. Jika mereka hendak dikenakan hukuman maka ianya tidak boleh diterima disisi Islam kerana kanak-kanak atau yang belum baligh tidak boleh dikenakan hukuman mati (walaupun ulama berbeza pendapat umur baligh, adalah tepat jika mengikut mazhab yang mengambil 18 tahun sebagai minimum). So, what we gonna do with the one who is minor in age? Hukuman yang dicadangkan katanya akan menyelesaikan masalah, tapi jika ini adalah kesnya dimana ramai dari pesalah ini adalah remaja bawah umur dan hukuman tersebut tidak boleh dikenakan, maka ianya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Kita tidak menyatakan bahawa hukuman tidak patut diwujudkan lansung. Tetapi ingin ditegaskan disini ianya bukan jalan penyelesaian dan sebelum apa-apa hukuman ingin dikuatkuasakan, ianya mesti mengambil kira pelbagai isu. Berapa ramai insan yang dengan marahnya memaki hamun mereka yang membuang bayi tetapi ramai yang tidak sedar bahawa penyebab kepada wujudnya pembuang bayi ini adalah kita sendiri. Kita gagal menjalankan da'wah Islam. Kita gagal mempraktikkan Islam dalam sudut mengambil berat hal ehwal jiran tetangga dan mendidik anak-anak disekeliling kita. Kita gagal dalam menyuarakan desakan menghentikan aktiviti-aktiviti maksiat (kerana kita pun seronok melihat aktiviti maksiat seperti konsert bebas) dan kita gagal dalam memilih pemerintah yang menegakkan Islam (sebaliknya kita memilih pemerintah bangsa dan duit). So, who to take the blame? Gadis yang membuang bayi tetapi dilakukan kerana desakan situasi dan kejahilan ilmu (dek tiada yang ingin mendidiknya) atau mereka yang sedar bahanya zina tetapi membiarkan?

Sunday, October 3, 2010

Bukanlah aku untuk menghakimi mereka......




Bukanlah aku untuk menghakimi mereka...
Dan aku tidak layak sekali-kali mencemuh mereka...
KEnapa begini sekali keluhan hati?
Kerana...

"Saya tahu lah puan ni baik, wanita sempurna, mawar berduri, kebanggaan suami puan, tak layak untuk duduk bersama saya, dan saya pun tak layak mendampingi puan, sebab saya ni kategori BETINA macam dalam blog puan tu. Saya tahu, puan mesti mencemuh saya dalam hati puan, ye lah, saya kan ahli neraka."

Wah! terkedu saya mendengar luahan hati seorang gadis yang asyik merenung saya sepanjang kelas berjalan. Rupa-rupanya, pada akhir waktu, dia menghampiri saya sambil meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap penulisan saya dalam blog saya.

Lantas saya menjemput gadis itu duduk.

"Kenapa begitu sekali luahan kamu?"

" saya kecil hati dengan pandangan puan. Kenapa begitu sekali Puan memandang golongan seperti saya. Puan tak layak memberi kategori kepada orang macam saya sedangkan puan tidak mengenali saya sedalam-dalamnya. Puan tak layak dan tak adil buat macam ni!"

Tegas sungguh hujah yang diberikan pada saya. Ya Allah, beriku kekuatan agar aku tidak memberikan pandangan yang menyebabkan anak muda ini lebih jauh dariMu ya ALLAH.

"Zahrah...(bukan nama sebenar) Zahrah marahkan saya kerana pandangan saya dalam blog saya tu ya"

"lebih kurang la..."

" mmm... okay, sebelum itu, boleh saya bertanya sesuatu?"

"apa dia Puan?"

"Zahrah rasa, berapa lama kah masa yang perlu di ambil untuk kita mengenali seseorang itu? Maksud saya, kenal betul2, hati dan peribadinya, segala2nya tentang orang itu?"

"KAlau saya, sepuluh tahun pun tak cukup. mengenali seseorang itu merupakan satu proses yang berterusan, boleh jadi sampai ke mati."

Saya tersenyum, bijak sungguh dia memberikan pendapat.

"mmm betul. So, Zahrah rasa, adilkah Zahrah mengadili dengan pelbagai perkataan Zahrah tadi sedangkan Zahrah cuma berpandukan tulisan saya dalam blog tu?"

Zahrah diam.

"Zahrah... apa yang saya tulis memang dari hati, kategori2 itu bukan untuk menghina kaum wanita, bukan juga untuk membataskan golongan2 wanita yang boleh bergaul dengan saya. Saya cuma mengatakan tentang realiti. Realiti kita sebagai wanita. Kerana wanita yang solehah itu sama sekali tidak boleh disamakan dengan wanita yang tidak menjaga dirinya."

"Tapi, Puan seolah-olah menghina wanita2 lain dengan kategori2 yang Puan berikan."

"ZAhrah, baca tak betul2 blog tu, bukan saya yang memberikan kategori2 itu, tetapi, saya cuma berkongsi pandangan orang lain. Mungkin juga dia silap, tapi, ada satu kategori yang tidak mungkin akan silap. iaitu kategori Mawar Berduri. Kerana, kategori itu, layak mendapat pengiktirafan pada kelasnya yang tersendiri dan tertinggi, bukankah Allah sendiri katakan bahwa wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari2 syurga?"

"Dan ingat Zahrah, Pandangan lelaki itu tidak meletakkan penghinaan terhadap wanita2 yang diberi kategori itu. dia cuma membezakan sahaja, tidak lebih dari itu. Saya sendiri, tidak meletakkan diri saya pada mana2 kategori, biarlah ALLAH yang menilai saya."

ZAhrah angguk.

"lagi satu, pernahkah saya menyombong diri, mengelak diri dari bergaul dengan wanita2 lain, tak kisahlah bertudung ke tak?"

Zahrah geleng.

" Ha...! nampak tak, saya masih mahu bergaul dengan semua, dan tidak sedikit pun dalam hati saya mahu menilai kamu semua, Allah jua yang mengerti hamba-hambaNYa. saya tak layak Zahrah..."

"Zahrah, saya ada ramai kawan yang biasa2 saja, pakai tudung biasa saja, memang saya pakai tudung besar, tapi saya masih bersahabat dengan mereka. Macam yang saya katakan, nilaian Allah yang penting, saya tak menilai mereka semua. Entah2 darjat mereka disisi Allah lebih tinggi daripada saya."

Zahrah angguk lagi.

"Tapi, Zahrah kena ingat, sebaik mana pun sangkaan hati saya terhadap Zahrah, tidak bermakna saya tidak mengharapkan Zahrah berubah menjadi lebih baik dari ini. Zahrah sendiri pun tahu kan, rambut itu aurat, sebahagian tubah yang terdedah itu perlu ditutup? betulkan?"

Zahrah angguk sambil tersengih2.

"Saya sayangkan Zahrah, sebab itu saya teringin lihat Zahrah berubah, saya tak cukup baik, tapi tidak salah kan saya berdoa untuk perubahan kita bersama? agar kita sama2 menjadi lebih baik?"

"sesungguhnya, sifat muslim yang baik ialah dia mencintai saudaranya yang lain. Saya cuba untuk menjadi lebih baik. Zahrah pun cubalah berubah..."

"tapi, saya belum dapat hidayah lah Puan. belum terbuka hati, lagipun kan dalam islam tidak ada paksaan."

"Zahrah, Hidayah itu milik Allah, tidak akan datang kalau kita tidak memintanya, hati taidak akan terbuka kalau kita sendiri tidak berusaha untuk membuka hati kita. betul tidak ada paksaan dalam islam, tapi Zahrah kena ingat, Ayat "TIDAK ADA PAKSAAN DALAM ISLAM" itu, bukan dalil untuk kita tidak memaksa diri kita mengikut perintah ALLAH. Dalil itu sebenarnya untuk situasi lain, tapi kita yang memesongkannya kerana mengikut nafsu sendiri."

"Hmm....Puan, saya rasa tenang, saya tak sangka puan gila2 dalam kelas tapi bila timbul hal macam harini, puan jadi macam orang lain. JAdi macam ustazah. Hehe."

"Saya kan "ustajah Law" hehe, mmm, mengenali seseorang itu bukan hanya dalam waktu yang singkat kan? Ini lah saya, ada sisi pada diri saya yang ramai masih tidak tahu"

Zahrah senyum
"Puan, terima kasih kerana berkongsi ilmu, dan maafkan saya kerana tuduhan melulu saya tadi."

"No problem, ilmu Allah...okay, Zahrah, saya ada kelas lagi lepas ni, apa2 hal zahrah boleh terus jumpa saya ye"

"Insyaallah...Thanks Puan..."

Saya mengatur langkah ke muka pintu, sempat saya menoleh ke arah Zahrah yang masih duduk memerhatikan saya,

"Zahrah, dalam diri kamu, ada satu sisi yang dekat pada kebaikan, yang dekat pada Allah, janganlah sia-siakan sisi itu... Ingat Zahrah, Allah mencintai kamu."

Saya tinggalkan Zahrah dengan doa, semoga Allah membuka hatinya, dan, semoga Allah menjadikan saya lebih baik daripada saya yang sekarang ini... Aaaaamin....






Monday, September 27, 2010

Mencari Mawar Berduri



Semalam, saya melalui jalan-jalan yang biasa saya lalui untuk ke kelas. Biasalah bertemu dengan students and all their greetings. itu adalah rutin biasa. Tetapi semalam, saya bertemu dengan sesuatu yang agak luar biasa. Apa yang luar biasa sangat tu? Jeng jeng jeng...

Okay, mungkin bg sesetengah orang, ini bukan benda luar biasa, ini biasa biasa sahaja. Tapi, ini pandangan saya sebagai seorang Muslimah, sebagai seorang WANITA. Hargai pandangan saya...

Apa yang berlaku ialah, dua orang pelajar perempuan duduk berdepan di atas bangku taman. salah seorang daripada mereka duduk membelakangi laluan ke kelas. Saya bukanlah terlalu baik hingga mahu membuka keaiban kaum sendiri, tetapi, sebagai peringatan kita bersama. betapa dunia sudah hampir kepada kehancuran. Bila dosa itu dilakukan tanpa ada sebarang perasaan segan mahupun malu kepada pencipta. tidak ada sebarang kegentaran dalam hati HAMBA yang melakukan dosa.

Pelajar tersebut memakai seluar jeans yang terlalu ketat dan terlalu rendah sehinggakan nampak garisan punggung di belakang, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan, nampak sebahagian punggung BELIAU .astaghfirullahalazim.... tersirap darah saya melihatnya. Alhamdulillah, Allah masih beri keberanian untuk saya menegur kekhilafan itu. LAntas si gadis menarik seluar jeans BELIAU ke atas dengan wajah yang tersipu-sipu malu. Mahu sahaja saya berteriak, MALU PADA ALLAH! BUKAN PADA SAYA!

Biasa bukan kisah ini? TApi adakah kisah ini biasa pada pandangan ALLAH??? Betapa susahnya mencari MAWAR BERDURI.

Sudah sedikit muslimah yang yang memelihara diri dari fitnah-fitnah dunia. Saya masih ingat, seorang lelaki pernah menceritakan kisah perbualan antara dia dan beberapa orang rakannya. salah seorang daripada mereka ialah berbangsa India. Bukan tujuan saya membandingkan bangsa, tetapi, mahu menunjukkan betapa bangsa yang bukan muslim pun menghargai si MAWAR BERDURI.

ArRajul 1 : Berapa kategori perempuan pada ko?

ArRajul 2 : Ada 3.

ArRajul 3 : Kenapa 3?

ArRAjul 2:
Yang pertama ialah perempuan yang tidak menjaga dirinya sendiri, meletakkan maruah lebih rendah daripada binatang. Yang berbangga dengan keaiban diri sendiri, yang berbangga dengan pujian2 nafsu, yang bertuhankan keseronakan dunia, yang bertuhankan pandangan nafsu lelaki. Perempuan seperti ini aku kategorikan sebagai BETINA. Maaf sebut, tapi, perempuan yang tidak ada harga diri sebenarnya lebih teruk daripada perkataan BETINA itu sendiri, sebab BETINA itu merujuk kepada jantina binatang.

ArRajul 4 : Yang ke dua?

ArRAjul 2:
YAng kedua ialah perempuan yang biasa-biasa sahaja, yang sering kita lihat di mana-mana sahaja, mereka biasa bergaul dengan mesra dengan jantina yang sama mahupun jantina yang berlainan, mereka tidak terlalu sempurna dalam menutup aurat mahupun dari segi malu. Pergaulan mereka masih agak tidak terbatas walaupun tidak bebas. Perempuan ini aku kategorikan sebagai PEREMPUAN.

ArRajul 3: YAng ketiga?

ArRajul 2 : Yang ketiga ialah my Wife.

ArRajul 4: Selain dripada wife u la..... your wife memanglah perfect, becoz you love her so much.

ArRAjul 2:
Ciri-ciri yang ketiga itulah yang kita mahu banggakan dengan menyebut my wife. Bukan nak banggakan dia, tetapi apa yang aku nak sampaikan ialah, tidakkah kita bangga bila wanita yang baik2 itu boleh kita sebut dengan bangganya sebagai MY WIFE? itu impian semua lelaki kan? MAhu mencari MAWAR BERDURI sebagai isterinya. Kita mendapat wanita muslimah yang terpelihara sebagi penjaga kita, sebagai cahaya untuk syurga rumahtangga kita? Wanita ini ialah dia yang ku panggil WANITA.

The Indian Boy says: Yeah true. i agree with you.

So, kesimpulannya... WAHAI WANITA, MARILAH KITA SEMUA BERUSAHA UNTUK MENJADI MAWAR BERDURI. WANITA SEMPURNA YANG DICINTAI LELAKI YANG LAYAK UNTUKMU, JUGA WANITA SEMPURNA YANG DICINTAI ALLAH....

Monday, September 20, 2010

Aku cinta padamu.

Renungan mataku sayu menatap wajah sucinya...
bersih dan jernih....
langsung tiada noda...
Hatiku tertanya...
apakah aku yang akan mencemari hatinya dengan noda-noda hitam kelak...
Pintaku, semoga Allah memeliharamu...
Kerana dikau terlalu suci...
Kerana dikau terlalu istimewa...
Kerana dikau terlalu menyayangiku...
Semoga cintaku terhadapmu tidak jauh dari pandangan kasihNya di sana...
Semoga aku tidak tersilap langkah dalam memimpin tanganmu yang suci itu...
Allah bersamamu anakku sayang.......

Muhammad Idris dan Taqiyuddin Ahmad... Terima kasih kerana memanggilku mama.

Sunday, September 19, 2010

Ada apa Pada Bangsa? ( By Zauji)


Full View
Bangsa pada Perspektif Islam
...






Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pujian kepada Allah dengan peluang Ramadhan yang diberikan kepada kita dan selamat hari raya fitri kepada semua. Semoga tarbiyyah di bulan Ramadhan dapat memberikan kita semangat untuk terus memahami Islam dan menyebarkan Islam serta menegakkan hukum hakam Islam di muka bumi Allah ini. Di raya yang lepas apabila ku melihat insan yang sudah lanjut usia mereka aku sayu mengenangkan diri yang akan suatu hari nanti tiba pada usia yang sama di mana fizikalku akan uzur. Persoalan yang bermain di fikiranku apakah yang sudah aku lakukan untuk Islam dan untuk ummah ini? Ia menjadikan aku terus meninggikan tekad untuk membuat sebanyak mungkin untuk Islam dan ummah ini. Walaupun diri ini sibuk dengan kerja harian, aku nekad untuk memulakan
sedikit demi sedikit sumbangan yang aku mampu hingga suatu hari nanti aku dapat menggunakan sepenuh masaku, hartaku dan tenagaku untuk ummah ini. Di antara sumbangan yang kini mampu aku berikan adalah perkongsian ilmu dan info Islam dengan semua kenalan dengan harapan makin ramai yang berminat untuk memahami Islam, hidup dengan Islam dan menyebarkan Islam.

Info kali ini ingin ku sentuh mengenai bangsa. Aku sangat memandang penting isu ini kerana suasana hidup di negara ini amat memerlukan kepada pandangan Islam yang adil pada isu ini tambahan pula baru-baru ini isu kata-kata Tuan Guru Nik Aziz telah dibangkitkan oleh orang yang kurang arif tentang Islam. Tuan Guru berkata "Di dalam Islam tiada mana-mana bangsa dominant. Saya menerima jemputan ceramah sebagai Muslim dan bukan sebagai melayu. Saya tidak berbangga menjadi Melayu kerana Melayu itu hanya satu yang automatik kejadian Allah".

BANGSA

Isu bangsa amat berat di negara ini terutama di kalangan mereka yang berbangsa melayu. Masing-masing amat bangga dengan bangsa keturunan mereka hingga ada keluarnya pepatah seperti "takkan Melayu hilang di dunia". Bunyinya angkuh dan adalah pepatah yang tidak pernah kusukai sejak dahulu. Bangsa di dalam Islam tidak lebih dari sekadar wacana perhubungan sosial manusia. Bangsa digunakan untuk mewarnai kehidupan manusia di mana dengan adanya pelbagai bangsa maka adanya pelbagai bahasa dan budaya. Ia menceriakan kehidupan manusia kerana dapat berkenalan dengan pelbagai sosio budaya.



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain)
(Al-Hujrat:13)

Ayat di atas jelas menunjukkan pendirian Islam bahawa kepelbagaian bangsa dan puak tidak lain dan tidak bukan hanya wasilah untuk perkenalan dan bagi mewarnai kehidupan manusia dengan pelabagai sosio budaya.

Namun ianya tidak boleh dijadikan asas untuk pentadbiran negara, undang-undang negara, atau polisi pentadbiran sehingga satu-satu bangsa atau puak dilebihkan daripada bangsa dan puak yang lain. Tidak boleh dibezakan bangsa atau puak kerana Islam memandang bahawa semua Muslim adalah sama bersaudara. Pada surah yang sama di atas ayat 10, Allah menjelaskan tali persaudaraan Islam:

"sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara"


Di dalam Islam, semua manusia beragama Islam tanpa mengira bangsa adalah sama dan bersaudara. Allah hanya membezakan dari segi taqwa dan itu pun hanyalah untuk Allah menilai. Tidak boleh mana-mana bangsa mendakwa mereka lebih hebat daripada bangsa yang lain apatah lagi mengenepikan hak insan lain hanya kerana dia berbangsa atau daripada puak yang berbeza. Apatah lagi menyakiti saudara seagama dengan kita. Rasulullah berkata bahawa seorang Muslim adalah saudara sesama mereka dan tidak boleh dizalimi saudara mereka, tidak boleh menyerahkan kepada musuh, tidak boleh mengecilkan mereka (merendah-rendahkan mereka) dan tidak boleh menghinanya (riwayat Imam Muslim).

Mereka yang mengajak kepada membanggakan bangsa sendiri dan memperkecilkan bangsa lain dikenali sebagai sifat asabiyyah dan ianya adalah perbuatan yang tercela di sisi Islam. Rasulullah bersabda sepertimana diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa tidak tergolong dalam golong Muslim mereka yang mengajak kepada asabiyyah, berperang (atau berjuang) kerana asabiyyah dan mati atas dasar asabiyyah.

Maka jika Islam menolak asabiyyah atau fanatik bangsa, adakah boleh kita menerima ideologi kebangsaan seperti menubuhkan politik bangsa? Bolehkah kita menerima undang-undang yang menaikkan satu-satu bangsa dan mengenepikan bangsa yang lain? Bolehkah kita menerima polisi yang melebihkan satu-satu bangsa dan mewujudkan sekatan/had kepada bangsa yang lain?

Dr.yusof Qaradhawi menukil dalam buku beliau Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan:

"Semua ideologi yang bertentangan dengan ideologi Islam tidak dibenarkan untuk wujud serta mempengaruhi masayarakat Islam. Akar umbi (ideologi asing yang bercanggah dengan Islam) mestilah dicantas agar tidak tumbuh.......Bertolak daripada ini, masyarakat Islam kini wajib membebaskan diri daripada kelampauan hasutan asabiyyah perkauman/bangsa atau kenegerian yang telah menyelinap masuk ke dalam kehidupan masayarakat Islam dan merampas tempat persaudaraan Islam serta kesatuan Islam. Mereka sewajarnya menetapkan sikap/ideologi ini sebagai musuh."

Aku teringat ketika di UIA apabila orang Melayu bercerita tentang warga luar. Mereka mengutuk dan menghina mereka dari luar secara general atau am hanya kerana seorang dua yang membuat silap. Pernahku tanya "pelajar melayu pun ramai yang tak beretika dan buat masalah". Jawapan mereka padaku cukup memanaskan hati dan telinga. "orang kita takpe la kerana ni negara kita". Aku hanya menjawab "bukankah ni bumi Allah? silap tak kenal bangsa atau negara". Mereka berkata bukan kerana bencikan kesalahan yang dilakukan manusia tetapi benci pada bangsa asing.

Parti yang bertunjangkan bangsa tidak menepati kehendak Islam dan tidak boleh diperjuangkan oleh mereka yang beragama Islam. Parti atau pergerakan Islam wajib terbuka pada semua orang Islam tanpa mengenal bangsa. Tetapi ini tidak terjadi di negara kita maupun kebanyakan negara luar. Lihat sahaja cina atau India Muslim. Mereka terpaksa membuka pergekaran sendiri kerana tiada ruang untuk mereka membela Muslim berbangsa mereka. Orang Cina tidak diberi ruang untuk menjadi imam di kebanyakan Masjid dan surau walhal ramai yang hafiz Al-Qur'an. Pernah di UIA ada orang sibuk berkata kenapa tidak diambil Imam melayu sahaja untuk solat tarawikh. Apakah Imam masjid itu ditetapkan Melayu oleh Al-Qur'an dan Sunnah? Aku tidak berkata Imam melayu tidak bagus, tetapi kenapa wajib Melayu dan kenapa tidak dibukakan kepada sesiapa yang terbaik tanpa mengenali bangsa?

Pernah aku berdebat dengan insan yang sibuk berkata Melayu itu Islam. Aku menolak kata-kata ini kerena Islam itu bukan bangsa dan bangsa itu bukan Islam. Salah bagi mereka yang berkata Melayu itu Islam, kerena belum tentu Melayu itu Islam. Tambahan pula Melayu wujud sebelum Islam tiba di tanah ini. Tidak pernah dalam Qur'an maupun sunnah yang mengatakan Melayu itu Islam. Atas fakta apa yang nak dikatakan Melayu itu Islam? Perkataan seperti ini seperti mengenepikan bangsa lain.

Berapa banyak polisi di negara kita seperti polisi bumiputera yang besifat asabiyyah yang tidak bertepatan dengan Islam. Contohnya hanya beberapa peratus bantuan pendidikan dan bantuan kewangan diberikan kepada bukan bumiputera. Anehnya ia disokong oleh ramai dengan alasan bahawa bangsa bumiputera ini masih mundur. Adakah bumiputera sahaja yang mundur? Bagaimana dengan bukan bumiputera yang miskin dan masih mundur di tepi desa? Kenapa tidak dibantu semua dengan memberikan kepada semua? Kenapa perlu diberi peratusan kepada bukan bumiputera? Jika Islam dilaksanakan, semua akan dilayan dengan sama tanpa mengenal bangsa. Jika yang fakir itu cina, maka dialah yang akan dibantu. Jika yang fakir itu melayu, maka dialah yang akan dibantu.

Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz adalah tepat dengan Islam. Mereka yang mengeluarkan pandangan membantah kata-kata ini dengan alasan membangkitkan kemarahan orang Melayu adalah salah. Apa yang dikatakan Tuan Guru bukan mengecilkan bangsa Melayu tetapi beliau hanya berkata bahawa dalam Islam semua bangsa adalah sama dan tidak boleh mana-mana bangsa membanggakan bangsa mereka. Orang Melayu tidak boleh mengatakan bahawa mereka punyai hak yang lebih dari bangsa lain. Begitu juga bangsa lain hatta orang Arab tidak boleh mengatakan mereka lebih mulia daripada mana-mana bangsa. Semua bangsa adalah sama dan wajib disisi Islam untuk diberikan hak yang sama jika diperintah oleh pemerintahan Islam.

Islam untuk semua dan hidup ini adalah untuk semua.




Tuesday, September 14, 2010

HARI RAYA KU... dosa tanpa sedar...


Eidul Fitri menjengah kini setelah sebulan Ramadhan menghiasi diari kita sebagai muslimin dan muslimat...

Tapi, seperti namanya, Hari Kemenangan, betulkah hari raya ini adalah hari kemenangan buat kita umat islam sekalian????

Kenapa muncul persoalan ini?

kerana, setiap kali berakhirnya episod Ramadhan yang penuh barakah, kita menghiasi Hari Raya pertama kita dengan dosa yang tidak disedari.

What? Apa dosa itu?

Bersalaman....

Bagaimana dengan hanya bersalaman kita mencari redha manusia di sebalik kemurkaan Allah...?

Lancang sungguh mulut berkata2!

Benar, sesungguhnya benar, setiap kali Eidul Fitri, kita perlu bersalaman dengan saudara2 rapat, jauh, dekat, tua, muda, separuh usia, separuh abad, separuh dekad, lelaki, perempuan, mahram, bukan mahram. Samada kerana TERPAKSA KERANA MAHU MENJAGA HATI MEREKA ataupun kerana KERELAAN KITA kerana itulah BUDAYA KITA.

Saya bukanlah manusia yang sempurna imannya serta agamanya sehingga saya berani menulis seperti ini. ini adalah teguran buat diri saya sendiri, betapa sukarnya menolak permintaan salam daripada saudara2 ini...

Setakat ini, walaupun mata Mak sedikit menjeling kerana tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan keluarga sebelah sana, tetapi saya tahankan hati, biarpun saya tahu ada hati2 yang terguris. Mungkin ada yang mengatakan saya sombong, tetapi...

JANGAN KAMU MENCARI REDHA MANUSIA DI SEBALIK KEMURKAAN ALLAH...

alhamdulillah... ungkapan ini lebih mengganggu saya daripada hati2 mereka yang terguris, dan jelingan2 mata mereka yang tidak senang dengan saya.

"Salam je... bukannya orang lain, sedara jugak..." NO WAY!!!

Semoga Allah tetap menguatkan hati saya untuk bermujahadah walau hanya sekecil2 jihad ini.

Saya masih teringat, beberapa bulan lalu apabila mantan perdana menteri Pak LAh, menghulurkan tangan kepada saya dalam satu seminar di KL, saya menyembunyikan tangan di sebalik blazer sambil tersenyum kepada beliau. Alhamdulillah, beliau faham, dengan lembut beliau kata, "takpa2..." then he just leave. alhamdulillah... semoga kekuatan dan orang2 yang memahami seperti beliau sentiasa ada Ya Allah...

Saya bukan manusia yang cukup sempurna,

bukan juga manusia yang terlalu baik,

saya masih mencari2 kekukuhan mujahadah untuk diri sendiri. Masih mencari2 kesucian Iman untuk diri sendiri... semoga entry ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita, semoga ia sentiasa menjadi peringatan buat saya, yang amat hina ini Ya Allah...