Search This Blog

Monday, October 17, 2011

Buruk punya perangai.

Salam...

Entri ringkas untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang membacanya. Okay, bermula dengan satu kisah ringkas di hadapan McD Bangi. Dua orang gadis muda bergumbira menaiki kereta mereka yang di parkir bersebelahan dengan kereta kami. Tiada yang menarik sehinggalah tiba-tiba sang gadis pada tempat duduk penumpang hadapan membuka pintu dan membuang plastik/sampah ke bawah kereta mereka. Dalam hatiku, selambanya! teruknya! takde kesedaran sivik!

Saya marah sebab bagi saya membuang sampah itu suatu jenayah. In fact, ada beberapa tempat yang mengadakan denda berbentuk wang yang banyak sekiranya ada orang yang didapati membuang sampah disitu. Saya tak tahu... mungkin gadis-gadis seperti ini/ orang-orang seperti ini tidak berfikir panjang tentang nasib bumi pada masa depan akibat daripada perbuatan tidak bersivik seperti ini. Perkara sampah, nampak kecil, tapi akibatnya besar apabila kita tidak tangani. So, bagi sesiapa yang suka membuang sampah, ketahuilah bahawa anda adalah sebahagian daripada sampah masyarakat, sekian. (maaf atas kekasaran bahasa, sekiranya ada)


Kereta suspek, nampak tak tangan yang baru selesai membuang plastik berwarna oren di bawah kereta itu?


Ahmad yang sedang memerhatikan kejadian jenayah tersebut.

Oh, ini gambar kelas saya yang dipenuhi sampah bertaburan sehingga memaksa saya menjemput masuk encik tong sampah ke dalam kelas saya sebagai sindiran gelap.


Masih ada yang mengerti maksud kehadiran tong sampah itu di situ.

Selamat hari lahir anakku Muhammad Idris Sowell.

14hb102011 4 tahun... alhamdulillah..

Dok mengukur ketinggian diri sendiri.

Seorang abang yang baik.

Menyebarkan kasih sayang...

...walau dalam tidur~ :)

AKU CINTA KAU DAN DIA ~Dewa~

Taman Ilmu dan Budi yang kurindui~heh, tempat dating dengan lakiku!

Add Image
Salam,

14hb 10 2011, saya ambil cuti untuk berdating dengan suami saya. Berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur untuk mencari hadiah buat anak saya Muhammad Idris Sowell yang kini sudah mencecah umur 4 tahun, pada tarikh yang sama. Saya memilih untuk bercuti pada minggu hadapan sepanjang minggu Depavali untuk menggantikan cuti Hari Lahirnya yang saya 'pinjam' untuk berdating dengan si Abah. Maaf, pinjam tarikh 14hb sebagai cuti untuk mama dan abah mengeratkan kasih sayang kami dengan berdua-duaan bercinta di tengah kota raya (loya tekak?). Hanya itulah masa yang termampu untuk kami berdua bercuti bersama. Bukan tidak sudi membawa anak-anak bersama, tapi, bak kata seorang pakar motivasi terkenal....

Dalam sebuah keluarga, kita sering kali terlupa, yang perlukan perhatian bukan sahaja anak-anaknya, tapi juga pada hubungan suami isteri. Jadi, kami mengambil keputusan, dalam setiap beberapa bulan, kami akan mencari masa untuk bercuti berdua, untuk mengeratkan kasih sayang. (Ok, bukan untuk menyebabkan anda geli membacanya, tapi berkongsi ilmu rumahtangga jua, bukan mudah untuk 'bercinta' semula selepas mempunyai anak-anak yang semakin membesar.)

Okay, so, ini aktiviti yang paling best ketika dating kami, iaitu melawat Taman Ilmu dan Budi yang amat saya rindui.


Laluan 'library' yang kurindui, Kak Za, di sinilah kita bermain berkejaran hehe.

Gerbang ilmu yang kurindui


Gerai majlis ilmu yang kurindui, bersepah kat UIAM dan Keropok/kerepek yang dijual tanpa tuan punya keropoknya menunggu di situ. Sikap mempercayai yang hebat dikalangan penghuni Taman Ilmu dan Budi ini hehe.


Saya rindukan tempat ini!


.

Monday, October 10, 2011

Paku, marah, dan lubang.

Salaam...

Sudah lama saya tidak menukilkan sesuatu yang bermanfaat dalam blog ni. Saya ada terbaca satu artikel. Lebih kepada kisah yang memberikan inspirasi, Kisah tentang marah.

Ada seorang budak lelaki yang mempunyai sikap pemarah yang keterlaluan (rasa pelik bila menterjemahkan bahasa Inggeris ke BM haha). Satu hari, ayahnya memberikan budak ini seguni paku dan sebuah tukul. Kata ayahnya, setiap kali si anak berasa marah, pakukan pagar yang ada disekeliling rumah mereka. Maka, budak ini pun menurut seperti yang disuruh... Pada hari pertama, budak ini telah memakukan sebanyak 37 batang paku ke pagar rumah mereka.

Pada minggu-minggu seterusnya, semakin sedikit paku yang dipasakkan ke pagar rumahnya kerana dia sudah semakin pandai mengawal kemarahannya (oh buruknya skil menterjemahku).

akhirnya, pada suatu hari, budak ini telah benar-benar mahir mengawal kemarahannya. tiada sebatang paku pun yang ditukul pada pagar rumahnya... maka dia pun mengkhabarkan berita gembira ini kepada ayahnya. Kata ayahnya pula, setiap hari dia berjaya mengawal kemarahannya, cabut paku-paku yang ada pada pagar rumah tersebut. Budak ini, seperti biasa, akur pada permintaan ayahnya.

Akhirnya, pada hari di mana tiada sebatang paku pun yang tinggal, budak itu memberitahu ayahnya tentang perkara tersebut.

Pada kali ini, si ayah membawa si anak menuju ke pagar rumah mereka. Kata ayahnya, "anakku, kamu telah melakukan yang terbaik, tapi, lihatlah pada lubang-lubang pada setiap pagar ini hasil daripada tukulan kamu. Pagar ini tidak akan menjadi seperti sediakala. Ketika kamu menyatakan sesuatu dalam kemarahan, ianya akan meninggalkan parut... sama seperti yang berlaku pada pagar-pagar ini...

Kamu bisa menikam pisau pada tubuh seseorang, dan mencabutnya semula, biar beberapa kali pun, namun, betapapun kamu mengucapkan maaf, parut/kecederaan itu pasti akan kekal pada tubuhnya... pastikan, kamu mengawal kemarahan kamu agar kelak kamu tidak akan menyatakan sesuatu yang bisa membuat kamu menyesal nanti...


~ Saya rasa terkesan dengan kisah ini~

Sunday, October 9, 2011

Octavia untuk Iris (Part 9)

Syerry sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan tingkap biliknya ketika aku tiba di muka pintu biliknya. Seperti biasa, Syerry masih setia merenung keluar tingkap. Nani, jururawat peribadi Syerry baru selesai menyuapkan sarapan ke mulut Syerry.

“ Assalamualaikum, boleh saya masuk?” aku meminta keizinan Nani untuk masuk ke bilik Syerry.

“ Eh, kak Tasya, masuklah. Saya baru je siap bagi Syerry makan.” Nani memberikan keizinan kepadaku.

“Terima kasih,” aku berterima kasih kepadanya dan terus menuju ke arah Syerry.

“Hai Syerry, awak sihat harini?” Nani tersenyum melihat aku cuba berbual-bual dengan Syerry. “Akak ni, macamlah Syerry faham,” katanya sambil tergelak kecil. Nani hanya muda setahun daripadaku. Baru berusia 24 tahun tetapi lebih selesa memanggilku kakak.

“Takpe, mungkin dia faham, cuma kita yang tak tahu dia faham ke tak.” Aku membalas gurauan Nani dengan senyuman.

“Boleh tak saya bawa Syerry keluar jalan-jalan kat luar jap. Udara pagi ni segar, baik untuk kesihatan.” Sekali lagi aku bercadang untuk membawa Syerry keluar daripada rumah ini.

“Boleh, tapi tunggu jap ye, Nani bagi Syerry ubat jap.” Nani yang begitu peramah dan ceria, membuatkan aku selesa berbual dengannya. Aku menunggu Nani menyuapkan ubat ke mulut Syerry dan memakaikan Syerry baju yang lebih tebal.

“Jom Syerry,” Syerry berdiri setelah aku mengangkat bahunya sedikit. Aku membawa Syerry menuju ke luar. Semasa menuruni anak tangga tadi, Mr. Smith masih belum berganjak dari tempatnya bersarapan tadi. Aku berpura-pura tidak melihat Mr. Smith, rasa bersalah masih menghantui diriku. Tapi aku pasti yang aku ada terlihat Mr. Smith menoleh dan merenung ke arahku dan Syerry ketika kami menuruni anak tangga sehingga kami keluar dari Catriona. Aku membawa Syerry ke tasik buatan yang juga boleh dilihat dari bilik Syerry.

Mungkin inilah pemandangan yang Syerry sering lihat setiap hari. Ku dudukkan Syerry di atas sebuah bangku batu yang terletak di atas jambatan melengkung itu. Syerry hanya menurut sahaja apa yang ku lakukan terhadapnya.

“Cantik tempat ni. Patutlah Syerry suka tengok pemandangan tasik ni kan? Saya baru pertama kali datang ke tasik ni. Syerry pun baru pertama kali ke? Wah, nampaknya ini kali pertama kita berdua datang sini. Nanti, tahun depan, pada tarikh yang sama, kita buat ulang tahun pertama kita datang ke sini bersama-sama ye?” Aku berbual-bual dengan Syerry seperti yang biasa ku lakukan. Terdetik di hatiku, adakah Mr. Smith masih merenung kami berdua seperti tadi? Aku memberanikan diri menoleh ke arah tingkap pada sudut separa bujur itu. Tersirap darahku! Mr. Smith sedang berdiri dan merenung aku dan Syerry! Adakah aku sedang melakukan satu lagi kesalahan?

Sunday, October 2, 2011

Octavia untuk Iris (Part 8)

Margarate tersenyum ketika aku menghulurkan bunga ros putih itu kepadanya. “ Don’t worry, i’m sure he’ll forgive you, Mr. Smith baik. ” Margarate menuju ke arah ruang tamu dan meletakkan dulang sarapan untuk Mr. Smith di atas meja di satu sudut tepi rumah ini yang berbentuk separa bujur dan dipenuhi dengan tingkap kaca sehingga ke atas. Sudut itu memang mendamaikan kerana ia berhadapan dengan sebuah tasik yang jernih airnya. Menurut Pak Rahim, tasik itu merupakan tasik buatan. Di tengah-tengah tasik itu terdapat binaan sebuah jambatan melengkung yang juga berkonsepkan binaan English. Di setiap sudut hujung jambatan itu terdapat beberapa jenis bunga yang di tanam oleh Pak Rahim. Sekali imbas, rekaan landskap tasik itu seolah-olah sama dengan landskap tasik dalam kartun-kartun Walt Disney yang gemar kutontoni. Aku menuju ke arah bilik bacaan untuk menyiapkan kerjaku yang tertangguh sebentar tadi.

Good morning Mr. Smith.” Kedengaran suara Margarate mengucapkan selamat pagi kepada Mr. Smith. “ Good morning, how are you today?” Kedengaran suara Mr. Smith pula membalas ucapan selamat pagi Margarate itu. “ Fine, as usual, Mr. Smith. Thanks for asking. I will be in the kitchen if u need anything.” Selepas itu tiada perbualan lagi yang kedengaran antara mereka. Mungkin Mr. Smith sedang menikmati sarapan sekarang ini. Aku membuka sedikit pintu bilik bacaan untuk mengintai Mr. Smith. Adakah dia sudah membaca kad yang kuberikan itu? kelihatan Mr. Smith sedang memegang kad yang kuberikan kepadanya. Tiada sebarang reaksi, kemudian dia mencapai bunga ros putih yang terletak di atas meja, menghidu baunya sekali dan meletakkannya semula di atas meja, juga tanpa sebarang reaksi pada wajahnya. Hatiku tertanya-tanya, adakah dia tidak sudi memaafkanku? Aku menutup semula pintu bilik bacaan dan kembali ke meja tulis. Niat di hati ingin menyiapkan rekod perbelanjaan yang belum siap, tetapi hatiku tidak tenang memikirkan adakah Mr. Smith sudi memaafkan aku atau tidak. Lama aku merenung fail-fail di hadapanku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk melihat Syerry di biliknya.

Kisah hantu empat ekor yang menjilat lantai bilik air pejabatku.

Salaam...

Kisah bermula, seorang rakan sekerja saya semenjak beberapa hari asyik 'mengamuk' berkenaan kebersihan bilik air pejabat kami. Almaklumlah, bilik yang dikongsi bersama-sama dengan sebuah bilik air, tentulah semuanya memainkan peranan penting untuk menjaga kebersihan bilik air tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, kawan saya itu telah menampal notis yang berbaur kemarahan berkenaan kebersihan bilik air kami. Keesokan harinya, si kawan itu telah berterus terang kepada saya, " you tau tak, sebenarnya, I nampak ada 4 ekor hantu tengah jilat lantai bilik air kita, sebab tu la I mengamuk sangat-sangat!". Seram, macam-macam wajah hantu dari pelbagai kisah hantu yang pernah saya tonton menjelma di bayangan mata. Untuk beberapa harinya, kisah ini menjadi kisah panas di kalangan rakan-rakan sepejabat saya.

Semalam, ketika sang Suami sedang memandu, saya menceritakan kisah seram itu kepada suami yang kelihatannya sedikit mengantuk dengan harapan, matanya akan segar semula. Selesai sahaja kisah seram itu saya ceritakan, suami terus sahaja mengatakan, "kawan awak tu kena pergi jumpa doktor, sebab halisinasi dia dah teruk..." Perlahan dan bersahaja kata-kata itu dituturkan.

Terlopong saya seketika.

"What?"

"Tak baiklah cakap macamtu, manalah tau dia ni diberi keistimewaan dari Allah untuk tengok benda-benda macamtu?"

"Look, Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman, setinggi-tinggi darjat manusia di sisi Allah selepas NAbi, kenapa mereka tak pernah diberi 'keistimewaan' untuk tengok benda-benda tu? Lagipun, itu semua kan makhluk halus, bila sebut makhluk halus, maksudnya, tak mungkin kita boleh tengok. She should see a doctor."

"Tapi, manalah tahu, dia tu memang betul2 ada keistimewaan untuk tengok benda-benda tu..."

"Ti... tak lojik, yang kawan awak tengok tu, jin tengah jilat lantai bilik air kan? Buat apa? Makan benda-benda kotor kat situ? Makanan Jin ialah tulang dan asap, dia tak makan benda kotor kat tandas. LAgipun, dia nak buat apa kat bilik air?"

"Dah tempat tinggal dia..."

"Hello... jangan ingat Jin tu makhluk yang miskin, yang tak bertamadun, dalam Quran sendiri sebut perkataan KERAJAAN JIN, maksudnya sesuatu yang besar dan gah. Rumah dia lagilah banglo bertingkat-tingkat, buat apa dia nak duduk kat bilik air?"

"Manalah tau yang dalam bilik air tu Syaitan, bukan Jin..."

"Syaitan dengan Jin sama spesies lah tu..."

"Buat apa Syaitan nak duduk dalam bilik air... takde pekdahnye..."

"Nak bersembunyilah, kalau waktu azan je, masuk bilik air, sebab tu la ustazah-ustazah dulu selalu cakap, waktu azan jangan masuk tandas, sebab kat situ ada banyak Syaitan bersembunyi dari laungan azan."

"Ha... salah lagi tu... Kalau waktu azan takleh duk dalam tandas, kenapa ada hadis Nabi yang kata, jangan menjawab azan ketika berada di dalam tandas? Allah cuma kata, Syaitan akan bertempiaran lari ketika waktu Azan, tapi tak kata pula masuk tandas. Satu-satunya cara kita boleh melihat Syaitan/Jin ialah bila mereka sendiri yang menjelma diri menjadi bentuk hidup, macam zaman Nabi dulu, Syaitan menjelma menjadi bentuk manusia untuk menyesatkan manusia."

.............. aku terkedu seketika......

Masih panjang isi perbualan yang amat bermanfaat itu, namun isi-isinya sudah saya lupa (hehe), wallahualam, pandangan dari perspektif yang berbeza, macam Mazhab yang berbilang. Itu semua rahmat bagi kita.