Margarate tersenyum ketika aku menghulurkan bunga ros putih itu kepadanya. “ Don’t worry, i’m sure he’ll forgive you, Mr. Smith baik. ” Margarate menuju ke arah ruang tamu dan meletakkan dulang sarapan untuk Mr. Smith di atas meja di satu sudut tepi rumah ini yang berbentuk separa bujur dan dipenuhi dengan tingkap kaca sehingga ke atas. Sudut itu memang mendamaikan kerana ia berhadapan dengan sebuah tasik yang jernih airnya. Menurut Pak Rahim, tasik itu merupakan tasik buatan. Di tengah-tengah tasik itu terdapat binaan sebuah jambatan melengkung yang juga berkonsepkan binaan English. Di setiap sudut hujung jambatan itu terdapat beberapa jenis bunga yang di tanam oleh Pak Rahim. Sekali imbas, rekaan landskap tasik itu seolah-olah sama dengan landskap tasik dalam kartun-kartun Walt Disney yang gemar kutontoni. Aku menuju ke arah bilik bacaan untuk menyiapkan kerjaku yang tertangguh sebentar tadi.
“Good morning Mr. Smith.” Kedengaran suara Margarate mengucapkan selamat pagi kepada Mr. Smith. “ Good morning, how are you today?” Kedengaran suara Mr. Smith pula membalas ucapan selamat pagi Margarate itu. “ Fine, as usual, Mr. Smith. Thanks for asking. I will be in the kitchen if u need anything.” Selepas itu tiada perbualan lagi yang kedengaran antara mereka. Mungkin Mr. Smith sedang menikmati sarapan sekarang ini. Aku membuka sedikit pintu bilik bacaan untuk mengintai Mr. Smith. Adakah dia sudah membaca kad yang kuberikan itu? kelihatan Mr. Smith sedang memegang kad yang kuberikan kepadanya. Tiada sebarang reaksi, kemudian dia mencapai bunga ros putih yang terletak di atas meja, menghidu baunya sekali dan meletakkannya semula di atas meja, juga tanpa sebarang reaksi pada wajahnya. Hatiku tertanya-tanya, adakah dia tidak sudi memaafkanku? Aku menutup semula pintu bilik bacaan dan kembali ke meja tulis. Niat di hati ingin menyiapkan rekod perbelanjaan yang belum siap, tetapi hatiku tidak tenang memikirkan adakah Mr. Smith sudi memaafkan aku atau tidak. Lama aku merenung fail-fail di hadapanku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk melihat Syerry di biliknya.
hehe..sy tggu tuk part9.. ~fie
ReplyDeleteSeterusnya??? semakin menarik...:)
ReplyDelete