Search This Blog

Monday, October 17, 2011

Buruk punya perangai.

Salam...

Entri ringkas untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang membacanya. Okay, bermula dengan satu kisah ringkas di hadapan McD Bangi. Dua orang gadis muda bergumbira menaiki kereta mereka yang di parkir bersebelahan dengan kereta kami. Tiada yang menarik sehinggalah tiba-tiba sang gadis pada tempat duduk penumpang hadapan membuka pintu dan membuang plastik/sampah ke bawah kereta mereka. Dalam hatiku, selambanya! teruknya! takde kesedaran sivik!

Saya marah sebab bagi saya membuang sampah itu suatu jenayah. In fact, ada beberapa tempat yang mengadakan denda berbentuk wang yang banyak sekiranya ada orang yang didapati membuang sampah disitu. Saya tak tahu... mungkin gadis-gadis seperti ini/ orang-orang seperti ini tidak berfikir panjang tentang nasib bumi pada masa depan akibat daripada perbuatan tidak bersivik seperti ini. Perkara sampah, nampak kecil, tapi akibatnya besar apabila kita tidak tangani. So, bagi sesiapa yang suka membuang sampah, ketahuilah bahawa anda adalah sebahagian daripada sampah masyarakat, sekian. (maaf atas kekasaran bahasa, sekiranya ada)


Kereta suspek, nampak tak tangan yang baru selesai membuang plastik berwarna oren di bawah kereta itu?


Ahmad yang sedang memerhatikan kejadian jenayah tersebut.

Oh, ini gambar kelas saya yang dipenuhi sampah bertaburan sehingga memaksa saya menjemput masuk encik tong sampah ke dalam kelas saya sebagai sindiran gelap.


Masih ada yang mengerti maksud kehadiran tong sampah itu di situ.

1 comment:

  1. Salam..Sy stju dgn kak. Mmbuang smpah tu mmg mcm jenayah.penjenayah kpda alam sekitar. Pnah 1 ketika dulu,sy ikut ayah sy p pekan. dlm prjlanan tu, ayah sy trnampak sorg bdk pmpuan pejalan kaki dgn selamba buang smpah d tepi jalan raya..respon ayah sy,'memalukan,nma ja pmpn'..sikap mmbuang smpah,akn mencerminkan peribadi seseorang.. itu pndapat sstgh individu.. :))

    ReplyDelete