Search This Blog

Sunday, October 2, 2011

Kisah hantu empat ekor yang menjilat lantai bilik air pejabatku.

Salaam...

Kisah bermula, seorang rakan sekerja saya semenjak beberapa hari asyik 'mengamuk' berkenaan kebersihan bilik air pejabat kami. Almaklumlah, bilik yang dikongsi bersama-sama dengan sebuah bilik air, tentulah semuanya memainkan peranan penting untuk menjaga kebersihan bilik air tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, kawan saya itu telah menampal notis yang berbaur kemarahan berkenaan kebersihan bilik air kami. Keesokan harinya, si kawan itu telah berterus terang kepada saya, " you tau tak, sebenarnya, I nampak ada 4 ekor hantu tengah jilat lantai bilik air kita, sebab tu la I mengamuk sangat-sangat!". Seram, macam-macam wajah hantu dari pelbagai kisah hantu yang pernah saya tonton menjelma di bayangan mata. Untuk beberapa harinya, kisah ini menjadi kisah panas di kalangan rakan-rakan sepejabat saya.

Semalam, ketika sang Suami sedang memandu, saya menceritakan kisah seram itu kepada suami yang kelihatannya sedikit mengantuk dengan harapan, matanya akan segar semula. Selesai sahaja kisah seram itu saya ceritakan, suami terus sahaja mengatakan, "kawan awak tu kena pergi jumpa doktor, sebab halisinasi dia dah teruk..." Perlahan dan bersahaja kata-kata itu dituturkan.

Terlopong saya seketika.

"What?"

"Tak baiklah cakap macamtu, manalah tau dia ni diberi keistimewaan dari Allah untuk tengok benda-benda macamtu?"

"Look, Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman, setinggi-tinggi darjat manusia di sisi Allah selepas NAbi, kenapa mereka tak pernah diberi 'keistimewaan' untuk tengok benda-benda tu? Lagipun, itu semua kan makhluk halus, bila sebut makhluk halus, maksudnya, tak mungkin kita boleh tengok. She should see a doctor."

"Tapi, manalah tahu, dia tu memang betul2 ada keistimewaan untuk tengok benda-benda tu..."

"Ti... tak lojik, yang kawan awak tengok tu, jin tengah jilat lantai bilik air kan? Buat apa? Makan benda-benda kotor kat situ? Makanan Jin ialah tulang dan asap, dia tak makan benda kotor kat tandas. LAgipun, dia nak buat apa kat bilik air?"

"Dah tempat tinggal dia..."

"Hello... jangan ingat Jin tu makhluk yang miskin, yang tak bertamadun, dalam Quran sendiri sebut perkataan KERAJAAN JIN, maksudnya sesuatu yang besar dan gah. Rumah dia lagilah banglo bertingkat-tingkat, buat apa dia nak duduk kat bilik air?"

"Manalah tau yang dalam bilik air tu Syaitan, bukan Jin..."

"Syaitan dengan Jin sama spesies lah tu..."

"Buat apa Syaitan nak duduk dalam bilik air... takde pekdahnye..."

"Nak bersembunyilah, kalau waktu azan je, masuk bilik air, sebab tu la ustazah-ustazah dulu selalu cakap, waktu azan jangan masuk tandas, sebab kat situ ada banyak Syaitan bersembunyi dari laungan azan."

"Ha... salah lagi tu... Kalau waktu azan takleh duk dalam tandas, kenapa ada hadis Nabi yang kata, jangan menjawab azan ketika berada di dalam tandas? Allah cuma kata, Syaitan akan bertempiaran lari ketika waktu Azan, tapi tak kata pula masuk tandas. Satu-satunya cara kita boleh melihat Syaitan/Jin ialah bila mereka sendiri yang menjelma diri menjadi bentuk hidup, macam zaman Nabi dulu, Syaitan menjelma menjadi bentuk manusia untuk menyesatkan manusia."

.............. aku terkedu seketika......

Masih panjang isi perbualan yang amat bermanfaat itu, namun isi-isinya sudah saya lupa (hehe), wallahualam, pandangan dari perspektif yang berbeza, macam Mazhab yang berbilang. Itu semua rahmat bagi kita.

No comments:

Post a Comment